Kerana Undi Sijil 3rd Class Terpaksa Di Iktiraf Jadi 1st Class...


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata "kebodohan" orang Melayu menyebabkan kumpulan etnik majoriti terpaksa tunduk kepada tuntutan golongan minoriti, termasuk mengiktiraf sijil daripada Kolej Tuanku Abdul Rahman (TARC).

Dalam wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini, Mahathir membangkitkan perkara itu sebagai dilema baru orang Melayu.

Beliau mendakwa, golongan Melayu kini tidak mampu mempertahankan kaum mereka kerana takut dituduh rasis.

"Sampaikan tuntutan dibuat yang melanggar perjanjian kita dahulu tetapi kita tidak jawab. Bila tidak jawab maka mereka akan membuat lebih banyak lagi tuntutan.

"Jika dahulu untuk masuk kerja kerajaan diploma hanya melibatkan universiti awam tetapi sekarang ini diploma daripada Kolej Tuankua Abdul Rahman, kita kena terima.

"Ini semua kerana kita mahu undi. Semua perkara yang berlaku ini adala kerana kebodohan orang Melayu kerana kita tentukan perkara ini semasa kemerdekaan seupaya orang Melayu boleh menjadi majoriti.

"Namun kini sebaliknya, mereka sendiri yang menghancurkan majoriti mereka dengan berpecah belah," katanya.

Comments

Anonymous said…
Aku sokong bebenor dengan artikel hang ini. Melayu yang luluskan pengiktirafan diploma TARC memang bodoh dan bangang, termasuklah yang gambar dua ekor penyamun dalam blog DET.
Adlan said…
Agak-agaknya siapa yang bodoh? semua ini berlaku dizaman pemerintahan siapa? siapa yg terkinja-kinja hendakkan undi? Siapa yang bulldoze segalanya demi kesinambungan tampok pemerintahan?
TAK LAIN TAK BUKAN UMNO/BN. Justeru, BAPA SEGALA KEBODOHAN adalah tidak lain dan tidak bukan MAAA-HAAA-THIIIIRRR.
Sekian, terima kasih.
Anonymous said…
to adlan..berckp mmg mudah..menuding jari menyalahkan org juga mudah..tp pernah ke kamu terfikir kebodohan kamu sendiri,kejahilan kamu sendiri..sekurang2nya Tuan byk berjasa kpd bangsa,umno byk berbudi pd rakyat..kamu apa ada..bila dpt subsidi merungut x cukup...bila x bg kata BN zalim..bila PR mungkir janji mengapa x tuding jari..fikir2kan lah

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.