Posts

Showing posts from February, 2009

Karpal sial dan cilaka

Image
Cilaka punya karpal... dah la Raja-raja melayu kau hina, kau nak saman ni kau kata pemuda umno yang hantar peluru pulak... memang cilaka la kau ni karpal... semalam karpal nyaris hilang nyawa apa bila 13 ketua pemuda umno bahagian di selangor datang berjumpa dengannya... tapi dah memang dasar pemimpin PR ni BACUL dan TAK DAK TELOQ, Karpal membisu seribu bahasa apa bila dia di desak oleh pemuda umno untuk meminta maaf, naywa karpal semalam di selamatkan oleh pasukan keselamatan parlimen dan polis, selang berberapa minit kemudian, datang seorang hero macha, Gobind Singh Deo anak karpal datang mencabar pemuda UMNO... adegan cabar-mencabar berlaku dan sekali lagi pimpinan PR menunjukan yang mereka ini sememangnya BACUL dan TAK DAK TELOQ lari masuk semula ke dewan parlimen. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Datuk Omardin yang ditemui selepas itu berkata, mereka datang secara baik untuk mendengar sendiri dari mulut Karpal tentang kenyataannya bahawa Pemuda UMNO celaka. “Pem...

Surat Terbuka Kepada Pak Lah

Image
PERMINTAAN TERBUKA KEPADA YAB DATO’ SERI ABDULLAH BADAWI Tarikh : 16 Februari 2009 - Isnin Daripada : Muhammad Zahid Bin Md Arip No K/P : 660622-04-5355 No Ahli UMNO : 03468736 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala Puji Bagi Allah SWT Yang Maha Agung Lagi Maha Berkuasa. Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW, Keluarga Dan Para Sahabatnya. YAB Dato’ Seri, Di dahului dengan doa dan harapan mudah-mudahan Dato’ Seri beroleh sihat sejahtera. Izinkan saya memulakan bicara dengan mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan Selamat Berundur dan Selamat Meletakkan Jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia kepada Dato’ Seri. Buat pengetahuan Dato’ Seri, peristiwa yang bersejarah dan penting ini, sememangnya di tunggu-tunggu dan di harap-harapkan oleh hampir seluruh rakyat Malaysia. Walaupun (InsyaAllah) ianya hanya akan berlaku pada akhir bulan Mac 2009 - kira-kira 1½ bulan dari sekarang, namun saya tidak mahu ketinggalan un...

Pas bukan parti Islam

Image
Hari ini Pas tidak lagi seperti Pas yang dahulu, Pas sekarang tidak lebih dari sebuah parti sekular, tiada bezanya Pas mahupun PKR mahupun DAP. Mereka juga tidak lagi berani memperjuangkan apa yang mereka perjuangan dahulu. Islam hanyalah payung untuk mereka berselindung untuk mendapat sokongan orang-orang Melayu yang beragama Islam. Tidur sebantal dengan DAP sebuah parti yang terang-terang menolak Islam di bawah kepimpinan Lim Kit Siang, Karpal Singh dan juga Lim Guan Eng sudah jelas membayangkan bahawa jika mereka memerintah Malaysia, Islam akan hanya tinggal nama saja. Pas pula sebuah parti yang boleh diubah suai dan Pas juga boleh berubah warna mengikut keadaan sekeliling. Hari ini pemimpin Pas boleh berpeluk dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh, mahu pun Anwar Ibrahim yang nyata dahulu mereka anggap Anwar sebagai seorang yang tidak berakhlak. Perjuangan Anwar sebenarnya bukanlah perjuangan untuk membela rakyat. Perjuangan Anwar adalah perjuangan peribadi untuk mencapai cita-cita ...

Wacana Minda Melayu

'SELAMA MANA PERLEMBAGAAN MAMPU MENJAMIN HAK KETUANAN MELAYU' 14 Feb 2009, Jam 8.30 malam Dewan C, Jalan Merak 6/3, Sek 6, Shah Alam Panel: Datuk Dr, Hajah Ramlah Adam (Sejarawan Negara, Reaktor Kolej Yayasan Melaka) anjuran Persatuan Amal Shah Alam. SELURUH UMMAT MELAYU DI JEMPUT HADIR.

LAPORAN POLIS TERHADAP KARPAL HARI INI 11 FEB 2009

Image
Hari ini satu laporan Polis telah di di buat oleh UMNO Selangor terhadap Pengurusi DAP, Karpal Singh di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam Seksyen 11, laporan itu di buat oleh YB. Datuk Abdul Rahman Palil, Adun Sementa. Berkumpul di Bangunan UMNO Selangor antara mereka yang hadir berarak ke IPD Shah Alam di hadapan IPD Shah Alam Ratusan Ummat Melayu berkumpul untuk memberi sokongan kepada DYMM Sultan Perak dan Institusi Raja-raja Melayu. Kain rentang yang bisa membuatkan karpal tidak tidur lena malam ini lagi gambar akan di muatkan, kerana seorang lagi rakan jurugambar telah HILANG dan tidak dapat di hubunggi...

UMNO SELANGOR BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KARPAL

Image
Hari ini satu laporan polis akan di buat oleh Pemuda UMNO Selangor terhadap Pengurusi DAP Karpal Singh di Balai Polis seksyen 11 Shah Alam, turut di jangka hadir ialah Ketua Pemuda UMNO Selangor, Datuk Shukor, Ketua Pembangkang DUN Selangor Datuk Seri Khir Toyo dan berberapa ketua-ketua bahagian, ketua-ketua pemuda, wanita dan puteri dan akan di sertai oleh berberapa NGO Melayu. Aturcara untuk hari ini. 11 feb 2009 jam 3.30 petang: Berkumpul di lobby bangunan UMNO Selangor. dan berarak ke Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam. Wakil UMNO Selangor akan membuat laporan Polis, mendengar amanat daripada berberapa pemimpin UMNO Selangor, Bersurai. hadirin yang ingit turut serta di minta agar memakai lilit kepala warna kuning tanda sokongan dan taat setia kepada Duli Tuanku...

Bertapa SIALnya PAS berkawan dengan Anwar

Sial anwar merebak ke tubuh PAS, plan anwar untuk mengambil semula jawatan MB Perak dengan menyinkirkan PAS tidak menjadi kenyataan apa bila 2 adun PKR bertindak untuk keluar dari pada PKR... plan anwar sebenarnya ialah, merembat seberapa ramai adun umno yang bangang-bangang untuk joint PKR dan mereka ini di janjikan jawatan exco kerajaan negeri, memang ada konspirasi di antara PKR dan DAP untuk menyahkan exco PAS dan Nizar dari tampuk pemerintahan kerajaan negeri perak jika apa yang berlaku sekarang ini di ambil kira, tidak mustahil PAS akan mengadakan satu lagi muzakarah dengan UMNO dan jangan terkejut PAS akan menjadi salah satu parti komponen BN dalam pilihanraya yang 13 nanti... di harap sekiranya PAS menjadi parti komponen BN kelak, diminta PAS BUANG LA PERANGAI BODOH,SOMBONG dan BERLAGAK tahap DEWA tu.