PAS Pecat Haron Din & Shahnon Ahmad...



Laman Suara PR semalam mengecam keras Datuk Dr. Shahnon Ahmad kerana menyifatkan kerjasama DAP-PAS adalah bercanggah dengan Islam.  Kata laman tersebut yang mengaku membawa aspirasi Anwar/PR tulen, Shahnon tidak patut mengeluarkan kenyataan begitu tanpa merujuk kepada kepimpinan atasan lalu menyarankan agar Shahnon disingkirkan dari PAS. 

Selain Shahnon, Dato’ Dr. Haron Din juga tidak ketinggalan menjadi kecaman laman tersebut kerana menyifatkan fahaman liberal yang disokong Anwar adalah salah dan tidak ingin PAS dikaitkan dengannya.  

Kenyataan Haron Din dan Shahnon Ahmad dilihat bertentangan dengan pendirian PR yang dipersetujui bersama oleh ketiga-tiga parti PKR, DAP dan PAS yang membawa imej parti berbilang kaum dan kepercayaan.  


Sumber-sumber dalaman PAS memberitahu bahawa tulisan di laman Suara PR itu telah benar-benar mengejutkan golongan pro-Ulama di dalam PAS.  Bagaimanapun, mereka agak ‘segan’ untuk menyanggahnya secara terang-terangan, bimbang dianggap mengkhianati kesepakatan.  

Dari kacamata politik PR, apa yang ditulis oleh laman tersebut tentulah tepat dan wajar diterima kerana jelas Shahnon dan Haron Din tidak berpijak di bumi nyata.  Kedua-dua mereka nampaknya masih menafikan hakikat bahawa PAS itu adalah sebahagian dari PR di mana hala tuju PR wajib dan tidak dapat dielak dari menjadi hala tuju PAS juga.  

Oleh itu, tindakan mereka mengkritik persoalan asas yang menjadi tali pengikat pakatan itu dianggap sebagai satu pengkhianatan kepada PR dan juga PAS.  

Lebih-lebih lagi apabila PAS telah menerima baik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika PR memerintah.  Ini bermakna, PAS sedia dan redha akan ke arah mana jua Anwar ingin membawa negara ini.   

Justeru tindakan Haron Din menolak fahaman liberal Anwar serta tindakan Shahnon mengkritik kerjasama dengan DAP adalah sama dengan menolak mentah-mentah Pakatan Rakyat, sekali gus PAS itu sendiri.  Ini kerana, PAS adalah PR dan PR adalah PAS.  

Kewujudan individu seperti Haron Din dan Shahnon di dalam PAS pastinya menyukarkan usaha PR  untuk mempamerkan kekuatan gabungan pakatan mereka kepada rakyat.   Dan pastinya juga menyukarkan usaha PAS untuk meyakinkan DAP dan PKR mengenai kesetiaan mereka terhadap pakatan tersebut.  

Apatah lagi dengan keadaan di mana PAS masih lagi belum dapat memulihkan ketegangan antara parti itu dengan DAP yang ditimbulkan oleh Nasharuddin Mat Isa.   

Sehingga kini, kepimpinan tertinggi PAS masih berdiam diri.  Mungkin pening memikirkan cara untuk menghadapi perkembangan terbaru ini tanpa memperjudikan sokongan umat Melayu Islam dan tanpa menyinggung DAP dan Anwar atau menjejaskan Pakatan Rakyat.  

PAS cukup maklum bahawa Haron Din dan Shahnon masing-masing punya pengaruh dan kekuatan sendiri di kalangan penyokong PAS dan orang Melayu.    Mengambil tindakan tegas terhadap mereka bermakna bala kepada PAS.  Sedangkan bala yang bernama Dato’ Dr. Hasan Ali juga, PAS masih terkial-kial untuk menepis.  

Memandangkan PRU hampir tiba dan penyokong mereka juga semakin resah maka PAS perlu membuat pilihan iaitu sama ada menerima hakikat bahawa parti itu dan PR adalah satu, atau keluar saja dari pakatan yang mengelirukan mereka itu.   

PAS tidak boleh menjulang seorang Perdana Menteri berfahaman liberal tetapi di masa yang sama ingin menegakkan Islam.  Dan PAS tidak boleh bekerjasama dengan DAP yang membawa agenda Kristian, tetapi di masa yang sama ingin menegakkan Islam.  

Justeru, Haron Din dan Shahnon dan semua penyokong PAS perlu melihat artikel di laman Suara PR itu sebagai satu cabaran untuk memilih hanya satu jalan untuk meneruskan perjuangan.  Sesungguhnya tiada siapa yang boleh menyusuri dua jalan yang bertentangan, kecualilah jika diri mereka dikerat dua dan diheret menuju kedua-dua destinasi dalam keadaan tidak bernyawa.  

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.