Breaking News
Loading...
August 8, 2012

Info Post

Dengan perjuangan PAS yang tidak pernah putus terhadap hudud, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi membuat Tweet yang menyatakan bahawa sesiapa yang tidak menerima hukum-hukum Allah adalah mereka yang kufur.

"(Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tidak menerima hukum hudud kerana dia kufur. PAS perlu teruskan perjuangan untuk menegakkan Islam," menurut Tweet dari akaun Nasrudin.

Karpal sentiasa tidak pernah putus dalam menolak pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.

Angkata Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) juga dilaporkan bersetuju dengan kenyataan Karpal. Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, telah memberi amaran kepada Nasrudin bahawa komen-komen Nasrudin terhadap pelaksanaan hukum hudud akan menimbulkan masalah yang besar terutamanya apabila isu tersebut akan mengundang kemarahan bagi Karpal dan pemimpin-pemimpin DAP.

Shamsul juga berkata bahawa Nasrudin tidak sepatutnya membangkitkan isu lama apabila persetujuan antara PKR, DAP dan PAS terhadap isu ini telah dibuat.

Petikan NST 30.07.12

1 comments:

Anonymous said...

setiap orang akan merasai mati......adakah kita akan terkurang pahala dan terlebih dosa jika amalan kita buat dan laksanakan spt mana ilmu dan pengetahuan yg kita ada.... rukun islam dan rukun iman kita lakukan dan amalkan.....dek kerna hudud menjadi retorik dan bahan jual beli,debat dan isu politik...maka bukan islamkah kita...nerakakah semua.?.....bagaimana alim ulama yg masih hidup mau pun yg telah mati itu kerna hudud masa hidupnyapun belum terlaksana?