Sudah Tiba Masanya Kita Perangi PAS Habis-Habisan...

Majlis syura pas kata, "boleh pakai tapi tak boleh terjemahkan"

Apa lagi yang kita umat Islam nak harapkan pada pas? duit balu mangsa memali pun depa seleweng, kerana amanat hadi, keluarga jadi tunggang langgang, porak peranda selama bertahun tahun dan yang terbaru, kepimpinan pas memperjudikan akidah umat Islam di malaysia dengan membenarkan KRISTIAN GUNA KALIMAH ALLAH...

Pas tak ada beza dengan pkr, pas mereka sanggup menganjing demi kepentingan politik, dalam mesyuarat majlis syura pas yang di anggotai oleh ulama-ulama yang kononnya cukup mahir dalam ilmu agama bersepakat dan bersetuju kalimah Allah boleh di guna pakai oleh kristian, yakni boleh di sebut dalam pertuturan tapi tidak boleh di terjemah...

Adakah majlis syura pas boleh jamin mereka tidak akan terjemah perkataan Allah itu merujuk kepada tuhan mereka??? aku yakin kalau perkara nie jadi kalut satu masa nanti, kerajaan persekutuan jugalah yang akan pas salahkan...

Mungkin ada betulnya cakap seorang kawan aku, pas sekarang meletakan isu kalimah Allah sebagai isu remeh, menentang kezaliman kerajaan umno/bn yang banyak membantu rakyat menjadi fokus utama pas, pada pas, isu penggunaan kalimah Allah boleh boleh di repair semula selepas mereka dapat tawan putrajaya, apa-apa hal kita mesti lawan dan hancurkan bn dulu...

Comments

Anonymous said…
Melihat kepada situasi di negara kita.... ada 2 keuntungan yang dap dapat dari isu kalimah Allah. 1. Perpecahan umat Islam 2. Undi kristian di Sabah Sarawak.
Anonymous said…
beriya nak jaga nama Allah..tapi puak2 ko hukum Allah tak ketepi!!sembang je bleh..ni nak bagitau..kalu yg sokong UMNO tinggal orang yg x cerdik je..mahathir yg cakap bukan aku..oh ya lagi satu yg mai HKR 80% ..ko cuba darab gan 5 bagi setiap ahli keluarga yg tak ikut..dan berapa ramai dah orang Melayu dah x sokong UMNO!tapi takpe ko syoklan le diri ko dgn posting camni..aku pun suka jugak..!!lagi ramai org akan meluat!!
Anonymous said…
beriya nak jaga nama Allah..tapi puak2 ko hukum Allah tak ketepi!
..............................................................

Bukan dlm buku jingga tu hukum hudud tak dimasukkan ke? Ludah ke UMNO buat apa? Ludah muka sendiri la baru betul...
Anonymous said…
semua ahli pas mesti taubat. Dah pilih hj hadi sebagai wakil untuk bersetuju kongsi(mensyarikatkan) nama tuhan dengan ugama lain.Akidah dah terpesong.Kerana taksub , mata dah tak nampak, telinga dah tak dengar. Ulama yang murshid perlu sedarkan semua pengikut pas dan orang orang yang sewaktu dengannya. Jika tidak, habis keturunan akan timpa kesan dan balasan dari yang maha kuasa(Tuhan orang Islam selain pas)
Anonymous said…
Sebuah gereja di Petaling jaya telah menaikkan kalimah Allah didinding gereja selepas Hj Hadi membenarkan penggunaan kalimah Allah. dan beratus ribu bible Melayu sedia Utk cetakan.

(Sebarkan Utk renungan umat Islam)

sumber dari blog pembangkang sendiri : suarapakatanrakyat.com/2013/01/kalimah-allah-keputusan-majlis-syura-pas-bercanggah-pakatan-rakyat/


Kalimah Allah: Keputusan Majlis Syura PAS Bercanggah Pakatan Rakyat


BERTAMBAH keliru!! Itulah reaksi pertama penulis sebaik dimaklumkan bahawa Majlis Syura Ulama PAS sebentar tadi memutuskan untuk melarang penganut agama Kristian menggunakan perkataan Allah secara bertulis.

Anehnya, semua ini berlaku setelah Pakatan Rakyat membenarkan kalimah Allah digunakan oleh pihak gereja, tanpa sesekali menyentuh bentuk penggunaannya sama ada secara bertulis atau secara oral.

Bagaimanapun kalau pertikaian penggunaan nama Allah dalam kitab Bible berbahasa Melayu dan majalah mingguan gereja, The Herald dijadikan panduan, maka jelas yang dituntut adalah penggunaan kalimah tersebut secara bertulis!!



Dengan keputusan itu, pemahaman semua orang ialah kalimah Allah boleh digunakan oleh pihak Gereja dalam apa bentuk pun yang dimahukan mereka. Tidak timbul persoalan bertulis atau tidak.

Penggunaan kalimah tersebut secara oral juga memang tidak pernah menjadi topik pertikaian oleh mana-mana pihak sebelum ini. Kalau penulis tersilap, sila maklumkan dimana.

Maka itu tidak salah kalau penulis melihat keputusan ini akan mencetus satu masalah yang besar kepada Pakatan Rakyat selepas ini.

Suka nak dimaklumkan disini bahawa beratus ribu Kitab Bible yang menyebut di dalamnya perkataan Allah telah sedia dicetak untuk diedarkan di kalangan orang Melayu/Islam dalam membantu menambah pemahaman mereka mengenai agama Kristian, sebaik Pakatan Rakyat memutuskan untuk membenarkan penggunaannya oleh masyarakat Kristian.

Sebuah gereja di Petaling Jaya juga dilaporkan telah menaikkan papan tanda dengan perkataan Allah di dinding bangunan gereja tersebut minggu sudah, sebaik Majlis Presiden Pakatan Rakyat selesai bersidang dan memutuskan perkara tersebut.



Justeru, penulis dengan ini meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang tampil menjelaskan perkara ini kepada rakyat. Apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang cuba diselindungkan?

Penulis juga difahamkan, Hadi tidak berbincang terlebih dahulu dengan Majlis Syura Ulama sebelum menghadiri mesyuarat pada 8 Januari lepas. Kebetulan, bantahan dari anggota Majlis Syura berhubung perkara ini seperti Timbalan Mursyidul Am, Ketua Dewan Ulama dan Nasharudin Mat Isa, bukan satu rahsia lagi.

Ribut, ribut.

Artikel Berkaitan:

Suku Juta Sokong Penggunaan Kalimah Allah Oleh Pihak Gereja
Kalimah Allah: Jadikan HKR Bukti Perpaduan & Persetujuan

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID