Breaking News
Loading...
January 17, 2012

Info Post

Semalam masa sidang media hasan ali di rumahnya, dia ada menyatakan ada parasit-parasit dalam pas yang cuba nak menjahanamkan pas dari dalam dan menguburkan kepimpinan ulama di dalam pas.


Aku cukup minat dengan ayat yang hasan ali gunakan, iaitu 'parasit' siapakah parasit yang di maksudkan oleh hasan ali tu? parasit yang hasan ali maksudkan tu ialah pemimpin pas yang berkiblatkan anwar, mereka terlalu taksub kepada anwar, antara parasit-parasit itu ialah khalid samad, shaari sungip, kamaruddin jaafar, dr. dzulkifly, salehuddin ayub, dan berberapa lagi pemimpin pas di peringkat negeri.


Mereka ini akan membawa suara dan idea sekular anwar didalam pas, antara kejayaan mereka mempengaruhi pemikiran pemimpin pas ialah, menggugurkan perjuangan menegakkan negara islam dan di gantikan dengan perjuangan menubuhkan negara berkebajikan, malah skrip yang di baca oleh hadi awang presiden pas dengan mengatakan 'tidak ada negara islam dalam al-quran' adalah skrip yang di tulis oleh parasit-parasit ini.


Published with Blogger-droid v2.0.3

2 comments:

Anonymous said...

Terasa pedas kena cili api ke ????

usin said...

maksud hassan ali ialah 'parasits'. lebih dpd sekor parasit tu. salah sorang, ko lah khalid. lg mau tanya ka?