Breaking News
Loading...
May 25, 2011

Info Post
sekadar gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang pramugari berusia 22 tahun yang mahu meraikan kejayaan bersama rakan sekerja selepas mendapatkan pekerjaan tetap bertukar tragedi apabila dia dirogol seorang lelaki tidak dikenali di sebuah hotel di Sentul di sini, kelmarin.

Difahamkan, mangsa dari Kota Bharu, Kelantan, baru memulakan pekerjaannya dengan sebuah syarikat penerbangan sebulan lalu dan dibawa rakannya ke sebuah kelab malam untuk meraikan kejayaannya dan mengajar mangsa untuk bersosial.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang tidak pernah meminum arak sebelum ini dikatakan telah hilang kawalan.

Menurut sumber, kesempatan itu digunakan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an untuk mendekati mangsa sebelum membawanya yang dalam keadaan mabuk ke sebuah hotel berhampiran.

“Mangsa kemudian dirogol lelaki terbabit sebelum meninggalkan mangsa berseorangan. Kejadian itu hanya disedari mangsa selepas mendapati dia berbogel dalam sebuah bilik hotel, kira-kira jam 10 pagi keesokan harinya.

5 comments:

Anonymous said...

Itu peringatan untuk yang lupa diri

Anonymous said...

nasib kau lah labu...jauhi tempat maksiat...tiadalah maksiat...selamat lah diri...susah klu org tk faham pengertian islam...at last diri sendiri yg merana...ni nk salahkan siapa? bukan ke diri sendiri yg salah?

Anonymous said...

cari saksi empat orang le..... baru ambik tindakan.....

Anonymous said...

tiru macam bang anwar kite dengan geng-geng dia.....

mohd said...

pramugari ni macam pelacur juga la..... tau nak soaial sampai diri kena rogol pon x tau lpas 2 suka rela plak...