Makanan Dalam Flight AirAsia Tak Halal ???

Sebuah gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, Liga Lindungi Perlembagaan (Ligan) dalam satu kenyataan berkata, jabatan agama tersebut perlu mengesahkan status pensijilan halal berhubung kemudahan penyajian makanan dalam sektor penerbangan AirAsia di ketiga-tiga negara tersebut.

"Ligan juga meminta Jakim menyiasat kedudukan pensijilan halal oleh badan yang didakwa tidak diiktiraf.

"Kami meminta AirAsia menyatakan secara terang dan jelas tentang dasar syarikat tersebut berkaitan pensijilan halal di dalam mana-mana aspek operasinya, khusus penyediaan makanan," kata kenyataan berkenaan di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut meminta Jakim membuat pemeriksaan ke atas makanan yang disediakan oleh syarikat tersebut yang dipercayai makanan halal dan tidak halal dihidangkan bersama-sama.

NGO itu turut meminta Jakim menyiasat pakej-pakej percutian yang dianjurkan AirAsia yang mereka percaya tidak mengambil kira aspek halal walaupun dijanjikan begitu di dalam promosi tersebut.

Menurut kenyataan itu, selagi AirAsia tidak mengeluarkan jawapan rasmi, Ligan menggesa semua pengguna Islam memboikot makanan yang dijual AirAsia di dalam mana-mana penerbangannya.

"Kami juga mengajak dan menasihatkan orang ramai untuk mencemuh AirAsia dalam kalangan kenalan dan masyarakat sehingga syarikat berkenaan memohon maaf berikutan sikap biadab mereka terhadap semua pengguna terutama yang pernah melalui pengalaman pahit dengan syarikat penerbangan itu," tegasnya.


Utusan Online

Komen Aku: Itulah padahnya bila kerajaan bagi muke terlalu banyak pada airasia, syarikat tu buat untung gila-gila, tapi apa sumbangan yang airasia bagi balik pada kerajaan...? Setakat supply kapal terbang untuk askar pi lahad datu, aku rasa malaysia airline dah lama buat, lagi-lagi masa askar kita berkhidmat di somalia, bosnia dan lain-lain tempat lg...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Anonymous said…
Satu Kajian telah dilakukan di UKM tentang makanan dalam flight MAS dan Air Asia. Dapatan kajian mendapati maklumat tentang logo halal di AA tidak dipastikaniambil dari kesahihannya terutama makanan yang dibekalkan dinegara lain. Air Asia pun x mahu beri kerjasama baik dalam kajian ini.
Anonymous said…
dengarnya kakitangan kerajaan digalakan terbang dengan MAS, Kalau betul support GLC, ini baru betul beb.
Ali said…
Sokong!!!Boikotttt.....
Anonymous said…
Saudara/Saudari

Wajarkah kita, atau ada locus standii kah kita nak pertikaikan Halal-Haram makanan yang disajikan dalam Air Asia Flight. Balun sekenyang2nya saja lah ... janji tak sakit perut, janji tak kena food poisoning.

Sedangkan benda ni lagi besar, tak pernah dapat diselesaikan. Perpaduan Melayu, Perpaduan Islam .. sudah berabad diusahakan tapi tak pernah menjadi. Tolong fikirkan benda dibawah ni ...

Bercakap berkenaan Perpaduan Melayu. Yang sebenarnya kita diperingkat bawah ini tak ada masalah nak bersatu jika para ulamak kita tak kira fahaman politik dilihat boleh bersatu sesama mereka.

Yang jadi masalah ulamak sama ulamak pun tak boleh nak bersatu. Nama saja islam, sembah tuhan yang sama, mengadap kiblat yang sama, mengucap dua kalimah syahadah yang sama tapi masing2 ego, masing2 rasa pendapat dia saja yang paling betul.

Kalau dulu kita orang melayu angkat martabat ulamak kerana ulamak adalah pewaris nabi. Tapi hari ini saya lihat taraf ulamak lebih kurang sama sahaja dengan dengan Tok Sami atau Paderi.

Malah saya lebih mengagumi peranan Tok Sami dan Paderi dalam menyatukan penganut agama mereka. Kita tak pernah mendengar adanya perbalahan atau pertelingkahan diantara Tok Sami dengan Tok Sami atau diantara Paderi dengan Paderi, mereka sepakat dalam hal2 berkaitan agama mereka.

Tapi adakah para ulamak islam kita begitu. Sangat memualkan melihat perangai para ulamak islam kita. Bertelingkah sesama sendiri tak habis2 daripada sekecil2 isu sampailah kepada isu yang bersifat global. Kerana politik ulamak islam kita berbalah sesama sendiri. Kerana fahaman puak ulamak islam kita berbalah sehingga pengikut sanggup berbunuhan sesama sendiri, puak syiah bunuh puak sunni, puak sunni pula bunuh puak syiah, puak syiah bakar masjid puak sunni, puak sunni pula bakar masjid puak syiah. Apa jenis perpaduan ini ???

Wal hal, kedua2nya sembah tuhan yang sama dan mengadap kiblat yang sama, kedua2nya mengaku islam.

Saya ingin mengajak pembaca sekalian bertanya,

1. BENAR KAH AGAMA ISLAM INI AGAMA PERPADUAN ?

2. BENAR KAH KITA SESAMA ISLAM ADALAH BERSAUDARA TANPA MENGIRA WARNA KULIT, BUDAYA DAN BAHASA ?

BENAR KAH BEGITU ? ATAU IA HANYA SEKADAR MITOS SAHAJA ?

Pernahkah kita bertanya,

1. KALAU AGAMA ISLAM ITU BETUL " PENYELAMAT " KEPADA MANUSIA, KENAPA MANUSIA SELURUH DUNIA TAK BEREBUT-REBUT NAK MENJADI ISLAM ?

2. APA SUMBANGAN ISLAM KEPADA KEMAJUAN DUNIA SEPERTI MANA YANG SEDANG KITA NIKMATI SEKARANG INI ?

Pernahkah kita redho untuk mengakui bahawa,

SUMBANGAN UMAT ISLAM DALAM PEMBANGUNAN TEKNOLOGI PERSENJATAAN DUNIA AMAT BESAR SEKALI. TANPA UMAT ISLAM SEBAGAI " TESTING TARGET " TAK MUNGKIN AMERIKA DAN SEKUTUNYA DAPAT MENGHASILKAN SENJATA PERANG YANG BETUL-BETUL BERKESAN.

Dengan itu, kita minta para ulamak islam " Buka Minda dan Cermin Diri " sebelm mahu bercakap tentang kehebatan islam kepada orang yang belum menjadi islam. Mereka tidak mentertawakan anda, itu pun sudah cukup baik.

Seruan saya adalah,

SEDAR LAH WAHAI HADI AWANG, SEDAR LAH WAHAI NIK AZIZ, SEDAR LAH WAHAI ULAMAK PRO KERAJAAN ... KALIAN SEBENARNYA SEDANG DITERTAWAKAN OLEH KOMUNITI BUKAN ISLAM YANG HIDUP BERSAMA DAN DI SEKELILING KITA.

Hj Ariffin
Anonymous said…
Bukan niat nak menyebelahi Air Asia. Tapi nak sedarkan orang melayu sendiri.

Hangpa duk riuh nak minta melayu boikot Air Asia. Nasib baik Air Asia tak tanya berapa kerat melayu yang mampu duk terbang tak berhenti2 macam naik bas atau naik ketapi.

Aku rasa Air Asia tak heran pun sebab lebih banyak bukan melayu yang mampu terbang daripada orang melayu sendiri. Cuba bagi tahu berapa kerat melayu yang asal nak gi KL saja mesti terbang, asal nak gi KB mesti terbang, asal nak gi JB mesti terbang .. paling ramai melayu terbang dengan KTM atau Matahari Ekspress atau Jelita Ekspress atau Trans National Ekspress.

Lebih baik cakap pasal boikot produk atau kedai cina yang terang2 mengkhianati segala bantuan yang dicurahkan oleh Najib menjelang kempen PRU13 kepada mereka.

Najib beri mereka MADU tapi mereka balas dengan TUBA. TUBA yang bukan nak meracun mati Najib, tapi nyaris2 nak meracun mati MELAYU. Nasib baik MELAYU KAMPONG atau melayu luar bandar ada PENAWARnya.

Hj Ariffin

Anonymous said…
hahaha....sembang tak jatuh serupa kepala butuh!! nak boikot la konon...abg Tony tak heran la melayu bangang hoi....hihihi
Anonymous said…
Jangan sampai kita sj yang dok boikot Air Asia ni tapi pemimpin2 kita buat tak tau sj...berapa banyak kerajaan belanja untuk Air Asia sebulan? berapa banyak hutang Air Asia kepada Malaysia Airport Berhad tak bayar lagi?
Anonymous said…
MAS patut bg tambang istimewa pada pesara & kakitangan kerajaan mcm dulu..buat byk2 promosi. Air asial skrg ni pun tambangnya dah mahal..
Anonymous said…
Buat Renungan Pas dan Melayu Supaya Buka Mata dan Buka Minda

1. PAS pula janganlah terlalu perasan bahawa ultra kiasu telah menyokong mereka dan menerima Islam. Undi ultra kiasu kepada PAS sebagai tanda protes kepada UMNO BN.

2. Jika berlaku pertembungan antara calon PAS vs DAP. Jangan harapkan ultra kiasu mengundi PAS.

3. Jika PAS vs PKR, pasti mereka memilih PKR.

Sengaja saya bentangkan frasa ayat2 itu. Ini adalah realiti dan bukan illusi.

Hanya melayu saja yang bodoh, malah dah lebih setengah abad diperbodohkan oleh pemimpin mereka sendiri sama ada Umno atau Pas, sama ada pemimpin yang bergelar ulamak atau bukan ulamak.

Baru2 ini dalam PRU13, bukan pemimpin Umno sahaja yang nak perbodohkan pengundi melayu, malah para ulamak pondok juga tumpang semangkuk perbodohkan pengundi melayu dengan kenyataan, " Harus bagi orang melayu mengundi calon BN di kalangan cina atau india. Dan Haram mengundi calon Pas walau pun ianya melayu islam ".

Lebih teruk lagi, ada sekor ulamak tersohor dalam Pas buat kenyataan, " Dapat Pahala Siapa Yang Undi DAP ". Dan kerana nak kan Pahala, saya yakin beratus ribu undi melayu pergi kepada DAP.

Wahai para ulamak Islam Bangsa Melayu, tidak nampak kah kamu betapa liciknya perancangan puak ultra kiasu sehingga kita pengundi melayu jadi serba salah, " undi melayu (Pas) jadi mudharat kerana Pas baik dengan DAP, undi BN bukan melayu juga mudharat tapi mudharatnya kecil ".

Pada saya, jika kami penganut islam peringkat bawah ini " terbodoh dengan tipu muslihat ultra kiasu " tetapi tuan2 para ulamak Islam Bangsa Melayu berkali2 lebih bodoh daripada kami kerana gagal membaca perancangan ultra kiasu dalam melemah dan memecahkan undi melayu.

Dan paling teruk lagi ada lah, anda yang bergelar ulamak tidak sedikit pun mahu berusaha bersungguh2 untuk menyatu padukan umat islam melayu.

Dan kepada para Tuan Guru, Tokguru dan Ustaz Melayu sekalian saya nak beritahu kepada anda2, tolong lah terima kenyataan bahawa, " Puak Ultra Kiasu telah berjaya melemah dan memcahkan undi kita orang melayu pada PRU13 ".

Akibatnya nyaris2 Negara Malaysia ini jatuh kepada mereka sebagai mana jatuhnya Pulau Pinang ke tangan mereka. Umno dan seluruh orang melayu, yang tak ulamak atau yang ulamak, wajib menerima ketetapan Allah bahawa " Pulau Pinang Dah Terlepas Dari Kita ".

Hanya bulan dan matahari saja yang dapat mengembalikan Pulau Pinang kepada kita. Umno boleh lupakan Penang Island, jaga lah Province Welesley (Seberang Prai) supaya tidak turut jatuh kepada Ultra Kiasu.

Pertanyaan saya, ADAKAH PARA ULAMAK MELAYU KITA INI SEBENARNYA ADALAH JELMAAN ULAR DALAM SEMAK. Maaf kalau ada yang terasa. Maaf juga kalau ada yang rasa dihina dan diperlekeh.

Bukan saya saja yang keciwa, malah sebahagian besar orang melayu juga keciwa kerana confirmed ULAMAK MELAYU GAGAL MENYATU PADUKAN MELAYU ISLAM.

Hj Ariffin.

Anonymous said…
Bodoh..

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.