Deepak... Senjata Pakatan Dah Makan Tuan.



Semalam, Blog MIK memulakan kisah akan terbongkar kebenaran siapakah punya angkara mahu menjahanamkan nama baik Najib dan Rosmah sewaktu berlangsungnya Persidangan Agung UMNO 2012..., klik sini.

Saudagar permaidani bernama Deepak Jaikishan sememangnya mengenali Datin Paduka Rosmah Mansor kerana pernah berurusan sebagai pelanggan yang ada membeli barangan jualan Deepak. Malah mereka berurusan semenjak dari waktu Datuk Sri Najib masih belum lagi berjawatan Timbalan Perdana Menteri.

Adat resam berniaga, ada kala diatas..., ada kala menerima ujian getir mengalami kemerosotan sehingga membawa padah mendepani kegagalan menjurus kepada kebangkrapan.

Begitulah juga nasib yang dirundung Deepak Jaikishan turut sama menghadapi masalah perniagaan dan hutang ratusan juta RM terpalit dengan Kuwait Finance House[KFH]. Pihak KFH telah menghentikan kemudahan pinjaman kepada Deepak setelah didapati pinjaman yang diluluskan sebelum itu ada unsur penipuan...!

Menurut semakan pihak KFH penipuan meluluskan pinjaman kepada Deepak turut melibatkan salah seorang Pegawai berjawatan besar dalam KFH yang memberikan kelulusan tersebut. KFH bertindak memindahkan [transfer] Pegawai tersebut dan seorang Pegawai baru ditugaskan mengambil alih tempatnya. Ini sebagai proses memudahkan pihak KFH melakukan siasatan yang lebih rapi dan teliti...

Comments

rkb said…
Aku ingat besar sangatlah isu Deepak ni sehinggakan pemimpin utama Pas macam Mat Sabu, husam dan Tuan Ibrahim turut mengulasnya.

Nampak mudah saja bagi blogger -blogger pro Umno mengupas dan mendedahkan temberang terbaru dari puak pakatan ni.

Ternyata taring puak Pakatan sudah semakin tumpul !

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.