SELEPAS SPAD MUNGKINKAH APMM JUGA AKAN DIBUBARKAN ???


Kalau mengambil apa yang dikatakan oleh  Salahuddin Ayub kini Menteri Pertanian yang aku petik dalam laman Selangor Kini bertarikh 24 Oktober 2014 lalu, kata Salahuddin,

Langkah kerajaan mewujudkan beberapa agensi dengan fungsi bertindih dengan agensi sedia ada merupakan suatu pembaziran dan tidak produktif.

Langkah itu juga menunjukkan pentadbiran Najib kurang yakin terhadap kemampuan pegawai kerajaan sedia ada.

Keadaan sama juga berlaku dengan penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedangkan negara mempunyai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang turut berfungsi mengawal pengangkutan awam darat.

Kata Salahuddin, kerajaan juga sepatutnya meningkatkan aset dan kepakaran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Polis Marin, bukan menubuhkan Jabatan Maritim untuk lakukan tugasan sama seperti TLDM dan Polis Marin.

Jadi kalau dah Salahuddin kata penubuhan SPAD itu membazir dan kerajaan yang ada sekarang ini telah pun membubarkan SPAD, maka Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mungkin juga di bubarkan kalau mengikut idea Salahuddin kerana dikatakan MEMBAZIR...

Kerajaan PH perlu beri alasan yang kongkrit kenapa APMM tidak perlu di bubarkan sedangkan menurut Menteri Pertanian itu ianya bertindih tugas dengan TLDM dan Polis Marin...

Maka bersiap sedialah seluruh sahabat-sahabat aku yang berkerja di APMM tidak lama lagi kamu juga akan menjadi pengangur macam aku juga.. Hahahah...Hahahah...Hahahah...

Comments

Unknown said…
Bodoh rupanya Salahuddinn ni... dah jadi menteri bayam tapi nak tunjuk pandai.... JPJ ada jaga sistem pengangkutan Rail ker?.... jabatan Pengangkuta Jalan dengan suruhanjaya perkhidmatan awam darat bukan jaga lori pasir atau lori simen hokeyyyy.... dia jaga dan menyelaras sistem pengangkutan awam darat... macam bas teksi... keretapi... adesssss.... bodoh rupanya orang2 dalam PH ni.....
Anonymous said…
Juga mungkin boleh bubarkan salah satu diantara 2 jabatan yang kelihatan bertindih seperti berikut;
1) Niosh dengan DOSH (JKKP)
2) Kementerian Kerjaraya Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan dengan CIDB.
Anonymous said…
Satu lagi, kerajaan juga mungkin boleh menghapuskan semua Suruhanjaya2 badan berkanun kerana mereka hanyalah jabatan2 kerajaan yang bergaji tinggi. X bagus untuk rakyaat. Jadi kembalikan kesemunya kepada fungsi jabatan kerajaan. Sepert contohnya;

SPR, SPRM, ST, SSM, SKMM, SKM, LHDN dll.

Unknown said…
Ralat - Suruhanjaya pengangkutan awam darat..... beserta beberapa fungsi lain.... cari sendiri
Anonymous said…
Mmg part bubar. ..Kerja pun tah apa -apa sama fungsi JPJ
Anonymous said…
Serah kan kepada rakyat yang terlalu pandai sekarang, reporter, polis hskim, pakar kewangan dll

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID