Pakatan Akan Bentang Bajet Copy Paste Hari Ini...

Pakatan akan bentang bajet esok, macam la depa perintah malaysia, setakat bentang bajet, aku pun boleh buat pasal yang laksanakan bn bukan depa, janji depa masa pilihanraya dulu pun tak tertunai lagi.

Apa yang aku nak cerita kat sini ialah, bukan pasal bajet merapu pakatan tu, tapi bagai mana anwar copy paste bajet yang najib akan bentangkan pada jumaat ini, ok macam mana caranya anwar boleh copy paste bajet yang najib nak bentangkan tu?

Ok... semua orang tahu malah dah banyak rakan-rakan blogger dah dedahkan yang dalam pejabat najib di bangunan putra perdana tu ada musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan, tak perlulah kot aku bercerita panjang pasal siapa si musang berbulu ayam ni, aku yakin semua sudah sedia maklum. mereka-mereka inilah yang akan tolong copy paste kan point-point penting bajet najib kepada anwar.

Kenapa mereka buat macam tu? jawapan aku senang je, mereka dedahkan point-point penting pada anwar supaya rakyat melihat bajet yang anwar nak bentangkan esok lebih membawa kesejahteraan kepada rakyat, padahal ia adalah hasil copy paste dari bajet najib dan mereka buat sedikit adjustment. jadi sekiranya najib bentang bajet pada jumaat ini, pembangkang akan pukul canang mereka akan kata "tengok najib tiru bajet yang pakatan buat" niat mereka hanya satu, hanya untuk malukan najib.

Jadi rakyat toksah percaya sangatla dengan bajet yang pakatan nak bentangkan hari ni, itu semua copy paste je, pasal anwar tak mampu nak berfikir untuk buat bajet, dari dia fikir pasal bajet lebih elok dia fikir macam mana nak selamatkan diri dia dari pertuduhan liwat yang dia semakin tersepit sekarang ni.

Comments

Anonymous said…
ehhh..betullah hipotesiis ko..dasat le ko..hebat le ko..hebat..aku percaya 1001% apa ko tulis kat blog ni..tu lee..ada spy anwar kat JPM..hebat gila anwar..tak yah ada wikileaks dah pas ni..ko punye blog lagi hebat dari wikileaks..wahh..hebat..qudos!!
Anonymous said…
kalau sama bajet pakatan ngan BN... satu je alasan utk matikan hujjah... Bajet yg nak bentang tu... boleh buat dalam masa 3 4 ari ke... analisa bajet dalam masa singkat ke... apa ..pakar ekonomi negara tak cerdik ke nak ubah bajet dalam masa seminggu.. lepas tu nak cetak lagi bagi kat YB Parlimen... ish..ish ish.. kalu sam bajet Pakatan ngan BN.. alamatnya pakatan lah yang tiru .. lainlah dia org betang 5 6 bulan awal...

tak gitu ke...

hehheh
man said…
assalam.

Tak kisahlah siapa tiru siapa yg penting Rakyat tidak TERBEBAN dengan kos sara hidup yg semakin meningkat.

Kalau sama apa salahnya. Takde rugi apa2 pun.
tuya said…
Betul ape yng ko ckp tu man...
penulisblog ni sng t childish!
Anonymous said…
untuk apa ya buat bajet tu.. tak ada kerja ke.. syok sendiri saja.. lepas ni buatlah baget indonesia, amerika, thailand..

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.