LAHANAT... UDA Holdings Bantu Cina, Ketepikan Hak Orang Melayu...


UDA atau perbadanan kemajuan bandar ditubuhkan pada tahun 1971 dengan matlamat utamanya adalah untuk membantu membangunkan kawasan bandar yang berkaitan dengan perniagaan, industri dan perumahan.

UDA sebenarnya diwujudkan untuk menangani masalah peneroka-peneroka setinggan bagi tujuan penempatan semula.

Pengkorporatan UDA dengan nama baru, UDA Holdings Berhad, akhirnya menyaksikan agensi kerajaan tersebut bertukar menjadi kapitalis yang telah menolak semua kepentingan Melayu-Bumiputera.

UMNO dan Kerajaan Persekutuan masih ada kuasa dalam UDA Holdings Berhad, sekalipun badan berkenaan telah dikorporatkan dan saham-sahamnya tersenarai di Papan Bursa. 

Bagaimanapun, kepincangan dalam kerja UDA Holdings amat keterlaluan, khususnya yang membabitkan kepentingan Melayu-Bumiputera.

Nur Jazlan Mohamad yang juga merupakan Ahli Parlimen Pulai pernah mengeluarkan kenyataan yang cukup menghiris hati berhubung ketidaksediaan UDA Holdings memberikan kepercayaan menguruskan pembinaan kepada syarikat-syarikat milik Bumiputera.

Alasan-alasan yang diberikan ternyata menunjukkan bahawa UDA Holdings hanya berminat menjadi kapitalis mencekik darah bangsa sendiri dari membantu Melayu-Bumiputera bagi mendapatkan hak 30% kek ekonomi di negara ini.

UDA Holdings memiliki banyak premis perniagaan di seluruh Bandaraya Kuala Lumpur. 

Persoalan utama di sini ialah, daripada jumlah premis perniagaan tersebut, berapa peratus peluang yang diberikan kepada para peniaga Melayu-Bumiputera untuk berniaga di premis yang dimiliki oleh badan yang diwujudkan untuk membantu Melayu-Bumiputera?

Contoh terbaik PASAR SENI atau CENTRAL MARKET....!

Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) telah mendedahkan, UDA Holdings telah memberikan pajakan selama 75 tahun kepada syarikat bukan Bumiputera iaitu Central Market Management Sdn. Bhd.

Central Market Management Sdn. Bhd. pula merupakan anak syarikat KHA SENG GROUP.

Pendedahan juga turut dibuat apabila syarikat pengurusan berkenaan telah memajak atau menggadai tanah dan premis berkenaan kepada sebuah syarikat tempatan untuk membuat pinjaman berjumlah RM70 juta.

Sudah tiada lagikah syarikat melayu yang layak untuk mengurus Pasar Seni sehinggakan UDA sanggup melantik syarikat bukan melayu (cina) untuk menguruskannya...?

Tindak-tanduk UDA Holdings jarang diberikan perhatian walaupun sebenarnya ia merupakan salah satu daripada faktor mengapa Barisan Nasional, khususnya UMNO dilihat gagal membawa Melayu-Bumiputera mengecapi nikmat keberangsangan ekonomi negara.

Comments

Anonymous said…
Apalah nak jadi anak Melayu PAS/PKR yang MASIH sanggup gadai bangsa, agama dan negara, kerana MENJILAT kaki kudis-bernanah PENJAJAH Kristian Zionis DAPigs/PKRats dan sekutu kuat mereka, penjajah Barat-Zionis yang diketuai CIA-Mossad-MI5/NATO. Apalah nak jadi bumi kita ini, warisan dan korban berzaman (dari sebelum dijajah British lagi) nenek moyang BUMIPUTERA Melayu/Islam dan BUMIPUTERA lain, termasuk hulubalang-hulubalang gemilang Melayu? Memang Tanah Melayu ini - makin hancur; oleh si Melayu dan Bumiputera lain yang BONGKAK ini, yang hanya pandang ke gunung, lumpur di sawah tentu begitu jijik bagi mereka! Baliklah ke pangkal jalan - Allah SWT kan Maha Pengampun!

Saya ada jumpa anak-anak muda BUMIPUTERA Melayu Singapura yang lansung dah tak peduli sejarah Melayu dulu, mahupun hak mereka sebagai Bumiputera. Lepas itu, ramai pula penyokong si Anwar - sedangkan tak tau apa-apa! Itulah yang akan jadi pada lebih ramai anak Melayu muda di Malaysia sekiranya DAPigs/PKRats MENJAJAH seluruh Malaysia ini di masa akan datang!

Maka kita perlukan NGO-NGO NASIONALIS dan ISLAM yang lebih banyak! Juga perlu rekrut lebih ramai peguam NASIONALIS MELAYU-ISLAM untuk mempertahankan Islam, Raja-raja Melayu dan hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain, terutamanya yang Islam, apalagi apabila hakim-hakim dan peguam-peguam SONSANG, dan SAMSENG-SAMSENG DAPigs/PKRats makin menguasai sistem Kehakiman dan Perundangan, dan JPA. Kerana kita makin dianiaya di bumi Bumiputera/Islam kita ini oleh DAPigs/PKRats dan sekutu penjajah Barat-Zionis mereka!
PENYAMAR ULAR/BIAWAK DAPigs/PKRats dalam UMNO/BN, terutamanya sebagai penasihat (consultant), jugalah yang menyebabkan tanah/negeri, Petronas, UDA, MATRADE dan FELDA pun makin tergadai kepada geng-geng samseng DAPigs/PKRrats termasuk pertubuhan pengganas Kristian Zionis diketuai CIA-MI5-Mossad-NATO, yang menyamar sebagai NGO-NGO alam sekitar, dan nak jaga orang miskin konon; dan juga sebagai syarikat-syarikat korporat, trmasuk yang DAPigs/PKRats punya! Maka PENYAMAR-PENYAMAR ini mesti dinyahkan dari Malaysia dan juga dari BN/UMNO, termasuklah Gerakan, Omar Ong dan Pengarah PEMANDU! KDN mesti ada Intelligence yang lebih cekap dan tangkas!

MAKCIK Tempurung.

(PERHATIAN: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAP/PKR durjana yang sekarang meniru gelaran saya tetapi sebagai "Pakcik Tempurung/Temporung" untuk mengelirukan pembaca)
Anonymous said…
UDA...siapa pengerusinya? Ambil langkah libatkan NGO2 melayu dan perjuangkan perkara ini...jika UDA sudah tidak lg berperanan untuk memajukan melayu,,itu bukan salah UDA tetapi pemimpin atasan yg tidak peka dan membiarkan org yg tidak ada jati diri melayu bertenggek disitu untuk membesarkan tembolok semdiri....jgn setakat berkokok dan habis dlm blog saja....


Keris Panjang...

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.