Bila Haron Din Pun Takut Nak Tegur Anwar... Jadilah Dia Ulama Bisu.


Mungkin haron din mengambil ikhtibar tentang apa yang berlaku pada hasan ali bila dia menegur anwar ibrahim, jadi haron din pun mengambil sikap "play safe" tentang tindakan anwar menyokong penulis berpahaman libral dari india itu, cukup sekali dia di tibai teruk oleh rakan-rakan liberal dalam pakatan, dia tak mahu di jadikan sasaran lagi, baca artikel di bawah...


Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din baru-baru ini mengeluarkan ‘pesanan’ kepada masyarakat agar jangan kaitkan PAS dengan tindakan Anwar Ibrahim yang melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal dan juga semua tindakan dan kenyataan Anwar yang bersifat liberal.  

Perlu diingatkan bahawa Anwar sebelum ini juga membela buku Salman Rushdie, The Satanic Verses yang menghina Islam dan Rasulullah SAW sebagai karya agung.  Dan Anwar juga berpandangan bahawa tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslim sebagai berlebih-lebihan.   

Bagi penulis, jika dibaca beberapa sedutan dari buku Mobashar, mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa jika fahaman liberal boleh diukur, maka tahap liberalis Anwar adalah jauh lebih tinggi dari Mobashar yang masih berpegang kepada Islam sebagai agama yang lebih tinggi tetapi di masa yang sama berpegang kuat kepada jatidiri bangsanya, India. 

Namun, kita bukan ingin membahaskan identiti atau fahaman yang dipegang oleh Mobashar kerana Mobashar tidak ada kena mengena dengan politik dan rakyat Malaysia.  Malah, dari kenyataan Harun Din yang menolak sebarang kaitan PAS dengan tindakan Anwar, secara automatik bermaksud identiti dan fahaman Anwar juga tidak wajar lagi dijadikan subjek perbahasan kerana kenyataan itu sendiri pada dasarnya telah mengesahkan siapa dan apakah Anwar iaitu berfahaman pluralis dan berpendirian liberalis.    

Justeru, apa yang tinggal dan yang paling penting untuk dibahaskan di sini ialah pendirian Harun Din atau PAS dalam menangani subjek ‘Anwar’ ini.  

Kata Harun Din, “Tidak mengapa, itu pandangan politik dia (Anwar) dan dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (maka) dia buatlah. Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP,”  

dan, 

“Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita. Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam.”

Mungkin Harun Din perlu diingatkan bahawa Anwar Ibrahim itulah yang akan PAS angkat menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya kali ini atau jika berjaya mengambil alih kerajaan melalui jalan belakang.  

Mungkin Harun Din juga perlu diingatkan bahawa jika PR memerintah, PAS perlu mengambil kira pendapat dan pendirian Anwar yang liberal dan juga DAP yang memusuhi Islam, dalam mentadbir negara ini.  Lebih dahsyat, PAS bukan saja perlu mengambil kira, tetapi menurut apa saja keputusan Anwar yang berlandaskan fahaman liberal itu memandangkan beliau adalah Perdana Menteri.  

Dan PAS juga tidak akan berjaya seratus peratus menentang pendapat dan keputusan DAP yang memusuhi Islam berdasarkan apa yang dapat dilihat hari ini di mana PAS sering mengalah kepada DAP.  

Di tambah dengan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri yang lebih cenderung terbuka kepada pendapat DAP dari PAS maka apakah jaminan Harun Din yang negara ini tidak akan di bawa arus liberal dan plural di bawah pemerintahan PR?

Hakikatnya, bagi Haron Din untuk menidakkan kaitan PAS dengan Anwar atau DAP adalah sama dengan menyatakan bahawa beliau tiada kaitan dengan isterinya sendiri.   

Sepertimana dalam satu perkahwinan di mana suami isteri tinggal serumah, tidur sebilik, menjalani kehidupan, mendidik dan membesarkan anak bersama, tidak mungkin dapat menafikan kaitan antara satu sama lain, tak kiralah walau kedua-duanya tidak sependapat dalam banyak perkara.   Setiap keputusan dalam rumahtangga juga selalunya terpulang kepada pihak yang lebih dominan, tak kira suami atau pun isteri sementara pihak yang pasif akan terpaksa menurut.  

Begitulah juga kerjasama PAS-DAP-Anwar di mana yang dominan akan membuat keputusan akhir dan yang pasif akan sentiasa menurut saja.  

Nampaknya, Haron Din masih berada dalam keadaan ‘penafian’ (denial) mengenai hubungan PAS dengan Anwar dan juga DAP.   Sama ada kerana terlalu sayangkan jawatan di dalam PAS, terlalu sayangkan parti atau terlalu ego untuk mengaku kesilapan PAS atau diri sendiri kerana bekerjasama dengan Anwar/DAP, maka Haron Din telah memilih untuk terus menerus membohongi dirinya bahawa hubungan itu adalah benar.  

Dengan ini beliau berharap akan terlepas dari dosa bersubahat memenangkan kafir harbi dan menjulang seorang liberal, plural, perasuah, peliwat dan penzina sebagai Perdana Menteri.  

Ketahuilah bahawa Harun Din boleh membohongi diri sendiri atau beberapa kerat penyokong totok PAS yang benak tetapi Harun Din tidak boleh membohongi Allah SWT bahawa hubungan PAS dan Anwar itu adalah umpama pak turut dengan Ketua.  

Jika PR menang PRU dan Anwar ingin memperkenalkan dasar-dasar liberal maka PAS mungkin boleh membantah secara lisan dan boleh berdebat mengenainya di parlimen.  Tetapi setakat itu sahajalah yang dapat PAS lakukan.  

Tidak mustahil PAS tidak akan mampu mengkritik apatah lagi mengecam dasar-dasar liberal yang bakal diperkenalkan Anwar, tanpa ditempelak atau disenyapkan terus.  

Ketika itu, terpulanglah kepada Harun Din jika masih ingin membohongi diri bahawa beliau tidak terlibat dengan keputusan Anwar kerana apa jua alasan yang diberi, sudah tidak bererti lagi.  Apabila Anwar menjadi Perdana Menteri, air mata darah juga tidak mungkin mampu mengembalikan Islam di tempatnya yang eksklusif dalam perlembagaan negara sepertimana yang dilakukan oleh Barisan Nasional.   Pada ketika itu juga, jangan sekali-kali kita lupa untuk mengucapkan tahniah kepada Haron Din.

Comments

Anonymous said…
terbaik det...menghentam anwar tu bagus, tapi untuk kata dia PKR lain, kami PAS lain tak tepatlah. itu mcm nak lari dari menjawab saja...hakikatnya PAS dan PKR sama2 dalam pakatan rakyat. menang PRU nanti, anwar akan jadi PM manakala PAS sekadar penasihat agama saja...apalah yang susah sgt, terima hakikat PAS dah dikuasai oleh anwarinas, keluar sajalah dari PAS tu!!
Anonymous said…
fahamilah apa yang tersurat dan tersirat didalam hati Ustz Haron Din.
Hanya jauhari yang mengenali manikam
Anonymous said…
Bukan mempertikaikan kenyataan Harun Din.Sekadar ingin bertanya kepada beliau: PAS sedar bahawa 'Anwar Ibrahim tidak berasaskan politik dia (Anwar) kepada Islam', soalnya mengapa PAS masih lagi 'mendokong dan menyokong' Anwar Ibrahim hari ini? Bukankah Islam itu sendiri berdiri diatas kebenaran? Diantara Anwar Ibrahim dan PAS, siapa yang berada dipihak yang benar? Tindak tanduk PAS hari ini dilihat sebagai 'perakuan' bahawa Anwar Ibrahim adalah dipihak yang 'benar' kerana Anwar Ibrahim menerima sokongan dari PAS sendiri. Selagi PAS tidak ada keberanian untuk 'menyanggah' Anwar Ibrahim selagi itulah PAS terutamya 'ulamak2 mereka' akan dilihat sebagai 'bisu' dan sikap sebegini bertentangan dengan perinsip 'berkata benarlah walaupun pahit'. Wallahualam.

mtk
Anonymous said…
Haron Din dalam PAS

PAS,PKR,DAP dalam PAKATAN

Jadik, Haron Din dalam PAKATAN!

Tak yah berdolak dalik, lok lak, kluk klek, kona baring, kona leper or what not.
Anonymous said…
Akibat berjin sukmo.. jadi akal pon ikut tabiat jin jugo... Terpedaya dan raso takut takut susah nanti..bersemanda dijiwa... kesian ..kalu dah dijauhi hidayah.. nak buat gapo lagi.. sekor di kelantan..sekor diBangi ..2 ekor diTrengganu.. semua pakat stail tumit kat depan...mcm jin,,
Rachael Lynn said…
Haron Din dalam PAS PAS,PKR,DAP dalam PAKATAN Jadik, Haron Din dalam PAKATAN! Tak yah berdolak dalik, lok lak, kluk klek, kona baring, kona leper or what not.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.