Breaking News
Loading...
March 27, 2011

Info Post

Aku cukup minat dengan ulasan datuk najib tentang video porn lakonan anwar ibrahim, betul la kata najib, soalnya sekarang bukan konspirasi, soalnya sekarang adakah dia memantat atau tidak....ikuti ulasan najib.

Sejak isu video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meletup pagi Isnin lalu, Jumaat malam baharulah kali pertama wartawan berpeluang bertanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenainya.


Lokasinya ialah sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC.

Isu berkenaan menguasai soalan yang ditujukan kepada Presiden UMNO di celah-celah kehangatan pihak pembangkang memekak mendakwa UMNO terlibat dalam misi menjatuhkan Anwar menerusi video yang didedahkan oleh Datuk Trio.

Perdana Menteri yang tenang berdepan dengan soalan mengenai isu yang menjadi perhatian seluruh negara sekarang menegaskan bahawa UMNO tidak terlibat dalam rakaman video seks itu.

Bekas Ketua Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Sharzly Eskay Abdullah secara terbuka telah mengaku mereka berdua bersama bekas Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani Datuk Shuib Lazim yang bertanggungjawab mendedahkannya.

Bagi Perdana Menteri soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak adalah sangat penting.
“Sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan," katanya.

"...sebab ada pihak condong untuk bangkitkan soal konspirasi dan sebagainya jadi ini mengalih dari soal pokok sama ada berlaku atau tidak perbuatan yang mungkar itu dan dirakamkan atau tidak," tambahnya.

Najib berkata apa yang penting adalah untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video itu kerana UMNO berpegang kepada prinsip kebenaran sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku dan dirakamkan.

Mengenai desakan pihak tertentu agar suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat video tersebut, Najib berkata perkara itu terpulang kepada kerajaan.

Beliau berkata polis perlu membuat siasatan rapi dan profesional bagi menentukan ketulenan video itu agar rakyat yakin dengan laporan hasil siasatan yang akan dibentangkan kepada kerajaan nanti.

"Kebenaran dan kesahihan yang mesti ditentukan terutama oleh polis melalui siasatan rapi lagi profesional, dan kalau ada mereka yang pakar dalam hal ini, tentu (ia) boleh ditentukan oleh pihak polis bagi menyokong siasatan mereka," katanya.

Ketika ditanya mengenai persepsi yang mengatakan bahawa polis tidak adil dalam menjalankan siasatan, Najib berkata polis perlu bertindak secara profesional dan menggunakan khidmat pakar bagi menyiasat sama ada video itu diubah secara teknikal atau tidak.

"Kalau ada perbuatan untuk mengubah video itu secara teknikal, perkara ini amat mudah dikesan. Kalau nak 'ubahsuai' video ini ia cukup mudah dikesan dan dapat ditentukan," katanya.

Dalam pada itu Najib berkata mesyuarat juga berbincang mengenai jumlah keanggotaan terkini UMNO yang mencapai 3,233,586 orang.

Mengenai hukuman penggantungan yang dikenakan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan di Sabah, Datuk Japlin Akim pada 2009 kerana didapati bersalah terlibat dalam politik wang, Najib berkata Majlis Tertinggi bersetuju melepaskan Japlin daripada hukuman itu.

"Mulai hari ini, beliau boleh kembali kepada UMNO dengan hak sepenuhnya sebagai anggota," katanya.

Selain itu, Najib berkata Majlis Tertinggi bersetuju untuk mengadakan sambutan Ulangtahun ke-65 UMNO pada 11 Mei ini.

"Majlis akan dimulakan dengan Solat Maghrib, bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Solat Isyak seterusnya UMNO akan mengadakan satu majlis makan malam serta upacara menaikkan bendera," katanya.

sumber: agenda daily

3 comments:

Hahn said...

Jam Omega mahal begitu ada serial number mungkin di daftar akan nama seseorang.

Kalau ya. Nama siapakah yang di daftarkan untuk serial number itu?

Asal mula memang video itu di semak ketulinannya. Tanda tanda di tubuh Anuwar kelak akan lebih menyatakan bahawa video ini sah.

Di masa itu Anuwar terperangkap.

Soal menjatuhkan orang yang telah jatuh tidak timbul. Perkara yang lebih teruk dari jatuh ialah 'masuk dalam tanah' iaitu mati. hehehehe

Apakah kematian politik Anuwar telah bermula?

bayan said...

Bang Nuar ni jangan dilayan,lagi naik tocang.He is sickman.Dia memang kaki lubang tak perlu dipertikaikan.Bukan sekali dua perjalanan cerita Bang Nuar cari lubang.Buang masa aje fikirkan dia,lebih baik kita fikirkan bagaimana hendak membina umat dlm keadaan sejahtera.

Cuba2 fikirkan dan sampaikan idea yg bernas kpd YAB DS Najib demi masa depan Malaysia.

Anonymous said...

hahn...omega tu petaling streeet punya laaa....hilang pun takper...he he.....
kalau 97/98 dia kata Tun M jatuhkan dia ..konpirrrasi laaa,,,malah ketua pemuda masa tu terikut kalut (laa ni ketua pemuda tu dah jd menteri penuh)
...slps tun m malaysia dah ada 2 PM...takkan kedua2 PM pun dia bermasalah....kali ni dia bermasalah yg kopi boy & kekawan rapat pun dia kaitkan ngan PM...hampeh..tak abis2 dia highlightkan pengedaran video lucah pd 21/03 lalu....mana ada edar nuar ooi....tengok aje ngok!..
......ingat ayat ni " sedangkan saya bekas org no 2 negara diperlakukan sebegini...apatah lg kekejaman kerajaan terhadap rakyatnya."....ayat ni masa tahun 98 waktu kena pecat.....kalau korang ada masa layan video anwar masa kat setiawangsa tempohari...ayat lebih kurang macam ni mesti ada kluar....pandai mamat nuar ni guna sentimen emosi rakyat...
yang aku sedih tengok pak janggut Paspispus masih angguk2 geleng2...dah malu kot nak uturn....