Breaking News
Loading...
August 20, 2013

Info Post

Sebelum aku teruskan, korang baca dulu kenyataan yang dibuat oleh ketua umno bahagian penampang, sabah ini di bawah...

Ketua UMNO Penampang, Datuk John Ambrose mencadangkan agar Perlembagaan parti dipinda bagi memberi kuasa kepada Presiden parti melantik tiga Naib Presiden UMNO.

Ini menjadikan enam naib presiden kesemuanya, termasuk tiga yang dipilih melalui proses pengundian atau pemilihan parti.

John berkata: "UMNO kini menjadi parti yang besar dengan keanggotaannya menjangkau angka juta. Di samping itu cabaran kita dalam pilihan raya umum ke-14 juga amat mencabar.

"Sebab itu, kita memerlukan lebih ramai leftenan (Naib Presiden) bagi membantu jeneral (Presiden UMNO atau Perdana Menteri) menghadapi cabaran PRU14.

"Ini bukan sesuatu yang baru kerana parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain pun ada yang mempunyai peruntukan perlembagaan seumpama ini," katanya.

Kalau tak ada angin, masakan pokok boleh bergoyang, patutlah selama ini hisham ckmm diam seribu bahasa, dia langsung tak bagi tau sama ada dia nak bertanding untuk mempertahankan kerusi naib persiden umno dalam pemilihan akan datang...

Rupanya dia tahu, kemungkinan besar perlembagaan umno akan di pinda bagi menyelamatkan nyawa politik nya, buat masa ini, boleh dikatakan semua bahagian-bahagian umno di seluruh malaysia menolak nama hisham sebagai calon naib presiden, jadi dengan pindaan perlembagaan umno, maka hisham akan jadi naib presiden ikut pintu belakang...

Tapi apa pun yang berlaku, najib selaku presiden harus jujur kepada seluruh ahli umno, sekiranya perlembagaan itu di pinda dan umno akan memiliki enam orang naib presiden, adakah pindaan perlembagaan itu di buat atas keperluan parti atau untuk menyelamatkan sepupunya...

4 comments:

Anonymous said...

Azeez Rahim sakau 'komisyen' pembelian tanah Bukit Kiara oleh Sime Darby dari DBKL ? Ni Wee Choo Keong tulis dalam artikel dalam blog . Dia pernah terlibat dalam urusan jual beli tu dan dakwa beliau lagi dia ada dokumen . Wee Choo Keong kata dia cukup yakin Azeez Rahim jadi 'negotiator' pembelian tanah tu , sehingga harga asal dari RM 400 juta diberi diskaun sebanyak RM 36 juta . Azeez Rahim sebagai 'negotiator' takkan tak dapat apa2 kot ??? Uolss fikir la sendiri , macam ni punya orang nak jadi Pengerusi Tabung Haji , si Zubair Mushid CEO Sime Darby dah disabit kesalahan , takkan Azeez Rahim 10 persen lepas ??? SPRM buat kerja betul-betul sebelum dia sakau duit tabung haji pula . Cara dia sakau cukup halus sampai orang tak perasan dia punya aktiviti menyakau. Cakap banyak taknak , ni aku bagi link untuk dibaca pasal Azeez Rahim ni http://no2azeezrahim.blogspot.com/2013/08/azeez-rahim-tak-layak-jadi-pengerusi_9905.html , banyak lagi pendedahan nak keluar , kita dedah sampai dia letak jawatan

Anonymous said...

Kalau itulah yang terjadi nampaknya makin dalam lubung kubur UMNO yang telah digali oleh Najib.

Bolehlah manipulasi dalaman UMNO. Tapi boleh ke pengaruh seluruh ahli UMNO yang layak mengundi?

Najib, Najib. Baiklah anda dan sepupu anda bersara dalam politik. Manipulasi macam mana pun kalau Hishamuddin tidak ada bakat jangan mimpilah hendak pergi jauh dalam politik.

Insya Allah, Allah masih mengasehi umat Melayu dan menyelamatkan parti Melayu dari orang orang yang tidak jujur dan tidak berkebolehan.

Anonymous said...

Sejak dua menjak nie si bapok hisham asyik keluar kat TV jer...Apsal yer??? Oooo dia nak bertanding naib presiden umno. Ini lah permainan media nak menonjolkan hisham. Harap DS Najib tidak campur tangan untuk pastikan hisham kekal jadi NP.

Anonymous said...

anon 5.03 pm, berapa dr mashitah bayar ko untuk burukan aziz rahim, kalau benar semua yang ko tulis tu, apasal tak buat report sprm, kenapa tulis dalam ruangan komen.?

bab mendengki ada dua je pemimpin umno yang kaki dengki sekor mashitah dan sekor lagi syed ali alhabshee dia ni pun kaki dengaki juga, dulu dia tibai sharizat pasal dia tak dapat projek nfc.

sudah-sudah la perangai pemimpin umno yang suka berdengki ni, tak kemana pun.