KERTAS PERTUDUHAN DAH SIAP, KENAPA TAK DAKWA NAJIB LAGI?


Pada tahun 2015, ada dakwaan wujudnya satu kertas pertuduhan untuk mendakwa Najib bagi kesalahan kes 1MDB dan SRC International, menurut Sarawak Report, kertas pertuduhan itu telah disiapkan oleh Kavin Morris...

Menurut Sarawak Report lagi, kertas pendakwaan itu membolehkan Najib merengkok dalam penjara paling koman pun 10 tahun...

Ketika itu, jalan ceritanya nampak real, kertas pertuduhan sudah cukup membuktikan yang Najib mencuri duit aku, kau, korang dan duit seluruh rakyat Malaysia...

Maka di beritakan kepada kita semua, bila Najib dapat tahu yang kertas pertuduhan terhadap beliau telah disiapkan oleh pejabat AG, maka Ghani Patail pun telah di pencenkan oleh Najib menurut laporan Sarawak Repot ketika itu...

Najib di maki hamun oleh netizen bagai nak rak, Rafizi dan grombolan pemimpin pakatan tumpang semangkok termasuk PM #malaysiamemilih mengatakan Najib zalim tak guna, hampeh, penyamun, kleptokrasi dan pelbagai celaan dan nista...

Endingnya, Najib dijatuhkan hukum bersalah oleh Netizen, walau pun Mahkamah belum bersidang, sudahnya BN/Umno tumbang kerana dilihat menyebelahi pencuri duit rakyat...


Ok itu cerita tahun 2015...

Pada tahun ini pula, PM #malaysiabaru kata "Orang menanti bila kami akan menangkap (Datuk Seri) Najib Tun Razak? Ia bukan mudah. Kami perlu mencari bukti yang akan berdiri di mahkamah.

"Sekiranya keterangan itu tidak kuat dan dia didapati tidak bersalah oleh mahkamah, maka semua perkara yang telah kami lakukan akan dipersoalkan oleh rakyat," katanya ketika berucap pada jamuan makan malam bersama 250 rakyat Malaysia di Jepun pada Ahad malam. mstar online 11 Jun2018

Ok.. soalan aku mudah je dan aku hanya bertanya, kenapa susah sangat nak tangkap Najib? sedangkan pada tahun 2015 dulu sudah ada kertas pertuduhan terhadap Najib, kenapa tak gunakan balik kertas pertuduhan tu semula? kalau ada yang kurang boleh di tambah, apa ada hal, AG baru pro-kerajaan, Mahkamah dah clean dari machai Najib, begitu juga dengan PDRM dan SPRM, jadi dakwa je la pakai kertas pertuduhan tahun 2015 yang Kavin Morris buat tu, kan senang tak yah pening-pening nak cari bukti, Kavin dah prepair semua dalam kertas tu, jalan je la...

Ye dakk?

Comments

Anonymous said…
TU NAMA ACAH2 POLITIK. Orang dulu kata/Cerita P.Ramli selalu guna istilah: Biar pandai temberang biar pandai pembohong... Dah nak muntah tengok muka dia orang ni.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID