JAWAPAN DET KEPADA KETUA PEMUDA UMNO SELANGOR


Usaha untuk merampas kembali negeri Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat adalah satu tugas yang mencabar.

Boleh percaya ka apa yang dikatakan oleh ketua pemuda umno selangor tu?, betul ke pemimpin BN UMNO Selangor sedang giat menjalankan usaha di peringkat bahagian dan kawasan mereka?, usaha yang macam mane? adakah usaha itu melibatkan rakyat terbanyak?, melibatkan pengundi atas pagar? atau usaha itu hanya melibatkan orang-orang umno sahaja? yang nampak sekarang ini program umno berlegar di kalangan ahli umno sahaja, contoh baru-baru ini, det mendapat jemputan untuk menghadiri sesi taklimat isu-isu semasa di pejabat umno bahagian yang berjiran dengan bahagian det, bila det datang ke situ, det lihat yang menghadiri taklimat tu terdiri dari pada ketua-ketua umno cawangan, ketua pemuda, ketua puteri dan ketua wanita cawangan sahaja, untuk pengetahuan semua, ketua-ketua empat sayap ini dah tentu paham dan tahu mengenai sebarang isu yang di mainkan oleh pakatan,pada det golongan yang sepatutnya di beri taklimat atau penerangan ialah pengundi, ketua-ketua empat sayap ni dah tentu undi BN, yang kita risau ialah pengundi atas pagar, pengundi pembangkang, macam mana kita nak tarik pembangkang untuk mengundi BN itu yang sepatutnya penerangan umno kena buat, bukan tak boleh buat taklimat untuk ahli umno, boleh, tapi mestilah di susuli dengan ceramah umum atau perdana mengenai isu-isu semasa, supaya rakyat dan pengundi pun boleh joint sekali, taklimat hanya untuk orang umno sahaja.

Pada det, semangat anggota (ahli umno) sudah lama pulih, ini dilihat dari perjumpaan det dengan kawan-kawan umno di semua bahagian di selangor, mereka bergitu bersemangat untuk membelasah kerajaan pakatan haram ini, jadi tidak adil dikatakan yang umno perlu membina semula semangat ahli-ahlinya, yang det khuatirkan ialah semangat ketua-ketua bahagian dan ketua-ketua sayap umno, takut semangat mereka yang tak pulih-pulih, maklum la sekarang ni tak macam dulu, dulu jadi ketua bahagian dapat la jadi ahli majlis PBT, bergitu juga dengan ketua-ketua sayap, det takut mereka ni yang hilang semangat nak berjuang, dah tak masyukk... semangat ahli umno di semua peringkat sudah pulih, umno selangor hanya perlu memberi mereka sedikit vitamin untuk menjadikan mereka ini cergas dan cerdas. apa maksud vitamin tu? vitamin tu kira macam krusus bina semangat, krusus motivasi, krusus btn, tu kira vitamin la.

Suhaimi berkata, sekarang bukan masa untuk mencari kesalahan orang lain tetapi beliau dan jentera perlu lebih fokus untuk turun ke bawah membantu rakyat.

Beliau berkata, apa yang dilakukan tidak perlu dihebohkan tetapi apa yang ingin dilihat adalah hasilnya.

Menurutnya, beliau akan mendedahkan satu persatu rasuah, nepotisme, kronisme dalam kerajaan PR yang banyak berjanji tetapi tidak ditunaikan.

“Kita akan dedahkan satu persatu apa sebenarnya yang telah PR lakukan. Kalau pemimpin BN dapat semua dikatakan rasuah, tetapi kalau pemimpin mereka dapat itu hadiahlah, sagu hati dan sebagainya,” katanya.

det pun bukan mahu mencari kesalahan orang lain, tetapi dah dekat dua tahun umno selangor membuta tak bangun-bangun, mestilah det tolong kejutkan, takan nak biarkan umno selangor terus lena dibuai mimpi dan agak pelik kenyataan ketua pemuda selangor mengatakan "apa yang dilakukan tidak perlu dihebohkan tetapi apa yang ingin dilihat adalah hasilnya" det terjemahkan kata-kata suhaimi tu bergini, "aku buat kerja offline (under ground) ape korang tau, tunggu je la" kenapa di saat rakyat tengah menyampah dengan pakatan haram, umno selangor nak buat kerja "offline"? sepatutnya sekarang ini kerja "offline" pun kena jalan dan kerja "online" pun kena jalan juga, baru rakyat dan pengundi nampak yang umno ni buat kerja dan dari situ rakyat dan pengundi boleh menilai yang umno bersungguh-sungguh untuk membela mereka, bila rakyat nampak dan rakyat bersimpati, maka rakyat akan mengundi umno/bn pada pru akan datang, kalau buat kerja tak nak dihebohkan macam mana rakyat nak tahu yang umno berkerja untuk mereka? ketua cawangan umno mungkin tau la kut, tapi rakyat?

Tugas untuk mendedahkan satu persatu rasuah, nepotisme, dan kronisme hanya pihak pakatan haram dan blogger yang menentang pakatan sahaja yang det nampak berani lakukan, kepimpinan umno selangor det tak nampak ada keberanian lagi, tak payah nak cerita la, laporan polis pun tak berani nak buat, lagi nak dedahkan penyelewengan kerajaan pakatan? dah jangan nak mengarut, sudah banyak penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan pakat haram di mainkan dalam laman-laman blog, tetapi tidak ada satu pun yang di pick up oleh umno selangor atau pemuda untuk di jadikan isu negeri, mana laporan polis yang pemuda umno selangor buat terhadap penyelewengan dana dun sementa oleh exco kerajaan negeri Rodziah Ismail?, mana laporan polis atau laporan sprm yang pemuda selangor buat atas kes saham bernilai jutaan ringgit milik azmin ali adun bukit antarabangsa dan ahli parlimen gombak, kes penyelewangan dana dan lembu korban oleh khalid ibrahim dan mana bantahan pemuda umno mengenai anwar ibrahim yang dilantik menjadi penasihat ekonomi negeri selangor adakah pemuda terima bulat-bulat anwar jadi penasihat ekonomi selangor?, sampai sekarang tak nampak ada bantahan dari pemuda. sekurang-kurangnya pelajar UITM lebih berani membantah dan berdemo bila khalid ibrahim baru mencadangkan yang akan membuka UITM untuk pelajar bukan bumiputra.


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar kini juga sedang gigih menggerakkan segala jentera bukan sahaja peringkat bawahan malah seluruh kepimpinan dalam usaha mencapai matlamat tersebut.

Mohamad Idris berkata, barisan pimpinan akan menggunakan pendekatan yang lebih baik dari sebelumnya untuk mendekati rakyat.

“Kita akan mengubah cara kita berpolitik. Mungkin rakyat tidak begitu selesa dengan cara dahulu oleh itu kita akan memperbaikinya. Dan pada masa yang sama kita perlu sentiasa turun mendekati rakyat.

“Di Selangor, kita sebagai pembangkang kita kena ubah cara, kita semua kena berubah ke arah yang lebih baik dan positif dari sebelum ini dan perubahan itu mesti dilakukan dari sekarang,” katanya.

Beliau berkata, BN akan sentiasa turun bersama rakyat untuk menjelaskan situasi sebenar

Kalau itu lah kata-kata Datuk, det akan sentiasa memantau perjalanan program di tempat datuk. benar atau tidak seperti yang Datuk katakan tu.

Selain mengadakan pelbagai program, seminar, bengkel dan sebagainya.

Mohamed Idris berkata, segala usaha yang dilakukan tidak perlu dihebahkan tetapi apa yang penting setiap pemimpin BN perlu bekerja keras untuk memajukan kawasan masing-masing.

Comments

Anonymous said…
padan dengar dia orang nak dok belasah last kopek, pasal dah rasa kalah.

haram punya pemimpin.

tak kan gua nak sokong pkr atau pas. jauh sekali dap.

babi betul pemimpin umno. merosakkan umno.
Yb Raz said…
UMNO bahagian memang banyak masalah, bukan di selangor saja. Tun Mahathir ada ceritakan perkara ini didalam blognya.
Anonymous said…
dekat pilihan raya ..baru lah nampak muka..itu pun suruh wakil datang....

Kawasan BATU 3 Shah Alam....mana pegi nya wakil UMNO ??? walau pun kalah ditangan PR tetapi datang le jengok jengok dan berjumpa dengan penduduk di sini...

SEKALI LAGI SAYA KATAKAN ..

JANGAN DATANG WAKTU DEKAT PILIHAN RAYA AJE..

KALAU KAU DATANG DEKAT PILIHAN RAYA AKU BALING KAU DENGAN SELIPAR KERAMAT AKU...
khairul said…
dah kata dah..... dorang jalan bila duit masuk jer....

mmg x update pon blog2 gomen ni... ntah pape
Anonymous said…
Cuba check berapa ramai ketua bahagian dan 4 entitinya yang ada blog & web? Dia orang sedar tak pengundi baru alert dengan media baru?

Itu tak termasuk yang sekurun tak update. Aku check pemuda selangor punya blog? Hampes langsung tak update.

Macam ni hak jaga pemuda selangor? Tidur lebih baik untuk Suhaimi.
jiwakita said…
salam.....

Kalau dulu tengah BN Selangor berkuasa,ada saja ceramah dari pihak pembangkang walau lepas p/raya atau lama
lagi p/raya diadakan...sebut je kat ceruk mana,pasti 'meriah', berbeza sekali
bagi BN Selangor bila jadi pembangkang.
Kalau adapun ceramah hanya untuk ahli
sahaja...itupun makan jer lebih...

Mana program?Adeke buat program kat
padang atau dewan untuk mendekati
akar umbi,bakal pengundi,muda-mudi,
para ahli,atas pagar atau pihak
lawan yg mula sedar tu?

Pendekatan ceramah harus berbeza,
program sehari harus diisi dengan pamiran,penerangan,jualan dan
aktiviti yg melibatkan semua golongan.
Kreativiti perlu ada untuk menarik
golongan sasar dan diakhiri dengan ceramah perdana.Ala-ala EXPO gitu!

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID