"Anwar Pening" Rupanya Najib Tak Pinggirkan Rakyat Sabah



Pada tahun 2006, SKMM telah melaksanakan perkhidmatan telefon melalui kerjasama dengan tiga pemberi perkhidmatan iaitu Telekom Malaysia, Celcom dan TT Dot Com. Sebanyak 22 lokasi telah dikenalpasti dengan kos pelaksanaan sebanyak RM135 juta. 

Seterusnya, sebanyak 20 Pusat Internet 1Malaysia telah dibangunkan. Pihak TM dan Celcom telah dilantik bagi menjalankan projek ini dan ia telah siap pada tahun 2009 dan dari segi infrastruktur jalur lebar, lebih kurang 108 ribu port ADSL telah disediakan oleh pemberi perkhidmatan bagi perkhidmatan jalur lebar talian tetap. Ini disokong oleh liputan jalur lebar tanpa wayar dan WiMAX. Sehingga 2009, liputan 3G adalah 59 peratus liputan di kawasan berpenduduk dan WiMAX 19 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

Usaha-usaha yang dilaksanakan sebelum ini telah ditingkatkan pada 2010. Pada Mac 2010, Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) telah dilancarkan dengan pelbagai inisiatif baru di seluruh negara termasuk di negeri Sabah. Antara inisiatif tersebuat adalah Kampung Tanpa Wayar (KTW), Pusat Internet 1Malaysia di Pejabat Penerangan terpilih, pembinaan menara Time 3dan pemberian komputer 1Malaysia.

Bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan pelajar sekolah, program pemberian komputer 1Malaysia telah diwujudkan. Setakat 2011, lebih 100 ribu unit komputer netbook telah diedarkan kepada penerima-penerima terpilih. Komputer netbook ini juga dipakejkan bersama dengan langganan jalur lebar mampu milik melalui kerjasama dengan penyedia perkhidmatan terlibat. Kos bagi program ini sepanjang 2010-2011 hampir mencecah RM100 juta.

Berdasarkan kepada peruntukan yang telah disediakan, Sabah mempunyai peruntukan yang tinggi berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. 

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID