Logo Negeri Selangor Tu Bapak Kau Punya Kerr??

Dah tak tahan di serang bertubi-tubi oleh akhbar selangor terkini, semalam khalid membuat laporan polis terhadap akhbar itu kononnya akhbar itu menggunakan logo kerajaan negeri selangor tampa kebenaran beliau, soalan aku pada si gagap ni, sejak bila pulak rakyat selangor tak boleh pakai logo negeri selangor? bukan ke logo negeri itu boleh di guna pakai oleh setiap rakyat selangor selagi ia tak menggunakan logo itu untuk tujuan jenayah. apa khalid ingat logo negeri selangor di daftarkan atas nama bapak dia ke?

Petikan berita dari mstar online.

Kerajaan Negeri Selangor semalam membuat laporan polis berhubung penerbitan akhbar “Selangor Terkini” yang menggunakan logo kerajaan negeri tanpa kebenaran.

Laporan berkenaan dibuat oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri yang mewakili Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pukul 4.30 petang Isnin.

Menurut sumber Pejabat Menteri Besar, laporan itu adalah bagi pihak polis memulakan siasatan ekoran penyalahgunaan logo pada akhbar yang tidak diketahui penerbitnya itu.

Dakwa sumber itu, kandungan akhbar itu adalah usaha untuk mencemarkan imej Selangor dan mengelirukan orang ramai kerana akhbar rasmi kerajaan negeri ialah “Selangor Kini”.

“Tindakan menerbit akhbar menggunakan logo kerajaan negeri tanpa kebenaran adalah salah. Maka pihak kerajaan negeri membuat laporan untuk polis menyiasat perkara ini.

“Setakat ini kerajaan negeri tidak mengetahui siapa yang menerbit, malah kami tidak tahu kewujudan akhbar ini,” katanya di sini.

Sumber itu memberitahu, akhbar terbabit juga berniat jahat dengan bertindak menghentam pentadbiran kerajaan negeri dalam setiap laporan penerbitannya.

“Akhbar Selangor Terkini itu sudah diedarkan secara meluas kepada orang ramai,” katanya.

Comments

saya dah link dan follow blog Tuan...TQ
akulahni said…
kerajaan pkr selangor dah mula terpukul dengan akhbar baru ini(selangor terkini). jalan lain nk bertindak tak ada, so mereka cari lah bende2 lain yg boleh mereka jadikan isu!!..dasar pengecut....
Salam Tuan..saya dah link dan follow blog Tuan...TQ

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID