Breaking News
Loading...
June 5, 2011

Info Post
Apa yang diperkatakan bahawa pemimpin PAS seolah-olah pelakon filem yang sedang beraksi mencari pengaruh, kini menjadi kenyataan. Sebagai contoh didalam kes khalwat Mat Sabu - Norma misalnya. Walau dalam apa jua bentuk sekali pun apabila lelaki dan perempuan yang tidak muhrim berdua-duaan di dalam sebuah bilik tanpa mahramnya atau tidak kerana darurat, Islam tetap menghukumnya salah.

Mahkamah Syariah Kelantan telah menghukum tidak bersalah adalah disebabkan fakta-fakta perundangan yang tidak cukup untuk dihukum bersalah, kerana perbicaraan tersebut melalui proses undang-undang dunia, sedangkan Mat Sabu tidak boleh terlepas daripada dosa terhadap Allah s.wt. Yang anehnya dalam kes tersebut, YA.B. Dato' Nik Ab. Aziz telah hilang pedoman dan melakukan kesilapan besar terhadap Islam yang dipelajari dan diajarinya.

Atas dasar hukum Islam manakah yang menyebabkan beliau memberi kenyataan kepada pemberita di hari penangkapan bahawa: "Mat Sabu diperangkap" sedangkan pada masa itu beliau belum membuat siasatan rapi, sepatutnya seorang Tok Guru tidak boleh meletakkan politik lebih atas daripada hukum Islam. Adakah Islam mengharuskan wanita yang ajnabi berdua-duaan di dalam satu bilik ?

Mereka berdua-duaan di dalam bilik Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan sehingga sempat pegawai pencegah maksiat dan pemberita datang.
Sepatutnya dalam kes ini, Dato' Nik Ab.Aziz merujuk kepada peristiwa yang berlaku kepada Siti 'Aisyah isteri Rasulullah, bagaimana cara Rasulullah s.a.w. menyelesaikan kes tersebut sewaktu Saidatina 'Aisyah r. a. difitnah berkhalwat dengan Safuan bin Muatal dulu. Sebelum Nabi memanggil isterinya maka baginda tidak melabel terlalu awal dengan mengatakan bahawa isteri baginda telah diperangkap atau isterinya seorang yang baik-baik, pada hal jikalau Rasulullah hendak membela isterinya pun memang layak kerana isteri Nabi memang orang baik-baik dan telah diakui Allah s.w.t masuk Syurga pula.

10 comments:

Anonymous said...

tu dia! tak macam pemimpin dr umngok telah di jamin syurga krna terlalu maksum tiada setitik dosa yg ada termasuk isteri yg paling solihah di dunia.

Anonymous said...

Rahim Tambhy Jugak "tidak Bersalah" kerana merogol budak bawah Umur .., kerana "undang2 mahadir" menyelamatkan TAMBHY chik .., hahahha

Anonymous said...

Begitulah!Mat Sabu dapat pengampunan setelah Nik Ajis mendapat wahyu Mat sabu telah diampunkan :)

Anonymous said...

Ler... Penulis ni x taw lg ke betapa kotornya politik amno sehingga snggup wat apa saja demi kelangsungan politiknya... Lihat kes di perak, wat perangkap nk tahan adun pkr perak.. Dah joint bebas, tetiba kes jd snyp... Politik amno mmg x de halal haram.. Jnji kna dgn seleranya, sume jd halal..

Anonymous said...

kalau orang pas khalwat ke..zina ke.. main nombor ekor ke... tak pe sebab anggapan semua orang pas ni baik2...tak buat dosa....hahaha kelakar sungguh...aku pun kenal dengan penyokong pas tapi main nombor ekor...tak solat...tu la masalahnya bila pas je dianggap islam... jadi orang islam negara lain kena jadi ahli pas baru boleh jadi islamik...

Pak Tam said...

UMNO difitnah begitu banyak dan melampau hingga yang baik tak ada langsung. Itu sebabnya org PAS percaya apa yg tak baik berlaku dalm PAS, PKR mahupun DAP adalah kerja buat org UMNO.

Pak Tam said...

Haji Hadi kena paskan semua orang Islam di Malaysia dan dunia supaya orang Islam masuk syurga. Kepimpinan PAS hari ini WAJIB tubuh parti PAS di semua negara Islam untuk menyelamatkan umat islam di dunia.

KZSO said...

pas sekarang bukan menuju negara islam..

sekarang menuju negara berkebajikan..

macamanalah perasaan pejuang-pejuang pas yang telah berjuang menegakkan negara islam sebelum ini..samada yang telah pergi dan masih hidup lagi..

yang pastinya, tersenyum lebarlah dap dan anwar (serta kuncu-kuncu yahudi beliau di amerika dang israel) melihat kejatuhan dan lenyapnya pas yang berjuang untuk sebuah negara islam..

semoga Allah SWT melindungi negara kita Malaysia dari ancaman musuh-musuh Islam...

Anonymous said...

To waris walak Ibrahim Libya !! maaf ya !!

habis korang kena kelentong satu kampong !!!

Tak nak angkat parang panjang lagi ke ???

maun said...

Dah tak de modal ke...huhuhuh