PAS Salahkan BN, Petugas Di Halau Keluar Dari Rumah Sewa.

Macam biase, pas tak akan mengaku silapnya walau pun kesilapannya itu terang-terang nampak depan mata, seperti yang berlaku di santubong semalam, petugas pas untuk calon dun tanjung datu di halau keluar oleh tuan rumah yang depa sewa tu.

Ceritanya bergini, aku dah pergi jumpe tuan rumah tu petang tadi, pas pada mulanya bersetuju untuk menyewa rumah itu dengan harga sekitar rm 1000 untuk masa dua minggu, rumah itu cantik, lengkap dengan perabot tv lcd dan kawasan luarnya ada taman yang ditanam dengan pokok-pokok bunga, sepatutnya sewa rumah itu lebih tinggi dari harga yang pas dapat, tapi tuan rumah kesian dengan petugas pas yang telah berhari makan tidur, berak dan kencing di masjid, maka tuan rumah dengan berat hati menyewakan rumah itu tapi bersyarat.

Apa syaratnya? syarat tuan rumah cukup mudah, rumah itu hanya untuk tidur, makan dan berehat sahaja, aktiviti lain seperti ceramah tak di benarkan buat, memandangkan kawasan luar rumah itu cukup cantik dengan pokok ditanam segar-segar. tapi seperti biasa, pas memang parti munafiq, kalau berjanji jangan harap la depa nak pegang pada janji, jadi mereka pun buat lah ceramah kat rumah tu, sekali, dua kali, tuan rumah pejam mata, tapi kalau dah sampai roboh pagar rumah orang, siapa boleh tahan ye tak?

Maka dengan baik tuan rumah tu mintak petugas pas keluar dari rumah itu, korang tau apa yang tuan rumah tu dapat? dia kena maki kaw-kaw dengan petugas pas, macam-macam kata kesat yang petugas keluarkan kat tuan rumah tu, kata tuan rumah pada aku, dia tak sangka orang pas boleh berperangai macam ni, berang dengan perangai petugas pas, dia memulangkan semula duit sewa rm 1000 kepada petugas pas di samping dia terpaksa menangung kos baik pulih pagar dan barangan elektrik dalam rumah yang rosak.

Jadi untuk tutup cerita yang petugas pas tidak berakhlak ketika menyewa rumah orang, lalu pas divertkan isu tu, kononnya bn desak tuan rumah tu halau petugas pas, walhal cerita yang sebenarnya, tanyalah petugas pas yang duduk rumah tu....

Comments

pacat said…
betul ke?? barai tul la budak2 PAS! bukan tuan rumah.. mak bapak pon benci!!

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.