Breaking News
Loading...
July 28, 2011

Info Post
Sepuluh orang termasuk pembantu ahli parlimen Ampang dan pemimpin pemuda PKR ditangkap di KL Sentral petang ini, Mohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Zuraida Kamaruddin, ditahan oleh sekumpulan anggota polis sejurus sebelum ketibaan Najib dan rombongannya.

Semua mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke balai polis Travers.

Selain Fareez, timbalan ketua penerangan pemuda PKR Rozan Azem Mat Rasip @ rango adalah antara mereka yang ditangkap.

Najib dan beberapa anggota jemaah menteri menaiki kereta api laju Express Rail Link, dari Putrajaya menuju ke stesen KL Sentral bagi mengedarkan bendera Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Beliau dan rombongan yang sebelum itu dibawa dengan bas dari Pejabat Perdana Menteri ke Stesen Putrajaya Sentral pada 2.10 petang disambut 1,000 orang yang menunggu sejak 11 pagi.

Najib bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri lain meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan orang ramai di stesen itu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan di Facebook, Polis Kuala Lumpur, ASP Suffian Sulaiman berkata tangkapan itu dibuat ke atas sekumpulan orang awam yang memakai baju kuning dan membuat kacau.

Tangkapan adalah bersabit laporan polis yang dibuat oleh ketua polis daerah Brickfields tentang maklumat mengatakan ada kumpulan pemuda akan membuat kacau dan cubaan untuk menggangu penumpang dan pengguna kl sentral.

7 comments:

Anonymous said...

depa nie tak ada kerja ke, apa yang depa mahu , kalau nak tukaq kerajaan tunggu la pilihanraya, guna akal sikit la. Walau apa pun berlaku pada politik Malaysia depa nie dok macam tu lah, kata orang susah sampai tua, sebab hati busuk , penoh dengan hasat dengki.

Anonymous said...

kesian sungguh tgok akhlak masyt yg dibentuk dgn acuan parti PAS yg kononnya paling islamik. salam pun tak dak. terus nak rempuh sj. bgitu akhlak yg islam ajarkan wahai nik aziz? cubalah minta elok2.
ni tidak, melulu mcm nak tikam pm jer. tentulah polis kena halang!kena tahan awak kerana cara awak mncurigakan. rakyat malaysia pn boleh nilaikanlah..

waujanak.blogspot.com

Anonymous said...

lain x kalau nak hantar surat pos je kat pejabat perdana menteri, akai letak kat lutut.

Anonymous said...

apa la korang ni.. mrk lalu kat situ pun nk kena kan juga. bila pakai je baju kuning nk protez kata yg memakai baju kuning bawa masalah lah & mcm2 lagi. bkn x bole bertanya kan dgn elok2 kan lagi bagus. korang ni nk bermusuhan sesama manusia sendiri je. x bole ke nk berbaik2? x bole ke nk berkejasama sama2 dlm apa je situasi? x bole ke? asik nk kutuk & marah2 org je. penah ke terfikir perasan mrk? & diri kita sendiri pula x bole ke befikir sejenak/seketika ttg apa yg telah berlaku ini? tahu nk menyalah mrk je. penah terfikir ke x ttg diri sendiri? baik kah aku? kalu baik diri sendiri wat apa mau buat org? patut ye berbaik antara sesama islam. jika mrk dh sesat kita bimbing mrk ke jln yg baik & benar maaa... ini tidak lg mrk dh buat yg x baik lagi ckp mcm2.. apa la korang ni..

Anonymous said...

skg ni sama2 yg salah. sebb ye korang yg patut beri mrk peluang ckp ke apa ke ni x terus je menindas mrk. korang x bole berfikir ke? x kira arr korang sokong PAS ke, BN ke, PKR ke & lain2 lg. Korang x terfikir ke? umat yg bkn islam bertepuk tgn bila umat islam menyalahi antara umat islam sesama islam. Sepatutnya kita bersatu padu & mengukuhkan pegangan kita jgn sampai kita berpecah belah.

Anonymous said...

makin ramai yg asik menyalahkan antara satu sama lain ini makin ramai la anak2 bangsa kita hanyut dlm dunia barat. disebabkan perkara kecik begini pun korang x bole nk berckp dgn baik2. alamat ye malaysia x lama lagi akan menjadi seperti di somalia.

Anonymous said...

Org2 PKR ni kebanyakannya terdiri dari samseng2 jalanan, mereka suka buat kacau di jalan raya. Ini lah akibatnya jika party (PKR) dilahirkan atas jalanraya melalui rusuhan, pengikut2nya juga tak akan berhenti membuat rusuhan atas jalanraya. Apa agaknya komen Nik Aziz tentang perkembangan terbaru yg terkutuk ini? Mungkin beliau akan menghalalkannya.