Mana 20 Meter Padu Yang Dijanjikan...???


Meskipun sudah tiga tahun pakatan memerintah negeri ini, masih ada penduduk tidak mendapat bekalan air percuma bagi 20 meter padu seperti dijanjikan menerusi manifesto Pilihan Raya Umum pada 2008.

Penghuni sebuah pangsapuri di Pandamaran (kawasan ronnie liew) di sini, yang kebanyakannya berpendapatan rendah, misalnya masih belum menikmati kemudahan itu ketika sebahagian besar penduduk termasuk pemilik rumah mewah menerima keistimewaan berkenaan.

Ini berikutan pangsapuri berkenaan menggunakan meter pukal, di mana penghuni tidak mempunyai akaun individu. Berikutan itu, pengurusan bangunan yang tentukan jumlah setiap penghuni perlu bayar berdasarkan caj keseluruhan yang dikenakan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Penghuni terbabit mendakwa pihak persatuan penduduk taman itu sudah banyak kali membuat permohonan kepada kerajaan negeri, tetapi gagal dan terpaksa membayar bil air kepada pengurusan pangsapuri pada harga tidak munasabah.

Kinana Asari, 39, berkata penghuni pangsapuri itu sudah lama menantikan bekalan air percuma, tetapi sehingga kini belum menjadi kenyataan.

Katanya, kelewatan kerajaan negeri menyelesaikan masalah mereka menyebabkan penghuni terpaksa berdepan caj tinggi berbanding caj biasa dikenakan SYABAS.

“Pihak pengurusan sewenang-wenangnya meletakkan caj bil air tanpa merujuk kepada meter. Jadi bil air tidak konsisten berikutan pangsapuri ini menggunakan meter pukal,” katanya.

sumber: berita harian.

Comments

Anonymous said…
anwar dah pancut air selangor di dalam hotel slama 20minit tu janji air percuma di selangor
Anonymous said…
Apakah rakyat Selangor tidak tahu bahawa air perecuma yang diberikan oleh kerajaan Selangor sekarang adalah sebenarnya ditanggung oleh sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh kerajaan BN sebelum pemerintahan Selangor dirampas oleh Pakatan Haprak yang ada sekarang.Pada mula ada tercatat dalam bil air tapi sekarang tidak dinyatakan lagi. Takut rakyat tahu kot? Pembohongan lagi. Nak hidup be.. semua tu gimik politik. Lembu punya susu sapi dapat nama.
Anonymous said…
samaada ko ni terlampau cerdik atau terlampau bangang...pangsapuri x dpt 20 meter padu tu disebbkan syarat syarat bangang yg syabas tetapkan...kaji dulu sebelum hentam pihak lain.....
Anonymous said…
samaada ko ni terlampau cerdik atau terlampau bangang...pangsapuri x dpt 20 meter padu tu disebbkan syarat syarat bangang yg syabas tetapkan...kaji dulu sebelum hentam pihak lain.....
Anonymous said…
Tak kira la apa syarat syabas, yang rule selangor ni sape? kenapa sebelum berjanji tak cek dulu?
hangkedee said…
Sama seperti kerajaan "Buat kerja cara Islam" Masa Bn semua bil bil setempat.Bila Hampas memerintah dah la menaikkan tarif air kemudian menghadiahkan bil tak boleh di bayar di pejabat Pos .Hadiah kerajaan kedah sejahtera ala parti esle Pork nik
Anonymous said…
ni bukan syarat yg termaktub ni syarat syabas dgn pengurusan pangsapuri...bro tolongla benda yg salah tetap salah x pyh tegakkan benang yg basah..SYABAS saja nk bg susah kerajaan selangor..ni lagi satu aritu syabas punye pengurus ape kejadah ke yg cakap air syabas boleh diminum terus dr paip..kepala otak dia air kotor nk mampus boleh minum terus...kalau lu x percaya lu pakai penapis air tengok kekotoran yg terdapat dlm air tu...

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID