Breaking News
Loading...
January 16, 2012

Info Post
Sekali lagi Peguam Bela Karpal Singh mengesa Peguam Negara agar tidak memfail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membebas dan melepaskan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Karpal yang juga Ketua Peguam Bela Anwar berkata perbicaraan itu sudah memakan masa yang cukup lama dan patut dihentikan untuk kebaikan semua.

“Perbicaraan ini dipanggil ibu segala perbicaraan di Malaysia dan saya kira tiga tahun (perbicaraan) adalah cukup lama dan ia perlu dihentikan demi kebaikan semua,” katanya seperti dilaporkan Bernama

Saiful melalui kenyataan media bapanya, Azlan Mohd Lazim baru-baru ini memohon kepada Peguam Negara agar merayu kes ini ke Mahkamah Rayuan demi untuk mendapat keadilan anaknya.

Karpal tidak bersetuju dengan permohonan rayuan Saiful itu dan menggesa agar pihak Peguam Negara tidak meneruskan rayuan demi maruah Anwar.

“Cukup malang perkara berkenaan telah berlarutan hingga ke peringkat ini buat Saiful, tetapi sebaiknya negara dan semua terlibat menghentikan penghinaan terhadap Anwar dan keluarganya dan terus bergerak menangani isu-isu politik yang lebih penting yang menyentuh setiap orang,” katanya. sumber: aidc

komen aku: kenapa karpal gelabah sangat, biarlah pendakwaraya nak buat rayuan, bukan ke pihak pendakwaraya di benarkan membuat rayuan untuk kes anwar liwat saiful dalam masa 10 hari? dan kalau betul anwar tak bersalah, sudah tentu anwar akan menang sekali lagi di mahkamah rayuan, so apa nak risau sangat...

3 comments:

Karpal Zalim said...

Sekarang baru nak ungkit perbicaraan memakan masa begitu lama.

Siapa yang selalu melengahkan perbicaraan. Karpal Kepala Pusingh juga.

Pakatan perjuangkan keadilan kepala otak.

Pakatan Maha Zalim. Untuk lepaskan tengkok, mereka sanggup buat apa saja.

Anonymous said...

apa kata panggil karpal jadi saksi pendakwa pulak

Anonymous said...

SI SETAN NI BILA NAK MAMPOS AGAKNYA...