Breaking News
Loading...
March 14, 2017

Info Post

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman tanpa kos yang difailkan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung persempadanan semula kawasan di Parlimen itu.

Permohonan itu difailkan Zairil November lalu dengan mendakwa SPR tidak menjalankan kajian persempadanan semula di empat Dewan Undangan negeri (DUN) di Parlimen itu.

Hakim Lim Chong Fong ketika membuat keputusan itu mendapati, mahkamah pada masa ini tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan kerana perkara itu masih di peringkat cadangan SPR dan hanya akan diputuskan di Parlimen. - UTUSAN ONLINE

Komen aku: Benda tu baru di peringkat cadangan ler labu, kalau nak bantah pun tunggu la bila SPR kata sapa nak buat bantahan silakan, baru la ko pi bantah, ini apa pun belum ko dah nak bantah, labu sayong betul la ko ni zairil...

0 comments: