Rakyat Melopong Kalau PAS Menang Di Kerdau.


Perayu undi pas akan menggunakan ayat yang sama setiap kali berlakunya pilihanraya kecil di negeri yang di kuasai oleh bn, ayat perayu undi pas "bagi la kami satu undi, kalau kami menang pun kerajaan bn tetap berkuasa" itu ayat standart perayu undi pas.

Buat apa nak bagi undi pada parti bukan pemerintah, bagi pas menang di kerdau bermakna memberikan hasanuddin gaji buta, bagi dia glamour dengan title yb, calon pas di mana-mana pilihanraya kecil di negeri yang di kuasai oleh bn tak akan buat kerja dan tak mampu buat kerja, percayalah segala-galanya nanti akan di selesaikan jugak oleh pemimpin umno/bn di kawasan itu.

Dah banyak contoh kegagalan pas kalau diberikan peluang memerintah, contoh terbaik di selangor, sebelum pilihanraya umum lepas, pas berjanji akan menegakan hukum islam di selangor, malah pas berjanji akan menutup 2 kilang arak di selangor, tapi apa dah jadi di selangor sekarang? pas hanya jadi kuda tunggangan dap dan pkr, segala apa keputusan yang dibuat oleh exco pas dan pesuruhjaya pas selangor di tentang dan ditolak bulat-bulat oleh kawan pas dalam pakatan haram, pas tak boleh bersuara dan tak boleh buat keputusan, pas hanya jadi tukang angguk di dun selangor.

Jadi masihkah pengundi kerdau nak mengundi pas? aku sarankan toksah la, buat apa buta-buta je bagi gaji free pada hasanuddin, setakat elaun adun 3-4 ribu nak selesaikan masaalah rakyat? silap-silap dia tukar kereta baru, rakyat kerdau juga yang melopong, lepas tu baru menyesal tak sudah macam yang berlaku di selangor, kerja tak buat, bergaya je lebih... pirahhh...

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID