Yayasan Selangor Bankrup C, Khalid Sila Berambus...


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor kerana kesilapannya melantik kroni memegang jawatan penting dalam Yayasan Selangor.Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, pelantikan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar tidak dibuat melalui prosedur yang betul kerana bukan pilihan utama panel temu duga.

Katanya, Abdul Khalid telah menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah dalam menentukan pelantikan dua jawatan penting termasuk seorang lagi telah mendapat Notis Kebankrapan. “Abdul Khalid telah melakukan kesilapan besar kerana melantik individu yang tidak berkredibiliti menerajui Yayasan Selangor sehingga menyebabkan yayasan itu mengalami defisit sehingga RM7.41 juta.

“Saya cabar Abdul Khalid untuk meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar kerana mengamalkan kronisme dan tidak telus dalam pelantikan dua jawatan penting dalam Yayasan Selangor,” katanya di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar semalam yang semalam yang mendedahkan Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM7.41 juta akibat, perbelanjaan yang tidak telus, tidak berhemah dan tidak munasabah.

Noh berkata, sebelum ini Abdul Khalid menuduh pemimpin Barisan Nasional (BN) mengamalkan kronisme tetapi hari ini Menteri Besar Selangor itu terang-terang melakukan perbuatan tersebut.

“Tidak usah lagi menipu rakyat. Abdul Khalid tidak perlu mengambil tindakan terhadap Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar kerana kesilapan bermula daripada beliau sendiri. “Oleh yang demikian, beliau perlu bertanggungjawab dengan meletakkan jawatannya. Usah tuding jari menyalahkan orang lain. Saya tunggu beliau berbuat demikian,” kata Ahli Parlimen Tanjong Karang itu.

Sementara itu, dalam Laporan Audit yang diedarkan kepada media semalam menyebut Tadbir Urus Korporat di Yayasan Selangor tidak memuaskan termasuk lantikan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar.Kedua-dua pegawai tertinggi itu dilaporkan telah dinaikkan pangkat dalam tempoh masa yang singkat yang diluluskan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor hanya melalui 'Circular Resolusi' tanpa merujuk kepada pihak berkuasa negeri untuk kelulusan.

Semakan audit juga mendapati terdapat pembayaran elaun-elaun yang tidak sepatutnya dibayar kepada Ahli Mesyuarat di dalam yayasan itu.

di petik dari blog nohomar.net

Comments

Anonymous said…
aku tak tau lah apakah perasaan Sultan Selangor bila negeri dipimpin oleh MB sedemikian rupa. Mungkin Sultan murka, tp diamkan jer..
Anonymous said…
bro tak tau cerita ker blog budak hanief ditangkap hari nih cuba bro siasat masa ni lah kita nak hemtam bloggers pro pembangkang nih...sila lihat sini http://amenoworld.blogspot.com/2011/03/panas-blogger-haniefblogspotcom-kena.html

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID