Kan Aku Dah Kata, Pegawai Di Pejabat Najib Semuanya Bangang...

Setelah dekat seminggu anwar dok pukul canang konon najib lah yang buat tawaran kerajaan perpaduan antara umno dan pkr, pegawai-pegawai najib di pm office (pmo) buat dekk je...

Mereka di lihat seolah-olah dengan sengaja membiarkan anwar memfitnah najib dengan pelbagai tomahan yang tak berasas...

Malah tidak ada sekor pun pemimpin umno yang bersuara mempertahankan najib...

Takan blogger nak pertahankan najib kut... yang pegawai najib buat apa, makan gaji buta ke...???

Setelah puas anwar memfitnah najib, baru lah ada satu kenyataan rasmi yang di keluarkan oleh pegawai di pmo yang menafikan pertemuan antara anwar dan najib itu, tapi terus terang aku kata, surat yang di keluarkan oleh pmo itu macam sampah...

Kenapa aku kata macam sampah...??? korang baca sendiri keratan di bawah...


Pahamnya pegawai-pegawai di pmo itu, anwar secara nakal-nakal menyerang najib, mereka, pegawai di pmo gagal menelaah kejahatan anwar ibrahim sehinggakan serangan anwar terhadap najib dan kerajaan umno/bn umpama perbuatan budak-budak nakal, tak bengang tu...

Apa pun inilah kualiti pegawai di pejabat najib, kalau najib masih lagi simpan pegawai-pegawai haprak macam nie, aku yakin kita akan dapat pm baru sebelum pru 14...

Perkara serius di katakan "nakal" samalah halnya dengan penganas di katakan penceroboh...

Comments

Unknown said…
Dari pegawai PMO hingga ke Najib semua bangang bin bahalol... Punahsihat je yg bijak... Bijak memperdayakan Najib dgn lakonan mereka...
Anonymous said…
Aku rasa kita semua ini kena main dengan Najib dan Anwar dah. Masa nak pilihanraya, nampak macam bukan main bergaduh lagi mereka berdua. Selepas PRU diam2 berjumpa nak bentuk kerajaan perpaduan pula. Adakah Najib terasa dia lemah pada Umno dominan dalam kabinet.

Nampaknya Najib kalah dalam menang.
Anonymous said…
memang bangang bro ari tu bagi pingat kat wartawan malaysiakini ni kata fitnah yang di buat oleh anwar politik nakal, mati rakyat bro kalau najib masih simpan pegawai2 macam ni di pejabatnya.
Anonymous said…
Artikel yang bagus, dalam masa yang sama kita kena ingat pasal Azeez Rahim ni , beliau tak layak jadi Pengerusi Tabung Haji . Kita tak nak kuasa di salah guna sewenang-wenang . Tabung Haji dah banyak skandal sebelum ni , Azeez pun cerita masa jadi CEO kat Tabung Haji pun tak habis lagi . Jangan biarkan duit rakyat pendeposit Tabung Haji disakau , ini lah jadi nya kalau orang tak layak dijadikan Pengerusi Tabung Haji , Azeez Rahim wajib berundur jadi Pengerusi Tabung Haji , mohon pautkan link http://no2azeezrahim.blogspot.com/ untuk pembongkaran cerita azeez rahim.
RH said…
Najib telah mengecewakan saya dan keluarga saya yg memangkah bn baru2ni. Sekiranya najib tidak mementingkan hati naluri bangsa sendiri, saya yakin kami anak beranak tidak akan mengundi lagi pada pru akan datang. sekian jib.
Anonymous said…
Buat penat jer korg kutok n kritik Najib...najib ttp dgn jeritan 1 Malaysia...sedar2 sekolah cina dapat berjute-jute ringgit...
Anonymous said…
Saudara RH

Gua juga serupa lu. PRU13 gua sumpah demi Allah gua dan bini gua undi calon Umno kerana ingatkan Najib akan jadi tegas dengan cina selepas menang. Tetapi rupa2nya bila dia menang Najib dah jadi PM mewakili bangsa cina.

Kali ini kalau Najib masih Presiden Umno, gua sanggup undi Pas daripada undi Umno. Bukan gua tak suka Umno tapi gua tak senang dengan Najib.

Agaknya si Najib ni dah kena beli dengan cina kut ?
Anonymous said…
Kenapa kerajaan lantik Azeez Mamak Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ?

Rukun Islam kelima kepada semua umat Islam di seluruh negara. Menunaikan Haj di tanah suci. Sekarang dengan perlantikan Azeez, siapa ada duit boleh menunaikan Haj, siapa yang tidak dapat bayar duit poket tidak akan dapat pergi.

TABUNG HAJI AKAN JADI EKSKLUSIF SEPERTI KEDAI ROLEX ATAU FERRARI. Rakyat biasa akan mula tolak Tabung Haji dan terpaksa menggunakan kemudahan yang lain untuk menunaikan Haji di tanah suci.

Kuota untuk Tabung Haji akan di pegang oleh Azeez Rahim supaya anak beranak, seluruh UMNO yang dia berhutang kepada boleh di lepaskan dengan memberi PERCUMA kepada mereka menunaikan Haj di tanah suci. Kesucian Agama kita sudah tercemar dengan perlantikan perompak ini sebagai pengerusinya. Bukan Presiden UMNO ini tidak tahu. Mesti dia sudah dapat laporan demi laporan penipuan ahli perniagaan Azeez ini kepada hampir semua pemimpin dalam UMNO dan di luar. Berapa ramai yang sudah terpedaya dengan dia ? Berapa ramai sudah di tipu dia ?

Adakah pemimpin UMNO yang lain hanya akan duduk dan jadi YES MAN seperti dalam pentadbiran Mahathir dan Pak Lah ? Adakah kesucian Haji sudah tidak bermakna lagi kepada teras kepimpinan UMNO sampai melantik seorang penipu perompak sebagai Pengerusi Tabung Haji di terima sebulat suara oleh mereka ?

Jangan sampai UMNO jadi pembangkang selepas Pilihanraya UMUM ke 14.
Anonymous said…
Khabarnya TS Muhyidin nak mai Kedah pada 28hb ni. Aku mesti lapangkan masa hadir punya. Jumaat lepas Najib mai Alor Setar resmi UTC, anak2 ajak pi nak tengok PM konon. Aku kata kat depa, hangpa tengok wayang lagi baguih daripada hangpa tengok muka Najib. Aku kata kat depa, Najib la tak macam Najib dulu lagi dah sebab Najib dah kena beli dengan cina. Terlopong mulut budak2 tu bila aku kata macam tu.

Bencinya aku kepada Najib sama naik dengan bencinya aku kepada Nik Aziz kerana menghalalkan kalimah Allah kepada Kristian. Walau pun Nik Aziz tu dah tak pegang jawatan tinggi dalam kerajaan Kelantan, tapi aku dah tak boleh terima dia lagi dah. Selagi Nik Aziz ada, selagi itu lah aku tak akan undi Pas. Umno pun serupa juga, selagi Najib ada, sorry undi aku bukan untuk Umno lagi dah.
Anonymous said…
Najib dah lost control. Bila berita tv keluar muka dia, cepat-cepat aku alih siaran lain. Meluat aku dengan dia ni. Lebih lembik dari Pak Lah kaki tidur tu. Yang paling aku benci ialah kaki ampu dia yang makin ramai sekarang ni. Sedap-sedap buat statement jawatan Presiden tak perlu tanding. Mesyuarat cawangan belum habis buat, dah berani kata akar umbi setuju dengan statement yang diaorang buat. Rakyat yang bantu bagi UMNO hidup lagi sekarang ni tapi berani terang-terang nak tipu rakyat balik. Nasib baik Anwar dan DAP ada lagi dalam PR. Kalau tidak, dah lama aku buang UMNO ni.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.