FITNAH BUKAN PUNCA BN TUMBANG


KUALA LUMPUR - UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menerima hakikat mereka tumbang kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bukan disebabkan angkara fitnah.

Veteran UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar, sebaliknya berkata faktor BN tewas mengejut pada PRU-14 adalah disebabkan aspirasi rakyat mahu melakukan perubahan, memandang rendah pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad, sindrom penafian dan gagal menangkis serangan persepsi.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi selama 20 tahun itu berkata, BN juga dilihat 'senang hati' ketika berkempen dan seperti cuba menafikan gelombang perubahan yang dikehendaki rakyat serta peningkatan pengaruh PH di bawah pimpinan Dr Mahathir.

"Apa yang saya maksudkan ialah BN tidak boleh salahkan sesiapa. Ini masa untuk muhasabah sebab apa kalah. Ini bukan faktor ekonomi atau fitnah yang menyebabkan keputusan ini.

"Mereka (rakyat) hendak tukar. Saya pernah menulis mengenai gelombang perubahan ini dan ia dirasai tetapi saya tidak faham apabila BN nampak senang hati dan seperti tidak sedar perubahan," katanya kepada NSTP, hari ini.

Semalam, bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mendakwa kekalahan BN pada PRU-14 berpunca daripada fitnah parti pembangkang.

Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa, kempen PH yang ketika itu pembangkang bersifat terlalu menyerang peribadi dan menabur fitnah serta kebencian menyebabkan BN tumbang selepas 61 tahun menjadi kerajaan.

Syed Hamid yang juga bekas Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata, faktor lain menyumbang kekalahan BN ialah jurang kepercayaan di antara rakyat dengan kerajaan yang semakin lebar selepas banyak perkara cuba dirahsiakan kerajaan.

Pada masa sama katanya, UMNO memandang rendah kemampuan Dr Mahathir pada umur sebegitu, ia masih mampu memberi inspirasi kepada orang muda berkorban untuk menentukan kemenangan dalam pilihan raya.

"UMNO juga dilihat memainkan isu peribadi dan kutuk Dr Mahathir. Ini adalah bekas Perdana Menteri selama 22 tahun. Kalau kata beliau tidak buat apa-apa selama itu, memang orang tidak terima. Banyak orang muda yang hidup pada zaman beliau," katanya.

Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata, UMNO dan BN kini perlu positif dan menerima dengan keputusan PRU-14 serta perlu bersedia menjadi pembangkang yang konstruktif.

"Sekarang BN sudah hancur lebur. Najib pun sudah letak jawatan. BN akan jadi pembangkang dan perlu tahu peranan sebagai pembangkang. Selama 61 tahun jadi kerajaan, sekarang jadi pembangkang. Perlu perubahan mental dan psikologi," katanya. BERITA HARIAN

Comments

Unknown said…
Berita fitnah yg 'maha' dahsyat adalah penyumbang sebahagian besar kekalahan BN..
60% mungkin..
40% lagi yg lain2..
Anonymous said…
Serangan persepsi fitnahlah,ingin berubah tu pulak kerana hasutan.
Anonymous said…
TS Syed Hamid ni pun tak boleh pakai. Pulau Batu Putih pun dia tak boleh nak pertahankan kedaulatannya apa lagi kalau nak pertahankan BN. Lagi teruk jadinya.

Lebai Roger said…
Denial syndrom, dan alasan2 katagori kelas mat maslan yg najib tak klepet wang rakyat adalah puncanya.
Anonymous said…
ya, fitnah punca kekalahan bn.....percaya ni selama-lamanya.....

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID