Noh Omar Jawab Pasal 300 Ribu Pengundi Baru...

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor Datuk Seri Noh Omar Noh membidas kerajaan negeri kerana lebih menumpukan kepada isu kewujudan 300,000 pengundi baru dalam daftar pemilih, dan tidak mengambil berat tentang sejumlah 600,000 rakyat yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih.
Beliau berkata jika kerajaan negeri boleh memperuntukkan RM1 juta untuk kaji selidik daftar pengundi dari rumah ke rumah, mengapa ia tidak membantu mendaftarkan rakyat Selangor sebagai pemilih.

Noh mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam bahawa Selangor merupakan negeri yang mempunyai jumlah tertinggi daripada 3.2 juta rakyat yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih.

"Yang menghairankan, mengapa kerajaan negeri tidak melakukan bantahan sebelum tamat tempoh bantahan daftar pemilih, tetapi memilih untuk melakukan kaji selidik itu, yang tidak mempunyai kuasa daripada segi undang-undang untuk melakukannya," katanya kepada pemberi selepas menutup Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Selangor anjuran Jabatan Penerangan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas Selangor di sini, Selasa.

Noh berkata ini adalah cara pembangkang mengelirukan rakyat dan kerajaan negeri sepatutnya membantu SPR mendaftarkan mereka yang layak mengundi sebagai pemilih, dan bukan mencari salah suruhanjaya itu dengan melakukan kaji selidik ke atas daftar pemilih.

"Mereka sedang bina perspektif negatif terhadap SPR ... mereka yakin mereka akan kalah, dan akan terus menyalahkan SPR kerana pilihan raya umum kononnya tidak bersih," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.