Selcat Ibarat Kucing Tido Selepas Kenyang...
Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) adalah "mahkamah kanggaru" yang bertujuan untuk menutup salah laku dan kepincangan kerajaan negeri, kata Noh Omar.
Menurut Noh, pendengaran Selcat sebelum ini seringkali mencapai kesimpulan bahawa mereka "berpuas hati" dengan penjelasan kerajaan negeri dan membiarkan pesalah laku bebas.
"Mereka hanya dedahkan sahaja, mereka tidak pernah menghukum sesiapa, (jadi) apa gunanya?"
Kerajaan negeri hanya bersandiwara dengan meminta Selcat untuk menyiasat skandal perlombongan pasir.
Katanya, Selcat sebenarnya, tidak mempunyai kuasa dan siasatan terhadap skandal itu tidak akan menyelesaikan masalah.
"Memandangkan kerajaan negeri tidak dapat menyelesaikan isu kecurian pasir, mereka cuba bersandiwara dengan meminta Selcat menyiasat, padahal selcat tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat, mereka cuba menipu rakyat supaya rakyat akan berfikir bahawa mereka serius dalam isu ini.
Comments