Breaking News
Loading...
April 29, 2013

Info Post
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa kira-kira sejam menziarahi balu serta keluarga Allahyarham Timbalan Pengarah Kastam Perkastaman/Cukai Dalam Negeri, Datuk Saharuddin Ibrahim yang ditembak mati di Persimpangan Lampu Isyarat Presint 9, Putrajaya, kelmarin.

Dalam majlis pertemuan bersama keluarga arwah tersebut, Datuk Seri Najib Razak telah menyerahkan Ganjaran Terbitan (GT) berjumlah RM470,000 kepada balu Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Pengkastaman dan Cukai Dalam Negeri, Datuk Shaharuddin Ibrahim.

Sementara itu, Perdana Menteri menegaskan pihak polis telah diarahkan supaya melakukan siasatan yang menyeluruh bagi memastikan penjenayah tersebut dihadapkan ke muka pengadilan.

Najib turut menyelar sikap pemimpin pembangkang yang menyifatkan kematian Allahyarham Datuk Saharuddin Ibrahim disebabkan kerajaan korup.






2 comments:

Anonymous said...

Al-Fatihah kepada Allahyarham.

Anonymous said...

Aruah ni seorang yang lurus. Tengok keadaan rumah pun kita tau. amat sederhana