TIDAK BOLEH LANGGAR LAMPU MERAH UNTUK BERI LALUAN KEPADA AMBULAN?



Ikuti apa kata Tuan Hasif Hasan

tentang hak ambulans di lampu isyarat

Coretan Peguam

Saya ditanya rakan mengenai hak ambulan ketika berada di persimpangan ketika lampu isyarat merah dan juga persoalan adakah kita perlu bergerak bersama sama dengan ambulan (terutama kenderaan kita berada di hadapan ambulan) dan jika berlaku kemalangan kepada kenderaan kita akibat melanggar lampu isyarat dengan kenderaan lain, adalah ambulan turut dipersalahkan?

Jawapan saya;

Saya pernah memberi ceramah undang undang di Hospital USM Kubang Kerian dan saya juga pernah menerangkan hak ini dalam ceramah saya yang juga dihadiri oleh pemandu ambulan.

Hak ambulan ketika berada di persimpangan lampu isyarat, sama ada perlu berhenti menunggu lampu hijau atau boleh melanggar lampu isyarat merah?

Begitu juga hak kita yang berada di hadapan ambulan, sama ada perlu meneruskan perjalanan dengan melanggar lampu isyarat merah untuk memberi laluan perjalanan kepada ambulan yang berada di belakang kita atau sebaliknya?

Tulisan saya kali ini adalah bersandarkan kepada undang undang yang ada dan terpakai termasuk merujuk kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, namun begitu saya tidak akan mengulas mengenai aspek moral dan kemunasabahan undang undang yang sedia ada.

Jika sebahagian dari kita merasakan bahawa undang undang yang sedia ada tidak munasabah, saya juga boleh bersetuju dengan pendapat tuan puan sekelian.

Sebelum saya menulis, saya telah membuat kajian dan bacaan dengan teliti.

Saya sangat bersetuju bahawa isu ini dapat dilihat dari sudut negatif dan postif namun biarpun negatif tetapi undang undang tetap undang undang melainkan ianya dimansuhkan atau dipinda oleh parlimen.

Sebelum menulis saya sudah menjangkakan soalan dan argument pembaca antaranya;

– Tak kan ambulan membawa pesakit jantung dan wanita bersalin perlu berhenti di lampu isyarat merah.
– Berapa banyak lampu isyarat kena berhenti.
– Lampu isyarat ini jika ditunggu, bukan sekejab tapi lama.
– Cuba fikir jika keluarga sendiri tenat dalam ambulan, apa perasaan kita semua
– Kalau diri sendiri nazak di dalam ambulan, baru tahu susahnya jika ambulan lambat sampai ke hospital.
– Tidak kena kepada diri sendiri, bolehlah cakap
– Kalau lambat sampai ke hospital, pesakit akan mati dan lain lain persoalan logik pada hukum akal.

Namun persoalannya ialah adakah boleh ambulan melanggar isyarat lampu isyarat merah terutama ketika trafik sibuk.

Banyak kejadian melibatkan kemalangan dan pertembungan di persimpangan lampu isyarat dengan ambulan telah berlaku yang turut meragut nyawa dan kecederaan berlaku.

Secara tegas saya mengatakan bahawa mengikut undang undang, sesebuah ambulan perlu berhenti di lampu isyarat merah.

file:///C:/Users/User/Downloads/Surat_Pekeliling%20KPK%20bil_17-2012.pdf

Setelah diteliti sememangnya terdapat arahan daripada Kementerian Kesihatan mengarahkan pemandu-pemandu ambulan jika berada di persimpangan lampu isyarat melakukan perkara berikut iaitu ;

-tidak membunyikan siren kecemasan tetapi dibenarkan untuk menyalakan lampu kecemasan.

-Pemandu ambulan juga tidak boleh melanggar lampu isyarat merah dan tertakluk pada undang-undang lampu isyarat.

Peraturan dibuat bukan untuk menidakkan keperluan pesakit di dalam ambulan tetapi untuk mengelakkan kemalangan yang boleh berlaku yang lebih membahayakan nyawa pesakit akibat dari kegagalan mengikuti isyarat lampu isyarat tersebut.

Perlu diingat sebagai contoh terdapat di mana pemandu kenderaan berada di dalam kenderaan yang berhawa dingin, dengan tingkap bertutup rapat dan sedang mendengar radio dan muzik.

Pendek kata, mereka hidup dalam ‘dunia ‘ mereka.
Mereka tidak sedar kewujudan ambulan pada masa tersebut. Mereka hanya menunggu pertukaran lampu merah ke hijau untuk bergerak.
Sememangnya perbuatan mereka ini tidak bersalahan dengan mana mana undang negara.

Dalam keadaaan tidak sedar adanya ambulan maka pemandu ini melihat lampu bertukar hijau dan pemandu bergerak ke depan.
Hak laluan adalah milik beliau kerana lampu isyarat bertukar hijau.

Secara tiba tiba muncul ambulan dan merempuh kenderaan terbabit.
Siapa yang perlu dipersalahkan?
Mereka atau pemandu ambulan ?

Begitu juga apabila ambulan berada di belakang, pemandu di hadapan bergerak ke hadapan untuk memberi laluan kepada ambulan sedangkan lampu isyarat masih merah dan akibat bergerak ke hadapan, secara tiba tiba berlanggar atau terlanggar dengan kenderaan di hadapan yang bergerak kerana lampu hijau di laluan mereka.

Soalannya siapa yang patut dipersalahkan?

Perlu diingat bahawa kemalangan itu boleh mengakibatkan kematian atau kecederaan kepada pengguna jalanraya lain yang tidak berdosa.

Adakah pemandu ambulans boleh disaman oleh pemandu kenderaan hadapan yang bergerak bagi ‘mengikuti’ arahan pemandu ambulan berkenaan dan pemandu kenderaan hadapan tersebut terlibat di dalam kemalangan, jawapannya tidak boleh.

Bagaimana pula jika pengguna lain yang berada di persimpangan yang akan mengambil peluang ‘menumpang’ terutama jika ambulan hanya berada di sebelah mereka atau di belakang ambulan dan seterusnya berlaku kemalangan.

Siapa yang patut dipertanggungjawabkan?

Perlu difikirkan juga bahawa ambulan membawa pesakit yang kritikal namun masih stabil sebelum bergerak ke hospital yang dituju untuk mendapat rawatan,
namun boleh ‘mati’ akibat kemalangan yang tidak perlu dan dapat dielakkan, sekiranya pemandu ambulans boleh bersabar untuk menunggu lampu bertukar hijau.

Tindakan pemandu ambulan melanggar lampu isyarat bukan sahaja membahayakan diri dan nyawa beliau, malah pesakit dan penguna jalanraya yang lain.

Perlu juga diketahui waris pesakit hanya dibenarkan menaiki ambulan mengiringi pesakit dengan kebenaran pegawai perubatan dengan mengisi borang dan jika berlaku kecelakaan di dalam perjalanan maka waris pesakit tidak boleh menuntut apa apa gantirugi dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Begitu juga perlu difikirkan bahawa pesakit yang dalam ambulans ‘mungkin mati dan mungkin hidup’ apabila dirawat di hospital namun jika berlaku perlanggaran dengan pemandu kenderaan yang ‘sihat sejahtera’ dan normal, maka kematian pemandu kenderaan lain pada logik akal adalah sia sia kerana mereka ‘mampu’ hidup dan sihat walafiat jika tidak terbabit dalam kemalangan tersebut.

Langkah terbaik jika pemandu ambulan ‘masih dan mahu’ melanggar lampu isyarat adalah wajar bagi pemandu menghimpit dan bergerak kenderaan ke tepi dan berilah laluan kepada pemandu ambulan bergerak ke hadapan secara bersendirian dan bukan turut sama bergerak ke depan atau menumpang bagi melanggar lampu merah bersama ambulan tersebut.

Sebagai tambahan, pesakit tidak akan dibawa menaiki ambulan untuk dirujuk ke hospital lain sebelum distabilkan atau berada di dalam keadaan stabil terlebih dahulu.

Ini bermaksud pesakit masih boleh menunggu lampu isyarat bertukar ‘hijau’ sebelum meneruskan perjalanan ke hospital yang dirujuk.

Pada pandangan saya akhir akhir ini banyak pemandu ambulan sedar hak mereka dan mula berhenti di persimpangan ketika isyarat lampu merah di laluan mereka.

Ambulan hanya boleh melanggar lampu isyarat merah sekiranya ada polis yang mengawal lalu lintas di persimpangan kerana kehadiran polis akan membatalkan peraturan kepada lampu isyarat yang sedia ada.

Semoga maklumat ini memberi sedikit maklumat dan input kepada kita jika berhadapan situasi begini dan tepuk dada tanya selera.

Sekian.

KREDIT
BHG KEJURUTERAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

sumber.

Comments

Anonymous said…
pernah sekali, tgh jam, saya jumpa polis trafik kat depan, ckp kat dia ada ambulan kat belakang nak lalu, suruh buka ruang......polis trafik kata ambulan saja buka siren nak cepat lalu, biasanya takder emergency.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID