Halau Pengkhianat Dari FELDA Kata Isa Samad.

Warga Felda disaran “menghalau” pengkhianat dan penabur fitnah yang dijangka akan bermaharajalela menabur fitnah menjelangnya pilihan raya kecil dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang nanti.

ISA SAMAD-PENGERUSI FELDA Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berkata langkah berkenaan amat penting agar keharmonian dan keamanan yang dikecapi oleh warga Felda hari ini terpelihara daripada dimusnahkan oleh anasir yang irihati dengan kejayaan yang dicapai oleh Felda hari ini.

Menurut beliau kemajuan yang dikecapi oleh Felda hari ini sepatutnya dikongsi bersama dan bukannya difitnah dengan pelbagai kenyataan yang tidak masuk akal dengan tujuan untuk memperalat peneroka.

“Kenapa mereka baru sekarang kononnya prihatin dan peka dengan warga peneroka. Kenapa daripada dulu tidak mengambil apa-apa tindakan. Dan kenapa setelah Felda meningkat maju dan peneroka menikmati hasil serta pendapatan yang begitu tinggi, terdapat anasir luar yang cuba menggagu gugat kejayaan ini.

“Golongan seperti ini perlu dihalau daripada Felda agar masyarakat Felda dapat hidup dengan aman,” katanya ketika berucap pada majlis “Kenduri Sekampung” di Felda Tenang yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Turut serta Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Menteri Besar Johor, Datuk Abd Ghani Othman, pengurusan Felda dan kepimpinan BN yang lain.

Isa yang baru dilantik menjadi Pengerusi Felda selepas Tan Sri Yusoff Noor seterusnya menambah, janji yang ditabur oleh pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah mainan politik semata-mata.

“Anwar boleh janji macam-macam sebab beliau sedar bahawa dirinya tidak akan menjadi Perdana Menteri. Kalau sekadar janji sesiapa pun boleh janji. Saya sendiri boleh janji macam-macam.

“Dah macam-macam dia tabur kepada rakyat dan pelbagai janji yang telah kita dengar sejak daripada dulu lagi. Apa yang dia telah laksanakan. Dengan janji 16 September yang sehingga ke hari ini tidak nampak batang hidung….Terpulanglah kepada rakyat,” katanya.

Justeru tegas beliau, terpulanglah kepada warga Felda untuk membuat penilaian sewajarnya dan percaya masyarakat Felda cukup bijak untuk membuat perbandingan yang mana baik dan yang mana buruk.

Comments

Naza said…
Apa ISA nak komen kalau warga Felda pula kata.." Ayuh, halau perasuah dari Felda".. hahahaha....
anu stim said…
apa nak komen, warga felda x akan cakp mcm tu, yg ckp adalah pengkhianat mcm naza..
kakahkah..
bongok punya naza
Naza said…
UMNO punya pakej yg lengkap.. ada jutawan, ada perasuah, ada peliwat.. juga ada anu stim (perogol).. jd tdk heran jika mereka berhujah dgn kepala lutut...
Naza yang bodoh....hati sudah hitam berkarat,mana bukti Isa Samad rasuah, bila masa mahkamah jatuhkan hukuman dia bersalah rasuah, yang jatuhkan hukuman hanyalah badan displin UMNO yang membuktikan bahawa UMNO tidak menyokong perbuatan membeli undi.

PKR ada berani buat macam UMNO walaupun dah 159 laporan di buat oleh ahlinya sendiri, PAS ada berani pecat Husam Musa pasal beli undi masa mukhtamar PAS walaupun ada bukti dari ahlinya sendiri?.
Anonymous said…
betul dulu umno ada peliwat, tapi itu dulu, sekarang ni peliwat tu dah jadi kepala dalam pkr, perogol ada di dalam pas, sampaikan bini orang pun dia balun, perasuah pun adalam pas, siap dapat title murshid lagi.
Naza said…
Jika pemimpin dibela, itu artinya ia punya pengaruh. Tapi sayang, orang yang membela tidak sedar yang ia tidak pernah dipimpin. Hanya disuap sewaktu kelaparan...
Naza said…
Halau perasuah dari Felda
Naza said…
Usir perasuah dari Felda
Naza said…
Ganyang perasuah dari Felda
Naza said…
Boikot perasuah dari Felda
hahahha said…
semalam ko bagi rasuah..
hari ini ko pemimpin..
akan datang sendiri fikir..
Anonymous said…
Makin jahanamlah Felda...

Bekas perasuah UMNgOk jadi Pengerusi Felda...

Macam takde org lain lagi ke nak dilantik...atau PM ada agenda tersembunyi...

Duit FPSB (Felda Plantations Sdn Bhd) pun entah kemana ghaibnya...

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.