Breaking News
Loading...
October 29, 2018

Info Post
Aku suka dengan composition gambar ini, memang cukup kena dengan ulasan yang dia buat.
Menurut Exco Pemuda Bersatu, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir dalam satu kolum yang dimuatkan dalam portal berita malaysiakini.

Kata Ashraf "Sesungguhnya kita adalah Melayu berdaulat dan tiada istilah ‘Ketuanan Melayu’ sebenarnya kecuali yang direka-reka oleh para pemimpin politik Melayu sebelum-sebelum ini yang ingin melanjutkan dan melebarkan jaringan pemusatan kuasa mereka!"

Secara tidak langsung, sindiran Ashraf itu terkena kepada batang hidung Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden Bersatu sendiri, kerana mereka-mereka inilah juga yang kerap melaungkan Ketuanan Melayu sewaktu mereka dalam Umno dahulu.

Mungkin Ashraf terlupa, sebelum Tun Mahathir menjadi Pengerusi Bersatu, Tun pernah menjadi Presiden Umno selama 22 tahun, presiden Umno yang paling lama dalam sejarah Umno, Dato Onn hanya jadi presiden Umno kurang lima tahun, Tunku jadi presiden lebih kurang dua puluh tahun, Tun Razak pula lima tahun, Tun Hussein Onn juga lima tahun, Pak Lah enam tahun dan Najib Razak sembilan tahun.

Jadi adakah Ashraf sebagai Ahli Jawatan Kuasa Pemuda Besatu mengatakan yang istilah yang di bawa dan yang dilaungkan selama mana Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden Bersatu ketika mereka duduk di dalam Umno adalah satu rekaan?

Ashraf tidak percaya wujudnya ketuanan Melayu, tidak seperti Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden dia percaya, bahawa, Ketuanan Melayu perlu di kekalkan ketika mana ketiga-tiga tokoh Bersatu itu masih didalam Umno.

Dengan kata lain, Ashraf menganggap, perjuangan ketiga-tiga tokoh Bersatu itu ketika didalam Umno sebagai satu pembohongan kepada bangsa Melayu.

Kalau ia, kenapa Ashraf perlu percaya kepada perjuangan ketiga-tiga tokoh itu di dalam Bersatu, kalau dalam Umno mereka boleh berbohong, adakah dalam Bersatu mereka akan bercakap jujur?

Ingat-lah, 22 tahun Tun Mahathir menjadi presiden Umno, Ketuanan Melayu-lah yang Tun Mahathir laung dan perjuangkan. adakah itu REKAAN?
Next
This is the most recent post.
Older Post

1 comments:

adlan aini said...

Buta sejarah mamat ni.. Jilat kuat kot