Baguslah Kalau Najib Nak Letak Jawatan Pengerusi UMNO Selangor Esok...


Khabar angin kini kuat bertiup yang najib akan meletekan jawatan sebagai pengerusi perhubungan umno selangor esok...

Pada aku bagus la, najib sebenarnya gagal di selangor, najib semasa menjadi pengerusi yang baik kerana dia gagal melihat anak buahnya menjalankan kerja, tak guna kalau najib tiap-tiap minggu melawat kawasan di selangor sedangkan jentera di bawah macam palat...

Najib gagal melihat apa yang di buat oleh ketua penerangan umno selangor, apa program yang ketua penerangan buat sejak dia memegang jawatan itu, jangan terkejut kalau korang tengok gambar di bawah nanti, itu lah first and last program yang dibuat oleh ketua penerangan umno selangor, terbukti dia gagal...

Buat program karnival sayangi selangor sampai habis juta-juta walau pun sudah mendapat bantahan dari ahli jawatan kuasa umno negeri kenapa tetap di teruskan? sudah la habis juta-juta, karnival tak dapat sambutan, betul di i-city ramai orang yang datang, tapi berapa kerat sangat manusia yang joint karnival sayangi selangor itu...???

Retorik call center dan radio bn fm selangor, aku nak tanya korang semua, sapa tahu url radio bn selangor ?, amat malang sekali tak ada seorang pun rakyat selangor yang tahu pasal radio itu, kenapa? kerana orang yang buat radio itu syok sendiri, ya dia syok sendiri, call center umno selangor, pulak lebih banyak call keluar dari call masuk yang membuat aduan, hatta kalau cek balik dalam laman web umno selangor, langsung tak ada di advertise laman web radio bn selangor dan no telefon call center bn selangor, kalau tak advertise nombor telefon dan laman web itu di laman web umno selangor atau di mana-mana laman web, rakyat nak tau macam mane...???

Sebenarnya banyak lagi yang aku nak tulis pasal umno nie terutama pasal puteri, pemuda, wanita, war room umno selangor, inmind dan perapi yang pada aku mereka nie sebenarnya dah kencing najib hidup-hidup, peruntukan mintak, tapi kerja tak jalan, apa pun cukup setakat nie dulu...

Inilah gambarnya, program anjuran first & last anjuran ketua penerangan umno selangor yang sama sekali gagal, apa punya bodoh buat ceramah awal pagi, sape nak datang...
Memang betul dia gagal sebagai ketua penerangan, bin dan binti pun dia tak reti bezakan, weii... sharizat tu pompuan la bukan jantan...

Comments

Anonymous said…
aku setuju sangat bro, memang betul selama beberapa tahun najib jadi pengerusi perhubungan umno selangor, sebenarnya dia kena tipu aka kencing dengan beberapa pemimpin selangor, contohnya zain badak, apa kerja zain badak buat sampaikan najib beri sepenuh kepercayaan kepada dia?
Anonymous said…
Kesian Najib..knp org harapan belau beri harapan palsu.sy tgk dato najib berusaha bsungguh2..tp itulah, yg dibawah ni..hmmmm
Mohd Azlanq said…
Saya cadangkan najib lantik orang - orang seperti Ezam dan Hamidzun untuk pimpin UMNO. Mereka muda dan boleh memberi harapan baru kepada Selangor
Anonymous said…
APA PUN PERUBAHAN KEPEMIMPINAN YANG NAK DI BUAT DI SELANGOR, SEMUA RAKYAT YANG SETIA KEPADA UMNO / BN, BAIK DIBANDAR, TERUTAMANYA RAKYAT KAMPUNG JANGAN SAMPAI TERSISIH.
Anonymous said…
Ini lar nama melayu... menunding jari memanjang... ubah lar diri sendiri, mantapkan selangor lagi... ada kurang dari 5 tahun untuk perbaiki diri... cari lagi kesalahan pembangkang, henyak dia orang habis habisan... bergaduh sesama sendiri tak membawa penyelesaian kepada bn selangor... aku tinggal di ukperdana... ada nampak tak aktiviti bn disana? Takde... pada halnya pkr adakan sukan rakyat utk pemuda... bukan tugas najib lar utk buat aktiviti ini... jentera bn lar patut kuat lagi kerja...
Anonymous said…
ini la masa untuk mengenal pasti yg mana kaki kencing dan kaki sapu peruntukan..kalau dah di kenal pasti terajang je ramai2 bg tepok
Anonymous said…
Salam, kasihan DS Najib dia berusaha bersungguh2 untuk rakyat Sleangor, tp jentera bawahannya mungkin ada masalah. Apapun kita mesti ada sifat hormat dlm kepimpinan, jgn jd biadab dlm mendesak kepimpinan, tegur hikmah Insya Allah berkat.

p/s:jgn jd kurang ajar mcm Adam Adli spesis muda PKR!
Anonymous said…
Pyh nk jmpe post cmni klau pembangkang pnye..
Anonymous said…
Inilah sikap kita, minta berundur bukan bermakna kita biadap, kalau itu perkirannya maka muhyiddin yasin pun biadap juga kerana pernah memintak pak lah berundur.
Anonymous said…
Agenda siapa ni, pemblog tengah ungkitkan?

Macam ya ya cerdik sangat.

Bertanding Dulu baru buka mulut.
Anonymous said…
Betul bro umno selangor perlu di terajui oleh orang selangor, mereka lebih tahu siapa taiko-taiko dan sepak terajang di selangor, bukan salah najib, dia cuma dapat report yg tak betul dari pemgipas lipas di selangor.
Anonymous said…
Tak ada ke orang Selangor yang menawarkan diri utk jawatan macam Khairi. Kalau ada mungkin boleh dapat tu.
Tukang Komen said…
Tersangat betul dan benar. Aku difahamkan si Syukur tak banyak buat program sbb si Badak control semua. Si Badak beri tumpuan anjur majlis2 dgn kumpulan2 ganster melayu cina dan india.Bila berucap luluskan peruntukan ribu ribu. Badan dan Noh buat cerita kononya badak tak bertanding tapi bakal dilantik sebgai duta ke amerika. Ini bertujuan melekakan ajk perhubungan.

Ketua bahagian yg tidak bertanding tidak dipanggil untuk berunding. Hari tu Noh Omar cakap pada orang2 dibahagian dia Najib tolak dia sebgai menteri tidak berunding. Rasakanlah. Pandai buat orang sekarang rasakan. Noh macam orang sombong. Korang tak akan dapat tengok muka dia senyum. Salam dgn orang muka selambe je. Eloklah dia tak jadi menteri.
Anonymous said…
sokong tu, pastikan juga calon-calon yang kalah bertanding dalam PRU 13 lalu, jangan di benarkan bertanding apa jua jawatan dalam persidangan bahagian nanti, ketua, timbalan ketua, naib ketua, ketua pemuda, wanita dan puteri yang tak buat kerja semasa PRU 13 elok lah tawarkan diri jangan bertanding, beri peluang muka baru yang mengisi kekosongan itu, biar UMNO tambah mantap
Anonymous said…
Memang sangat wajar utk najib lepaskan jawatan sbg pengerusi umno dan bn selangor kerana prestasi yg sangat buruk pd pru13. Najib mesti bertanggungjawab. Jika najib boleh ishtiharkan bakal mb di kelantan dan kedah, kenapa najib tak dapat ishtiharkan bakal mb bn utk selangor sedangkan najib adalah pengerusi bn selangor? Ini bukti bhw najib tahu penyakit bn selangor tapi najib sit on it.........tak buat apa apa. Begitu juga dgn maklumat awal beberapa hari sebelum 5 mei bhw kaum cina akan mengundi pembangkang. Itu pun najib tak buat apa apa!! Mujurlah bn tetap berjaya kuasai kerajaan persekutuan. Kalau bn kalah kerajaan persekutuan, pastilah najib akan dimaki hamun dan dipersalahkan kerana menyebabkan kita semua dan generasi kita hidup tersiksa. Najib tak tahu akan akibat itu kerana najib bukan pejuang umno, bukan juga pejuang melayu. Dan kini, najib gagal lagi. Najib gagal utk melahirkan pemimpin pelapis umno dan bn selangor. Najib patut tahu yg menolak bn di selangor adalah penduduk selangor sedangkan rakyat selangor khususnya bangsa melayu masih menyokong umno dan bn. Itu pun najib tak tahu.
Anonymous said…
melayu selangor minta bantuan dari melayu negeri lain kecuali kelantan(penghasut). Contoh persatuan orang melayu perak selangor buat aktiviti kebudayaan hari keluarga jamuan raya sukan nika memancing ikan.
Anonymous said…
hahahah semua org kene tipu..ds najib dgn ts muhiyuddin pusing 1 msia..yg lain2 baik u,no or komponen aemua jd ular sawa..kesian pm dgn tpm kene kencing idup2
Anonymous said…
There should not many websites with data like this man!
Bookmarked!

Feel free to visit my blog post - how to increase chances of getting pregnant
Anonymous said…
HA..Ha.. Padan muka...
Anonymous said…
Semua Pengerusi Perhubungan Negeri fail dan gagal kecuali Md Bashah Hanipah Kedah. UMNO meningkat baik hanya di Kedah berbanding seluruh Malaysia. Pengerusi negeri lain semua patut turun.. Selangor patut ambik Md Bashah jadi Pengerusi Perhubungan Negeri yang baru dan belajar apa dia buat sampai sokongan pengundi meningkat lebih 300%. Umno kedah kalah tempat cina ramai sahaja..haaaa
Anonymous said…
Betui..sokong!!
Anonymous said…
kenapa najib tak umum siapa mb selangor, rakyat selangor pun nak tahu juga sapa mb mereka.
Anonymous said…
amat benar sekali..pru13 yg lepas terlalu banyak yg songlap peruntukan..
Assalamualaikum kepada semua..saya mohon maaf jika teguran saya ini salah tetapi apa yang saya lihat dalam blogger ini hanyalah maklumat picisan dan masyarakat yang jahil tentang kemerdekaan dan kebangkitan dalam sesebuah negara yang sebenar tidak seperti negara-negara membangun diluar sana menulis sesuatu. jaga bahasa dan lebih tumpukan kepada ilmu pengetahuan terutamanya agama Islam itu sendiri. Barulah maju dunia dan akhirat dan jaga bahasa penulisan kerana masyarakat luar akan memandang enteng dan rendah jika melihat penulisan seperti picisan begini.

sekian terima kasih. Assalamualaikum.

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.