Jenice Lee Rembat Duit Warga Emas... Cilaka Punya Betina...



Bekas ahli DAP, Tan Kim Swee menolak penafian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Teratai Jenice Lee yang kononnya tidak mengambil tiket konsert anjuran Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan (Thean Hou Temple) bernilai RM13,500.

Malah Tan juga mempersoalkan, jika Adun Teratai itu tidak mengambil tiket berkenaan bagaimana ahli DAP boleh hadir sebagai tetamu dan menikmati jamuan makan malam yang disediakan.   

"Kalau dia (Jenice) kata tak ambil tapi ahli DAP sudah masuk duduk di 18 meja, semua sudah makan pada waktu itu," ujar beliau ketika dihubungi Antarapos.

Ketika ditanya mengenai tiket-tiket itu diserahkan kepada persatuan lain, Tan bagaimanapun tidak tahu-menahu mengenai perkara berkenaan dan hanya mahu wang perbelanjaan itu dikembalikan berikutan beliau terpaksa berhutang dengan pihak lain untuk menyelesaikan kos penganjuran konsert tersebut.

"Itu kita tak tahu sebab dah 10 bulan hal ini berlaku, saya pun tak tahu nak cakap apa. Saya cuma minta RM3,800 pun dia tak mahu bayar dan terima cerita saya. Kenapa mereka ingat mereka pegawai dan wakil rakyat tak nak dengar apa saya cakap?

"Takkan saya mahu rugi sampai RM10,000, saya buat konsert satu meja RM398 dan ada 18 meja. Saya orang tua 70 tahun dan sudah mahu mati, bagi pulang duit saya sikit pun tak apa," katanya.

Tambah Tan lagi, beliau tidak gentar jika Jenice mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

"Dia nak buat apa dia buatlah, saya tak tahu sebab perkara ini dah diserahkan kepada pihak polis. Saya minta dia cakap baik-baik, dia tak layan kami. Dia ingat kami orang bodoh ke?

"Kalau dia nak saman saya, silakan saya boleh naik mahkamah. Kalau betul dia tak ambil tiket itu tak apa, saya serahkan tiket itu kepada setiausaha beliau. Tapi kita tak tahu samada dia ambil atau tidak, kita pun tak nak tahu. Kita mahu tahu wang untuk bayaran meja itu saja.

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.