Breaking News
Loading...
January 23, 2012

Info Post

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika diminta berbuat demikian.

Beliau yang juga mursyidul am PAS berkata isu pengisytiharan harta oleh semua penjawat awam, termasuk pemimpin kerajaan merupakan isu lama.

"Saya dan semua exco kerajaan negeri boleh mengisytiharkan harta, jika diminta berbuat demikian.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan naib presiden Pertubuhan Angkatan Generasi Muda Melayu Kelantan (AGENDA) Arif Hakimi Zulkifli yang mendesak beliau dan keluarganya mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM bagi memastikan mereka benar-benar telus dan bersih daripada kegiatan rasuah.

Menteri besar itu berkata, beliau akan membuka seluas-luasnya pintu kepada SPRM untuk menyiasat beliau.

komen aku: so sprm nak tunggu apa lagi?

Published with Blogger-droid v2.0.3

3 comments:

Anonymous said...

Pucuk pangkal nya sekarang ni berani ke sprm nak siasat si tua tu? staff sprm pun ramai ahli pas, sanggup ke dema tu nak siasat nabi nya sendiri?

Anonymous said...

ermmm...yer aku setuju kita patut siasat semua ahli politik malaysia nie...klu ada yg makan duit rakyat haramkan saja...rakyat bersekang mata mencari sesuap nasi ..mereka pula sedap melahap anak dan bini mencuri wang rakyat..siasat semua baru adil tak kiri BN atau PR...ada berani kah mereka..

Anonymous said...

Saya mencadangkn kpd spr supaya syarat wajib untuk dicalonkn adalah membuat pengisitiharan harta peribadi, anak, bini2, perempuan2 simpanan, menantu, jiran2 dll.