PKR & SNAP Dok Bergaduh Lagi Rebut Kerusi


Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih bertelagah berhubung pembahagian kerusi apabila SNAP, sebuah parti berasaskan kaum Dayak, hari ini terus menamakan 11 lagi calon yang akan diketengahkannya dalam pilihan raya negeri akan datang.

Dengan pengumuman terbaru itu, Snap telah memuktamadkan sejumlah 27 calon, susulan pengumuman terdahulu pada 15 Mac membabitkan 16 calon, termasuk bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus, Tebedu, Ngemah, Tarat, Bukit Begunan dan Katibas.

Bagaimanapun, Presiden Snap, Edwin Dundang berkata, Snap menyerahkan dua ”kerusi panas” - Ba'kalalan dan Batang Ai - kepada PKR memandangkan difahamkan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian serta Nicholas Bawin akan diketengahkan bagi kedua-dua kerusi berkenaan.

"Snap berhasrat untuk bertanding dalam 40 kawasan pilihan raya. Bagaimanapun, kami lebih menyukai pertandingan satu lawan satu menentang parti yang memerintah.

"Ini kerana di kawasan majoriti kaum Dayak, khususnya, kami mempunyai peluang yang lebih baik untuk menang berbanding mana-mana parti pembangkang yang lain,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat parti di sini hari ini. - Bernama

Nak bahagi kerusi pun nak bergaduh, bayangkan kalau pakatan haram menang dan tubuh kerajaan di sarawak, agak-agak berapa bulan rakyat perlu tunggu untuk dapat ketua menteri baru, apa pun yang selamat dap jugak, pasal tak de siapa nak bertanding kawasan cina, pas langsung tak ada peluang di sarawak.

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID