Adakah Aziz Bari Kata Tindakan Sultan Selangor Tak Selaras Ajaran Islam...

Aziz Bari menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terhadapnya berhubung laporan yang dibuat, mendakwa beliau mempertikaikan titah Sultan Selangor dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau berkata, semua orang mempunyai hak untuk membuat laporan polis jika tidak berpuas hati terhadap tindakan mana-mana pihak dan polis juga berhak melakukan tugas mereka.

Hak orang nak buat laporan polis... saya tak boleh kata apa... terpulang kepada polis untuk ambil tindakan,katanya.Aziz dipetik Malaysiakini berkata, tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu DUMC bukan perkembangan yang lazim.

Menurutnya, walaupun sebagai ketua agama Islam negeri baginda mempunyai hak itu, tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Sultan Selangor Isnin lalu bertitah baginda amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.

komen aku: pahamnya di sini ialah, aziz bari mengatakan tindakan tuanku itu tak mengikut ajaran islam kalau tidak kenapa aziz kata ia perlu di jalan selaras dengan ajaran islam, apa yang selaras dengan ajaran Islam tu aziz? kenapa tak huraikan? tapi aku yakin la, polis akan buat tak tahu je dengan profesor kangkung ni, silap-silap aku pulak yang polis panggil untuk soal siasat.

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.