PANAS: Sistem IT Bukit Aman Dalam Bahaya, PERKASA Buat Polis Report.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat empat laman blog yang didakwa mendedahkan aktiviti penyelewengan dan penglibatan Israel dalam pemberian projek di ibu pejabat PDRM di Bukit Aman.

Menerusi laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini tengah hari tadi, Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris mendakwa pendedahan oleh empat laman blog ini dikesan sejak lapan minggu lalu. Irwan berkata empat laman blog itu termasuklah Darul Ehsan Today, Gerakan Timur, Gerakan Anti PKR dan Keris Putra.

Beliau mendakwa pendedahan yang dibuat dalam laman blog itu bukan perkara remeh memandangkan wujud penglibatan seorang lelaki berbangsa Cina yang mempunyai hubungan intim dengan Israel dan Singapura.

Malah laman blog Gerakan Anti PKR dengan jelas memaparkan maklumat lengkap termasuklah nombor kontrak projek berkenaan, orang yang terlibat malah maklumat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM).

“PDRM, SPRM perlu siasat sebab isu ini bukan perkara remeh tetapi serius. Penulis laman blog berkenaan juga menyatakan beberapa bukti kononnya wujud penglibatan lelaki Cina itu.

“Tujuan kami mendesak PDRM ambil tindakan adalah untuk menjamin keselamatan negara dan maklumat sulit kerajaan tidak jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Satu lampiran berupa maklumat lanjut mengenai empat laman blog itu turut diserah kepada pihak polis sejurus laporan dibuat. sumber: free malaysia today

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID