Ulasan Zul Nordin Mengenai Tragedi Lapan Budak Dilanggar Kereta...


Salam2all.

Teman berasa terpanggil untuk memberi komen berkenaan kes tragedi kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bharu pada 18 Feb 2017 lepas yang mengorbankan 8 nyawa anak2 muda.

Kemalangan dikatakan berlaku sekitar jam 3 pagi sewaktu anak2 tersebut sedang berkayuh di lokasi bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah.

Dikatakan lebih 30 anak2 tersebut berada dikawasan itu bersama basikal masing2.
Pemandu seorang gadis berbangsa Cina berumur 22 tahun memandu kereta jenis Almera dikatakan merempuh anak2 tersebut yang berkayuh menuju haluan yang sama, bermakna ianya rempuhan daripada belakang.

Melihat daripada gambar kawasan tragedi, kelihatan rempuhan itu berlaku ditepi jalan sebelah kiri.

Teman melihat kenyataan2 yang dikeluarkan termasuk oleh pihak polis dan juga Timbalan Menteri Dalam Negeri memberi gambaran seolah2 anak2 tersebut yang bersalah; dengan satu alasan dangkal yang utama: apa anak2 itu buat berkayuh basikal beramai2 jam 3 pagi!

Tidak ada pulak yang bertanya apa seorang gadis berusia 22 tahun buat memandu kereta berseorangan jam 3 pagi? Dan kenapa sehingga hari ini identiti pemandu itu tidak didedahkan, sebaliknya identiti mangsa dengan mak bapak mereka pulak yang didedahkan.

Kebiasaanya kalau berlaku tragedi kemalangan saperti ini dengan cepat identiti pemandu yang melanggar akan didedahkan; tetapi dalam kes ini teman agak pelik!

Adakah pemandu itu diberi perlindungan istimewa; adakah dia daripada keluarga tertentu yang mesti dilindungi? Setakat hari ini teman tidak mendengar sebarang ancaman terhadap gadis Cina tersebut utk membolehkan identitinya tidak didedahkan!

Berbalik kepada isu tragedi kemalangan itu, teman merasakan pihak2 berkaitan terlalu menumpu kepada anak2 tersebut berkayuh basikal jam 3 pagi; seolah2 satu dosa besar bagi anak2 itu berkayuh basikal jam 3 pagi!

Teman bukan bermaksud nak membela anak2 itu, tetapi isunya ialah siapa yang bersalah dalam tragedi itu?

Kenapa begitu cepat pihak berkuasa membuat keputusan dan membebaskan pemandu tersebut; dan paling malang ada pulak pihak yang mengugut akan mengambil tindakan terhadap ibubapa anak2 itu kerana membenarkan atau membiarkan anak2 itu berbasikal jam 3 pagi!

Halo yop, sejak bila naik basikal jam 3 pagi itu satu dosa; satu kesalahan?

Dibawah Akta Pengangkutan dan Peraturan Lalulintas:

1. Bukan satu kesalahan berkayuh basikal jam 3 pagi!
2. Bukan satu kesalahan berkayuh basikal ramai2;
3. Bukan satu kesalahan berkayuh basikal atas jalanraya;

Apa yang jelas melanggar seseorang atau sesuatu kenderaan daripada belakang diatas jalanraya adalah prima facie satu kesalahan!

Pihak polis wajar memperhalusi siasatan mereka dengan mengkaji persoalan berikut:

1. Bagaimana pemandu tersebut boleh merempuh sekumpulan pengayuh basikal daripada belakang?
2. Agak mustahil untuk mana2 pemandu tidak nampak sekumpulan pengayuh basikal diatas jalanraya apatah lagi kalau jumlahnya sampai 30 orang;
3. Alasan konon jalan itu menurun bukit adalah terlalu dangkal; sebab semua pemandu telah pun melalui latihan pemanduan untuk memperlahankan kenderaan bila melalui selekoh atau mendaki atau menuruni bukit.
4. Apa yang menyebabkan pemandu itu tidak dan/atau gagal melihat atau menyedari ada sekumpulan ramai pengayuh basikal dikawasan tersebut;
5. Ada kenyataan dibuat oleh mangsa dan saksi menyatakan melihat pemandu itu menggunakan telefon bimbit dan memandu laju; oleh itu pihak polis wajib menyiasat maklumat ini. Teman agak hairan dalam tempoh yang begitu singkat kenyataan dikeluarkan konon pemandu tersebut tidak menggunakan telefon bimbit dan tidak membawa laju! Bila siasatan terperinci dibuat?


6. Melihat kepada gambar2 sekitar selepas kejadian, kelihatan rempuhan tersebut sangat kuat sehingga melanggar begitu ramai pengayuh basikal dan menyebabkan 8 kematian! Ini sahaja sudah cukup untuk pihak berkuasa mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan cara pemanduan tersebut!



Dalam bahasa undang2 ada prinsip dipanggil res ipsa loquitur - sesuatu perkara itu terjelas dengan sendirinya!

Rempuhan kuat daripada belakang oleh sebuah kereta terhadap sekumpulan ramai pengayuh basikal disisi kiri sebatang jalanraya dua lorong memberi gambaran samada pemandu itu lalai, alpa, atau dalam keadaan gagal mengawal kenderaannya!

Maknanya ada kes prima facie untuk disiasat dengan lebih terperinci!

Teman harap kita bertindak waras dan rasional dalam tragedi ini, dan tidak terbawa2 dengan sikap emosional, prejudis atau bias!

Adakah hanya kerana anak2 itu berkayuh basikal jam 3 pagi secara beramai2 maka mereka boleh dirempuh daripada belakang begitu sahaja; dan mereka yang dipersalahkan?

Apa beza anak2 yang berkayuh basikal itu dengan keadaan sebaliknya; apa kata jika pemandu tersebut merempuh beberapa kenderaan lain saperti kereta atau motorsikal daripada belakang?

Tidak ada beza bukan?

Soal mereka berkayuh basikal jam 3 pagi beramai2 bukan isunya! Itu mungkin isu sosial yang perlu ditangani secara berasingan melalui kaedah yang diperlukan.

Tetapi ini isu tragedi kemalangan jalanraya! Sebuah kenderaan merempuh sekumpulan pengayuh basikal daripada belakang disisi sebelah kiri sebatang jalan menyebabkan 8 kematian!

Prima facie ada sesuatu yang tak kena dengan cara pemanduan atau pengendalian kereta tersebut oleh pemandu berkenaan!

Teman mendesak pihak polis dan pihak berkuasa supaya memperhalusi siasatan mereka! Dan teman cadangkan supaya siasatan dibuat dibawah Seksyen 302A Kanun Kesiksaan dan sebagai alternatif Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan.

Teman nasihatkan kepada keluarga mangsa supaya merujuk kepada peguam untuk menimbang membawa kes ini ke Mahkamah untuk tindakan sivil yang bersesuaian.

Dan jika tidak berpuashati dengan siasatan pihak berkuasa, failkan writ prerogatif di Mahkamah Tinggi untuk suatu perintah yang bersesuaian. Peguam yang mahir akan boleh memberikan nasihat dan panduan yang bersesuaian insyallah.

Dan akhirul kalam, nasihat teman kpd Timbalan Menteri Dalam Negeri dan KPD (dan yang sewaktu dengannya), lain kali kalau ditanya soalan berkaitan sesuatu insiden atau kejadian jenayah seperti ini, suka teman mengulang nasihat seorang sahabat bekas pegawai tinggi pasukan polis, "jawab aja 'kes masih dalam siasatan dan kita akan siasat sewajarnya mengikut undang2 dan prosedur sedia ada".

Selesai masalah!

Wallahua'lam dan wassalam.

Adios amigos!

Comments

Unknown said…
Penulis bersetuju dengan ulasan saudara Zul. Pemandu wanita itu tetap melakukan kesalahan berdasarkan fakta bahawa perlanggaran berlaku dari rempuhan belakang. Tidak untuk membela pemandu dan tidak juga menyalahkan kanak2 terbabit namun perlu juga di ambil kira faktor dan fakta2 rujukan. Penulis hanya merujuk kepada satu faktor dan fakta sekiranya benarlah ianya berlaku di laluan menuruni bukit:
1) faktanya bahawa kanak2 ini bukanlah pelumba profeaional... merwka adalah penunggang2 basikal yang hanya mahir menunggang sambil seaekali me willykan tayar hadapan bila berkesempatan. Mengambil kira mereka ini buka pelumba profesional, penulis yakin kelompok besar penunggang basikal ini menu gga g beramai2 secara bersimpang siur. Ada beberpa video yang ditularkan cara tunggangan mereka yang sebahagiannya menunggang di laluan laju atau tengah.
2. Faktanya bahawa dalam keadaan apa cara sekalipun jika mengambil kira pemandunya seorang yang gabra dan tidak cekap... menekan brek secara mengejut selalunya menjadi pilihan kedua swlepas mengelak (akibat terkejut. Di sinilah berlakunya malapetaka tersebut sekiranya pemandu itu berada di laluan laju (jima laluan berkembar) atau laluan biasa yg sempit. Jika ada antara kelompok tersebut yg berlumba2 menuruni bukit sebab syok tak payah berkayuh sudah tentu menghalang perjalanan kenderaan tersebut. Ini tidak lernah di ceritakan oleh anak2 tersebut... tetapi video tular yang memaparkan sikap penunggang basikal (kumpulan lain) agak membahayakan.
3. Tidak kira apapun jenis kenderaan yang menggunakan jalanraya... memandu atau menunggang secra berbahaya akan menyebabkan pengguna lain terlibat sama... tjdak kira berada di hadapan... belakang... atau dari arah bertentanga

Sekali lgk penulis katakan... bukan hendak disalahkan kanak2 tersebut..dan bukan juga mahu membela pemandu almera tersebut. Tetapi kita kena ambil kira berbasjkl secra berkumlulan oleh pelumba profesional juga memerlukan kenderaan marshal... malah dalam kes2 tertentu terdapat juga kenderaan marshal yang terlanggar pelumba2 handalan ini wlupun dalm keadaan terkawal.... apalagi jima ianya melibatkan seorng pemandu wanita yg mudab terg.. dan penungang2 basikal yang enderung menunggang secara bersimpng siur. Justeru kita tidak blleh berat menyahkan pemandu sahaja. Hukuman harus juga dikenakan kerana cui dan gagal berada di belkang stereng sebagai seorng yng bersedia.... tali harus juga di ambil kira sikl kelompok2 penunggang basikal nakal ini. Pendapat saya kelo.pok zebegini harus di kekang.... kerana ada kecenderungan kelak mereka dewasa sebagai pelumba2 rempit yang tjdak pedulikan pengguna2 lin.
Wallahualam.... Chiowwww....
Anonymous said…
mana dia peguam pembangkang yg dok bela rakyat selama ni? taknak la kaitkan dgn isu kaum.. ttp itulah kenyatan nya cuba kalau bangsa lain yg kena rempuh agak2 nya jd isu basar smpi ke makamah..
Unknown said…
Catatan yg adil dan bernas...tanpa prasangka....paerlu perhatian dari pihak atasan yang bertanggungjawab...
Anonymous said…
Artikel yg. BERNAS dr. Zul Nordin!

Bila anak2 MUDA bangsa BUMIPUTERA Islam/Melayu MISKIN kita diLANGGAQ kereta dgn. KEJAM sbb. berBASIKAL di waktu malam kerana TAK dak tpt. PERMAINAN yg. LUAS utk. depa (depa main waktu mlm. sbb ingat jln. SUNYI)- si VIP2 BANGSAT ni boleh SALAHkan MANGSA2 & IBUBAPA depa pula!

Mana BUKTI amat jelas yg. si BETINA SIAL tu dah diUJI air KENCING dia waktu kemalangan tu (PEMANDU2 yg. menyebabkan KEMALANGAN JLNRAYA mesti diUJI air kencing depa utk. ALKOHOL/DADAH walau depa sendiri CEDERA) serta BUKTI dr. sy. KOMUNIKASI utk. siasat HP si BETINA ni utk. PASTIkan waktu TERAKHIR dia buat PANGGILAN & dari mana???!! Tapi kes amat KEJAM ni dah seolah diSENYAPkan terus! IBUBAPA mangsa2 mesti lawan HABIS2an utk. dptkan KEADILAN utk. anak2 KECIL kita ni - BUKAN diTAKUT2kan!

Dan sekrg. cm mana KD*GAGAL ni yg. seolah macam pusat MAFIA tu boleh MENGUASAI Pemad*m pula??!!! Makin banyak KUASA dia!!!!GERAMnya aku!!

Dahlah SINDIKET PATI; PELACURAN warga asing (termasuk kes si betina PATI India tempoh hari dah 9 tahun kat M'sia kita ni & terlibat dlm. sindiket pelacuran KANAK2), DADAH, JUDI, KEMALANGAN JLNRAYA terus berLELUASA!!!! Dan sekrg. dah HAPUSkan VISA pula utk. warga2 asing dr. INDIA (ingat tak kes PEMBUNUHAN amat KEJAM ke atas arwah Sosilawati & 3 yg. lain; juga terlibat warga2 ASING dr. INDIA - & BUMIPUTERA Islam kat India telah diBUNUH/diROGOL/diROMPAK dlm. GENOSID amat KEJAM di Gujarat/Uttar Pradesh & artis2 Bollywood Islam spt. SRK; Salman Khan & Amir Khan terus diTINDAS - oleh PEMBUNUH Modi/BJP-PENJILAT ZIONIS/IS-rael/NATO)!

Tok Landak.
Anonymous said…
Bagi saya senang sahaja, kemalangan berlaku disebabkan kecuaian kanak2 tersebut bermain di tempat dan waktu yang tidak sepatutnya dengan tiada ciri2 keselamatan, bila berlaku musibah kita cuba menuding jari ke arah lain, guna akal, kalau dah salah, salah lah perbaiki apa yg terkurang, jika budak itu tak bermain basikal waktu itu benda ini tak akan berlaku, lain lah jika budak itu tgh makan di kedai kopi pukul 3 pagi lepas tue kena rempuh dgn kereta, saya akan kejar habis habisan pemandu kereta tersebut, JGN IKUT EMOSI GUNA AKAL TU

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID