Anwar Konfiden Giler Dia Akan Terlepas Hukuman...
Dalam menghitung hari menjelang detik 9 Januari, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengamalkan taktik biasa yang seringkali dilakukannya iaitu mempamerkan watak ‘cool’ dan bercakap dengan nada ‘konfiden giler’.
Sebenarnya teknik ‘konfiden giler’, pernah dilakukan pada 1 Julai 2008, selepas beliau keluar dari bersembunyi di kedutaan asing dan bercakap kepada pemberita berkenaan tuduhan liwat yang dikenakan kepadanya.
“Saya boleh beritahu anda..ini adalah konspirasi..ia (liwat) tidak berlaku..saya ada semua bukti dan alibi untuk sokong kes ini”, katanya dengan ‘konfiden giler’, meskipun pada hakikatnya sehingga selesai hujah penggulungan bela diri 15 Disember lalu, tiada satu pun bukti dan alibi yang dikemukakannya.
Akhirnya kerana tiada alibi, ketua peguambelanya, Karpal Singh, mati akal dan hanya mampu bertahan dengan hujah logik akal, ‘kenapa Mohd Saiful tidak melarikan diri‘, yang menjadi polemik di kalangan para penyokong Anwar sendiri. sambungan di AIDC
Comments