PRK Hulu Selangor 2010: Calon Endorsment UMNO H.S, Kami Berjaya.


Umno bahagian hulu selangor kabarnya telah bersetuju untuk meletakan v mugilan anak tempatan dari mic untuk menjadi calon pada prk hulu selangor.

V. mugilan naik namanya melalui endorsement umno,parti keramat melayu. bermakna v mugilan adalah calon pilihan umno hulu selangor,yang mempunyai 25 ribu ahli di sana.

Ingat nama v mugilan bukan datang dari mulut mic pusat. namanya keluar dari mulut dan kehendak pemimpin dan akar umbi umno bahagian hulu selangor...

Usaha kami telah berjaya. mudah cerita v mugilan 'akan di jaga oleh umno bahagian. walaupun pada dasarnya, dia orang bukan melayu menjadi calon BN namun bila umno bahagian sendiri beri kelulusan bermakna kata putus suara melayu akan dibawa oleh v mugilan di parlimen kelak,insyaallah jika memang..

Aku istihar sokong 1 juta peratus calon yang dipilih umno hulu selangor, iaitu v mugilan bertanding pada prk hulu selangor !

DS NAJIB DAN TS MUHYIDIN

Kamu duduk diam-diam..aku mintak kamu duduk diam-diam biar bloger jalanan seperti aku,det,rbf,house pk,medan info,keris putera,pisau,che wan,gomo,garam,aidc dan kesemua bloger kesayangan aku untuk lanyak pakatan haram di selangor !

Ini pertarungan anak muda,anak muda melayu anak muda islam yang sedia bertarung habis-habisan bagi memenangkan BARISAN NASIONAL !

Comments

Akar Umbi said…
Hi Gang,

So, maknanya DSN &TSM boleh tidur macam Pak Lah tempohari ke?
Syukur ...UMNO Hulu Selangor telah setuju MIC bertanding tetapi V Mugilan menjadi pilihan sbg calon BN

Nampaknya kerja kami blogger jalanan lebih mudah melanyak Pakatan ...

ayuh !! gempur !! nantikan kehadiran PB di Hulu Selangor !!
Anonymous said…
Azlan, tidak,
DSN & TSM tidak akan buat macam Pak Lah.

BN tidak mudah berpuas hati: Najib


2010/04/09
HANOI: Disebalik pengakuan pakatan pembangkang yang mereka bakal berdepan tugas sukar pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor akan datang dan berikutan penarafan tinggi diberikan kepada kepimpinan beliau, Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) tidak akan mudah berpuas hati.

"Kami akan terus bekerja keras untuk menawan semula kerusi Parlimen Hulu Selangor. Saya seorang realis. Kami tidak akan berpeluk tubuh," kata Perdana Menteri dan Pengerusi BN kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.
Ahli Parlimen pakatan pembangkang, Lim Kit Siang memberitahu sebuah portal berita bahawa pakatan pembangkang memerlukan keajaiban untuk memenangi kerusi itu berikutan penarafan tinggi diberikan terhadap prestasi Najib.
Kajian Merdeka Centre for Opinion Research baru-baru ini mendapati sejak Jun 2009, tahap rasa puas hati terhadap prestasi Najib selaku Perdana Menteri kini berada pada 65 peratus berbanding 56 peratus pada September tahun lalu.

Najib berkata, BN masih perlu mengambil kira faktor nasional dan setempat dalam menghadapi pilihan raya kecil itu walaupun kebiasaannya faktor setempat mendominasi pilihan raya kecil.

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor didakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat pada 25 Mac lalu.

Penamaan calon ditetapkan 17 April ini dan pengundian 25 April. - Bernama
anak jalanan said…
yeah DSN mmg sorang realis! tabik ...
Anonymous said…
salam,

jangan kata DSN & TSM. aku pun dah boleh tidur lena. ini semua gara2 bro gap & bro det la ni.

keliru aku kejap. nasib baik tak lama meroyan nya.
Tok Pawi said…
Apa pendapat DET kenyataan ini:

Kamaluddin Idrus Siapa yang kata pilihan UMNO Bahagian? Tak pernah ada statement pun dari UMNO Bahagian. Pilihan pencacai poltik mungkin lah. hahahaha

http://www.facebook.com/kamaluddins?v=wall&story_fbid=116102395073444

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID