Breaking News
Loading...
March 8, 2012

Info Post
Buat kali ke tiga sejak tahun 1971 dan 2009, penduduk sungai serai, hulu langat, berdepan banjir besar, itu cerita penduduk yang aku jumpa, sebelum nie, bukan tak pernah berlaku banjir, tapi takat paras lutut je, tapi banjir semalam air naik dengan cepat hingga paras dada dan ada di setengah tempat, air sampai bumbung rumah.

Sebanyak tiga puluh keluarga yang rumah mereka ditenggelami air di pindahkan ke sekolah kebangsaan sungai serai, mereka di jaga oleh persatuan bulan sabit merah, jabatan pertahanan awam dan skuad sayang wanita umno selangor.

Masa aku sampai, banyak keluarga yang telah pulang untuk bersihkan rumah mereka.





















9 comments:

Anonymous said...

Gempar banjir besar start malam 7-3-2012 until 8-3-2012 siang. ramai org tak dapat pergi kerja dan pergi sekolah, congested org tak dapat balik rumah tido dalam kereta, masjid dan sek. parit air limpah kat arena sea food restoren , dari bt9 pula depan sikit dari sek sg serai air paras dada. relevant department kena responds + action supaya tak berulang. tiap2 tahun jadi? nak tunggu hilang nyawa ke , baru org kisah nak tunding jari...siapa salah.

Anonymous said...

nanti najib boleh kasi lagi rm500..

nabilah cool said...

wei
kalau tiap2 tahun banjir
penat tahu tak...
dah lah rumah bersepah lagi....
nak kemas rumah mesti tiga atau empat hari baru siap kemas.....
penat sgt lah....
:(

Anonymous said...

Harap Jab. Parit dan saliran cepat bertindak mendalamkan sungai sebelum banjir kedua yg lebih dahsyat melanda. Hope Yb has put in all the afford to do whatever needed

Anonymous said...

RM500 mana cukup weh...suma barang rosak (kereta 2 biji tenggelam, tv, fridge, washing machine, radio, cabinet, katil,tilam, baju, selimut, cadar, buku2 sekolah, beg sekolah, dll barangan yg x dpt disenaraikan).. sapa nak ganti????

Anonymous said...

Rumah aku sampai ke sudah takde orang datang tolong pun. Lorong serai 10, belakang AA Hayat. Tolong lah pihak berwajib. Jangan tau manis mulut je. YB Ismail Sani pun singgah Chalee makan, tapi tengok umah aku pun idak...

Anonymous said...

saya pun dok blkg AA... mmg btl x der sapa yg sudi tlg kami...sib baik smlm dpt bantuan dr NGO Buddist dr Taiwan. Di mana pihak2 tempatan yg sepatutnyer m'bantu??????????

Anonymous said...

x baik la ckp cmtu..
kite sbg manusia x mintk pon musibah mcm ni..
mst ade sbb knp Allah turunkn banjir..ribut..
setiap yg berlaku mst ade hikmahnya..
jgnlah tunding menunding..
kpd yg dilanda musibh,
dihrp bersabar dan banyak2 dekatkn diri kpd Allah..

Adnan Abd Malek said...

1971 tidak ada yang merenget seperti sekarang. Bantu membantu dengan ikhlas.