Wahai Orang Melayu, Bacalah Artikel Ini Baik-Baik...

Bila hati Melayu mati
Prof Madya dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Mingguan Malaysia 26 Mei 2013

Ketegasan Menteri Pendidikan mengenai kedudukan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), beberapa hari lalu menarik perhatian saya. Kerajaan berpendirian, jika UEC mahu diiktiraf, mereka mesti melakukan pengubahsuaian dan perubahan selaras dengan dasar pendidikan negara dan berpandukan kepada undang-undang dalam Akta Pendidikan negara. Ini keputusan yang tepat, adil dan sangat bertoleransi. Jika ada tidak bersetuju, carilah negara lain yang boleh bersetuju.

Beginilah sepatutnya cara seseorang negarawan bertindak. Tanpa rasa takut. Cukuplah kita menjadi ahli politik hebat menjelang dan ketika pilihan raya. Apabila telah menang, tibalah masanya bertindak sebagai negarawan. Melihat kepada kepentingan semua, berbanding bangsa, dengan berpaksikan kepada perlembagaan.

Isu pendidikan Cina acapkali dan telah lama dibangkitkan oleh Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) dan sekutunya yang lain seperti seperti Jiao Zong, Dong Jiao Zong, Hua Zong dan berbagai Zong lagi. Nasihat saya, tidak perlu layan permintaan mereka lagi. Sudahlah. Kita sudah beri lebih daripada mencukupi. Apa balasannya?


Tidak keterlaluan saya katakan, selagi kita tidak penuhi permintaan mereka, sehingga kucing bertandukpun mereka akan terus desak dan tuntut. Segelintir Cina tidak akan berpuas hati selagi mana kita tidak memenuhi segala tuntutan kecinaannya. Mungkin tulisan ini terlalu ekstrem, tetapi inilah hakikatnya untuk  memahami budaya politik Cina.

Kita selalu mengajak orang lain keluar daripada kepompong rasis. Persoalannya, adakah orang Melayu sahaja yang perlu keluar dari sikap rasis? Kalau Melayu tidak fikir untuk Melayu, adakah orang lain yang diharapkan berfikir untuk masa depan Melayu. Adakah kita mengharapkan orang Cina berfikir untuk Melayu? Jika ada Alhamdulillah. Ia baik untuk pembinaan negara bangsa.

Realiti yang ada, pantang ada sedikit dikaitkan dengan Melayu, akan ditentang habis. Jika diasimilasikan atau diassociatekan dengan orang putih, tidak mengapa? Dengan Melayu pantang sekali. Inilah sikap rasis ultra kiasu.

Sebab itulah, ketika majlis angkat sumpah exco, pembukaan sidang parlimen atau DUN, atau apa jua majlis rasmi yang melibatkan raja, tidak ada seorangpun yang memakai pakaian kebangsaan (baju Melayu). Rata-ratanya memakaikan blazer dan tali leher. Sehingga pakai songkokpun mereka tidak mahu.

Seolah-olah memakai pakaian kebangsaan ini satu penghinaan. Wal hal, apa salah, ‘berkorban’ seketika, bukannya tiap-tiap hari, lima tahun sekali atau mungkin setiap kali penggal persidangan parlimen atau DUN.  Hina sangatkah memakai pakaian ini? Sudah sampainya kita wajibkan pemakaian tersebut. Jangan terlalu memberi kebebasan atas nama demokrasi, kita juga yang akan rugi nanti.
Bayangkan jika pakaian etnik masing-masing dibenarkan dalam majlis-majlis sebegini, maka meriahlah, berwarna-warnilah majlis rasmi tersebut seolah-olah pesta pakaian, bukan majlis rasmi. Tidak ada seorangpun kalangan mereka yang akan memakai pakaian kebangsaan. Sedangkan pakaian kebangsaan adalah untuk semua, bukan untuk orang Melayu. Samalah juga pemahaman sekolah kebangsaan untuk semua, bukan untuk orang Melayu.

Saya yakin selepas ini, untuk meraikan orang lain atau memastikan lebih ramai bukan Melayu menyertai, sekolah kebangsaan akan menjadi lebih liberal dan terbuka. Tidak mustahil, ada identiti penting Melayu akan tercabut.

Ini tidak termasuk menunaikan janji-janji PRU13 baru-baru ini untuk menambah sekolah, memberikan tanah dan banyak lagi tawaran sebagai alasan untuk memancing undi mereka kononnya.

Apakah akan berlaku suatu hari ini, demi untuk meraikan semua, kita yang berubah menjadi mereka, bukannya mereka yang sepatutnya berubah menjadi kita. Semua dasar mesti disesuaikan untuk mereka, bukan mereka menyesuaikan dengan sesuatu dasar kebangsaan.

Kita mempunyai dasar yang baik, seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan sebagainya. Bila tiba kepada perlaksanaan, selagi sesuatu bangsa itu tidak diraikan, selagi itulah dasar tersebut tidak diterima.

Ultra kiasu selalu berhujah, UEC telah diiktiraf di seluruh dunia, kenapa tidak di Malaysia? Jawapannya, kerana diiktiraf dunialah, menjadikan perangai mereka sanggup menterbalikkan jalur gemilang sebagai protes kepada kemenangan UMNO BN dalam PRU13 baru-baru ini. Kebanyakan mereka adalah lulusan UEC. Apakah jenis manusia sebegini yang ingin kita lahirkan.

Banyak negara lain yang tidak tahu berbahasa Cina, negara tersebut tetap maju dan urusan dengan negara China berjalan seperti biasa. Pendek kata, isu bahasa bukan isu hidup mati kemajuan sesebuah negara. Iran begitu aktif berhubung dengan negara China, tidak pula kedengaran, kerajaan Iran mewajibkan rakyat belajar bahasa Cina.

Sebelum PRU13, Perdana Menteri buat pertama kalinya dalam sejarah telah menjemput Dong Zong untuk berbincang tentang pengiktirafan UEC. PM menyarankan keperluan pelajar dari sekolah aliran Cina untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu kredit kertas Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berserta dengan UEC, sebagai satu syarat untuk memohon memasuki IPTA. Tawaran sebeginipun sukar diterima? Apa lagi yang Cina mahu? Saya fikir persoalan ini tidak keterlaluan. Ketika kerajaan mula berlembut, adakah budi dibalas?

Permintaan PM ini terlampau kecil jika dilihat kelulusan membenarkan sekolah vernacular beroperasi secina-cinanya. Kenapa tidak dihargai toleransi ini? Mereka tetap bersangka buruk. Pada mereka, jika diberikan penekanan kepada BM, ia akan meninggalkan kesan kepada Pengajaran dan Pembelajaran bahsa Cina. Pendek kata, mereka mahu penguasaan mandarin secina-cinanya.
Kehendak mereka tidak mengapa gagal BM, asalnya lulus mata pelajaran lain yang semua diajar dalam mandarin sebagai kelayakan untuk memasuki IPTA.

Sekarang inipun, kesan daripada sekolah vernakular, berlaku polarisasi di kampus yang amat ketara. Pergilah ke IPTA. Jangan banding dengan IPTS, kerana majoriti mereka begitu ramai. Pergilah melihat Kolej New Era Kajang yang dipunyai sendiri oleh Dong Jiao Zong dan lulusan UEC mereka. Itupun kerajaan dalam kempen baru-baru ini mahu memberikan pengiktirafan sebagai Universiti penuh beberapa kolej Cina di Pulau Pinang. Dengan tawaran ini, adakah mereka simpati dengan kerajaan?

Saya mohon kepada kerajaan sebelum memberikan apa jua kelulusan kepada sekolah atau universiti perkauman ini, buatlah kajian terlebih dahulu. Beri kami geran untuk membuat kajian seperti ini. Ini tidak, sudah kajian tidak dibuat, asyik menyerang orang lain.

Misalnya, kontroversi kenyataan Datuk Mohd Noor Abdullah dan Tan Sri Abdul Rahman Arshad, menyeru kerajaan agar menghapuskan sekolah vernakular atas alasan ia menggugat perpaduan dan punca sokongan kepada pembangkang meningkat, harus dilihat secara positif. Kedua tokoh ini bersependapat sekolah vernakular menjadi punca perkauman semakin meluas di kalangan masyarakat pelbagai kaum dalam negara. Mereka turut mencadangkan kerajaan mengikut langkah negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina yang menerima pakai penggunaan bahasa tunggal dalam dasar pendidikan mereka.

Sehingga kini, parti pembangkang dan ultra kiasu tidak habis-habis mengecam kenyataan yang dikatakan tidak bertanggungjawab kedua-dua tokoh tersebut dan menegaskan Perlembagaan Persekutuan melindungi sekolah vernakular dan pendidikan dalam bahasa ibunda, memetik Perkara 152 (1) (a) dan (b) dalam undang-undang tertinggi negara.

Kenapa harus mangsakan tokoh ini? Buatlah penyelidikan terlebih dahulu untuk melihat kebenarannya. Fikirkan agenda nasional, daripada agenda bangsa. Ultra kiasu menyuruh kita berhenti bercakap soal rasis. Tindak-tanduk mereka lebih rasis daripada orang rasis.

Tidakkah kita sedar kerajaan telah membantu SJKC sehingga menenggelamkan sekolah agama. Persoalannya, adakah guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan ini mengundi UMNO BN? SJKC sebenarnya menjadi lubuk melahirkan lebih ramai ultra kiasu, jika tidak dipantau daripada sekarang.

Ingatan saya kepada orang Melayu, jangan menjadi terlalu liberal dan bersekongkol dengan ultra kiasu. Misalnya, pendirian Ketua Pegawai Eksekutif Melayu yang telah digula-gula dengan jawatan tinggi di syarikat penerbangan murah. Beliau dengan lantang berkata "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. Nasihat saya, jaga baik-baik syarikat tambang murah ini. Tidak perlu campur perkara di luar bidang. Kalau tak tahu lebih baik diam. Fikirkan bagaimana cara untuk memanjangkan skirt dan menutup dada paramugari Melayu di syarikat penerbangan murah ini.

Baru-baru ini saya naik muak melihat layanan mereka terhadap Sir Richard Branson, pengasas/pengerusi Virgin Group), yang terpaksa berpakaian paramugari perempuan, anjuran syarikat penerbangan tersebut. Paramugari Melayu dipaksa melayan beliau termasuk mencukur bulu kakinya. Tertanya tanya saya ke mana hala tuju anak-anak Melayu yang bekerja di sini. Apakah mereka akan menjadi Melayu atau apa..? Sebahagian paramugari Melayu disuruh berlakon seperti kartun mencalup rambut dengan warna putih dan berpakaian seksi semata-mata meraikan orang putih tersebut. Nasihat saya kepada Melayu celup ini, selamatkanlah Melayu-melayu di sini daripada hancur dan hilang identiti. Majlis tersebut diakhiri dengan mandi arak. Cuba lihat you tube mereka.

Saya menyeru agar orang PAS menonton sama, kerana dalam harakah online, saya terbaca PAS begitu memuji Melayu celup ini hanya kerana bermusuh dengan Utusan dan UMNO BN. Nasihat saya kepada PAS, berhati-hati, nanti makan diri. Sokong seseorang bukan kerana marah kepada UMNO. Sokongan hendaklah berasaskan kepada apa yang benar, apa yang salah. Itu baru nama perjuangan Islam. Jika tidak, PAS ini sama sahaja dengan yang lain.

Ingatlah! tatkala orang lain semakin kuat Cina (Indianya), adakah orang Melayu perlu menjadi semakin menjadi liberal atau cair bagi menunjukkan bahawa kita tidak rasis.  Jika ini berlaku, Melayu tidak berlaku adil kepada bangsanya sendiri. Melayu telah menjadi pengkhianat kepada bangsanya sendiri. Jangan biarkan hati Melayu mati kerana terlalu meraikan orang lain.  

Comments

Anonymous said…
Tersangat betul kata prof itu tadi bangsa melayu bangkitlah jangan layu,ayoh bangkit dari tidur dan mimpi
Anonymous said…
Tabik springgggg buat PM Radhuan Tee
Anonymous said…
Ini adalah luahan hati orang yang bukan berdarah melayu betul, apa jadi dengan orang yang berdarah melayu, masih tak ada kesedaran ke....sedih..
Unknown said…
Dengar,fikir, sedar dan insaf lah...BERSATU
Anonymous said…
Cuba tanya org melayu pas mereka setuju tak cadangan oleh prof ni tentu mereka jawab ,tidak sama sekali,pemimpin bn tlalu lemah dn taksub pda cinabeng ni ,

Clorodbleach
Anonymous said…
Det...teruskan usaha bantai bangsa tak sedar diuntung ni. Kita org selangor paling terkesan dgn kebangsatan cina ni. Syabas det mik dan gap

Misi 33
Anonymous said…
pada gua la patut najib lantik prof radhuan tee duduk dalam kabinet sebagai wakil bangsa cina, tak salah kan? pasal dia memang bangsa cina tapi agama dia Islam, sama juga macam guan eng bangsa cina tapi agama kristian.
Anonymous said…
All for Pas not Pas for all.
Anonymous said…
Heran lagi mengherankan.

Mana pergi para professor melayu semua. Tak pernah lagi saya terjumpa prof melayu yang seberani Prof Redhuan Tee (Tee Chuan Seng) menulis untuk membela nasib bangsa melayu.

Atau prof melayu ni rata2 dah senang, bergaji besar maka dah tak berani lagi nak buka mulut, nanti orang kata rasis pulak.

Ptui... melayu tetap melayu. Tak malu ker kamu prof melayu sekalian, nasib bangsa kamu dipertahankan oleh seorang berbangsa cina.

Jutaan terima kasih kepada Prof Ridhuan Tee diatas keberanian. Billionan kesalan terhadap sikap pengecut Prof Melayu.
Anonymous said…
Melayu Tolonglah "Buka Mata, Buka Minda".

Saudara Pemilik Blog,

Izinkan saya menyumbang idea mudah2an ia memberikan kebaikan kepada kita semua.

Bukan hendak menyebelahi Umno. Tapi saya ingin mendedahkan fakta. Dalam usia saya yang sudah menjangkau senja, ini lah yang saya nampak kebajikan terhadap islam yang dibuat oleh sebuah pertubuhan politik yang di label sebagai "TOLAK ISLE".

Apa yang Umno tak buat untuk pembangunan dan kemajuan islam di negara ini semenjak dari mula Umno menjadi kerajaan ? Bermula dengan membina surau diikuti dengan membina masjid. Bermula dengan Sistem Pengumpulan Zakat diikuti dengan memperkenalkan Sistem Perbankan dan Pembiayaan Cara Islam. Bermula dengan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan diikuti dengan Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh dan disudahi dengan penubuhan Universiti Islam Antara Bangsa. Dan banyak lagi yang dibuat oleh Umno demi untuk memperkasakan islam dinegara ini meliputi juga urusan ekonomi umat islam. Saya tak mampu hendak senaraikan satu persatu disini .. terlalu banyak wahai saudara.

Walau pun begitu, masih juga Si Tua Bangka itu berulangkali membuat kenyataan, " Umno tolak isle ". Barangkali Si Tua Bangka tu, ada mata tapi buta, ada telinga tapi tuli, ada hati tapi benak .. itu lah istilah yang paling cantik yang dapat saya sebut sebagai merujuk kepada karektor Si Tua Bangka tersebut.

Hanya Setan sahaja yang tidak mahu menerima dan mengakui kebajikan dan kebaikan yang seseorang buat untuk islam. Pada hal perbuatan mengalihkan sebatang ranting kayu yang melintang di atas jalan sehingga mengganggu pengguna jalan raya pun di terima sebagai kebajikan dan ibadah oleh islam, apa lagi lah kepada pihak yang mengadakan surau, masjid, sekolah dan bermacam2 lagi untuk kemudahan manusia (islam dan bukan islam). Apakah itu bukan kebajikan atau ibadah ?

Minta maaf kerana saya agak keterlaluan. Tetapi saya tidak ada pilihan. Kekadang terlintas di hati kecil ini, adakah Si Tua Bangka itu Setan yang menjelma dalam bentuk manusia yang fizikalnya islam tetapi tingkah lakunya dan hatinya Setan.

Kita wajib menerima bahawa, "Setan boleh menyerupai malaikat, Setan boleh menyerupai orang alim, Allah membenarkan itu untuk menguji keimanan kita" TETAPI "Allah mengharamkan Malaikat menyerupai Setan atau Orang Alim menyerupai Setan".

Sifat nyata Setan adalah, "tidak mahu berdamai bila diajak, tidak mahu bersatu bila diminta, bila bercakap selalu putar belit, ulamak lain semua tak betul hanya dia saja yang betul, dan banyak lagi sifat2 Setan yang dipamerkan oleh Si Tua Bangka tu".

Hj Ariffin
Anonymous said…
dimana silap orang melayu kerana pemimpin melayu 56 tahun bagi muka kepada bangsa cina dan india......padan muka orang melayu
Anonymous said…
Cina main duit bro. Pemimpin melayu kalah dengan duit, tu jer.

Pengundi cina pakat nak tolak Umno baru2 ni kerana mungkin mereka dah tak larat nak hulor lagi dah.

Bukan cina saja, ramai melayu pun tolak Umno kerana mereka tahu kisah hulor yang udah jadi darah daging sebahagian pemimpin Umno. Kalau Umno masih macam dulu juga, silap2 PRU14 ni, tertunggeng Umno dek tangan melayu yang menangkan dia pada PRU13 juga.

Udah lah, berenti lah duk makan rasuah yang diberi dek cina. Mereka membeli kuasa melayu sebenarnya tu. Hina nya jadi melayu, di beli dek cina sekupang dua saja.
Anonymous said…
buat org melayu jika pemimpin melayu sekarang masih mengamalkan bangsa lain sabagai rakan kongsi maka jati diri orang malayu akan hilang......kita cuma hnaya tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa.... bersatu mati kerana kepentingan dan tamak pemimpin melayu. selamat tinggal bangsa melayu yang suatu dulu gagah mempertahankan bangsa melayu dan islam sekarang kapir laknat pun dah naik tocang tahniah kepada pemimpin 56 tahun yang bapuk sundal dan pengecut, kerana kita bakal merempat dibumi kita sendiri.......kuasa hanya tinggal kuasa
Anonymous said…
http://medassist.org/media/buypropecia/#10827 generic alternative to propecia - can you buy propecia dubai
Anonymous said…
nak dgr & tgk ngan mata telinga sendiri ada org kata "eh naper pakai baju kurung ini, ini rasis" lepas tu cam ner?
Anonymous said…
Нowdу јust wanted to gіve you a quick heads up.
The teхt in your post ѕeem to bе running off thе
ѕcreen in Firefοх. I'm not sure if this is a format issue or something to do with browser compatibility but I figured I'd post to let yоu know.
Thе design look great though! Hope you get the іssue resolvеd ѕoon.
Thаnkѕ

Check out my ωebѕite :: 24 hr Emergency Plumber Solihull

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.