TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.


Penyokong dan kempimpinan UMNO masih lagi merintih dan merayu kepada Yang Dipertuan Agong ke 17 Tuanku Sultan Ibrahim meminta belas ehsan Tuanku untuk memberi pengampunan kepada mantan perdana menteri Najib Razak.

Hanya setakat itu sahajalah yang termampu dibuat oleh UMNO,  hanya boleh merayu dan minta simpati YDP Agong.

Tapi itulah nasib Najib bin Razak, pembebasan dia tidak disukai oleh kawan dan lawan, hanya penyokong setia UMNO dan bossku sahaja yang masih megharap dan menanti Najib di bebas.

Kenapa aku cakap pembebasan Najib tak di sukai oleh kawan dan lawan?

1. Siapa yang paling kuat memfitnah Najib kononnya cukai GST digunakan untuk membeli bag tangan Rosmah dan membayar hutang 1MDB?, sudah tentu menteri ekonomi kan? bayangkan kalau Najib keluar, kemudian Najib memberikan input-input yang baik bagaimana pengurusan ekonomi yang sepatutnya negara buat, berbanding formula-formula Rafizi yang ntah apa-apa tu, rakyat sudah boleh melihat bertapa bodohnya Rafizi yang selama ini hanya pandai bercakap tapi habuk pun tadak, sekarang ni ok la dia nampak la pandai sikit, pasal Najib kat dalam lagi...

2. PMX juga sudah pasti kurang senang dengan pembebasan Najib, ingat lagi tak macam mana dia kena sekolah dengan Najib masa debat anjuran sinar harian tempoh hari?

3. Pemimpin PH pun aku jamin, semua berdoa agar Najib tidak dibebaskan, gila ke orang yang kau fitnah siang malam pagi petang, tetiba terconggok depan mata kau, mana nak letak muka bab...

4. Petualang dalam UMNO lagi kuat doa mereka supaya Najib tidak bebas, tak keterlaluan kalau aku cakap, mungkin ada yang buat solat hajat mintak Najib kekal dalam penjara, terutamanya si penyu berlimbing dan waluk-waluknya, kerana dek ke-paloian dia la Najib ke penjara dan BN kalah teruk pru lepas.

5. MAHATHIR, aku rasa kalau dia dengar Najib bebas, alamatnya ke IJN la dia berkampung, itu lagi satu saka tua bangka yang berhati netanyahu, dia seboleh-boleh akan halang pembebasan Najib waima apa cara sekalipun, percayalah.

6. Pemimpin PN (baca perenggan no3) malas nak ulang PN tak de paedah.

Jadi UMNO kesorangan dalam membela nasib Najib, jika dulu, ramai yang menuntut dan membela pembebasan Anwar, tp nasib Najib jauh berbeza, hanya tinggal UMNO yang bersama Najib, MIC dan MCA aku tak tau la masih wujud lagi atau tidak, lama tak dengar cerita dua parti tu..

Bukan la niat aku untuk mengeruhkan kolam kerajaan perpaduan ini, tapi itulah kebenarannya, tiada siapa yang nak Najib bebas selain dari UMNO.

Maka sesuatu perlu dilakukan oleh UMNO, "bio mati berdiri dari mati melutut", korang paham-paham sendiri la apa maksud aku, tak boleh tulis lebih-lebih JKOM bukan di pihak kita.

Aku bukan la pentaksub Najib, malah aku la satu-satunya blogger yang pernah terbalikkan gambau Najib, korang cari sendiri la posting tu, aku rasa ada lagi.

Tapi bila melihat Najib di perlakukan bergini oleh kawan dan lawan, aku pun manusia biasa juga, tau mana betul mana salah, tau mana buruk mana baik dan maka lepas joging tadi aku amik keputusan untuk buat posting ni, menyedarkan orang yang masih belum sedar, sesuatu harus dilakukan.

Cukup setakat ni...

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.