PEMANDU Bela Beberapa Ekor Pegawai Yang Akan Menghancurkan Najib & Negara...


Menurut blogger outsyedthebox beliau menerima satu email pada awal pagi itu yang disertakan dengan senarai pegawai-pegawai kanan di PEMANDU yang didakwa mentadbir negara dengan kebenaran Perdana Menteri.

Menurut email yang diterimanya, para individu itu masih muda tetapi diberikan jawatan tinggi di PEMANDU dan menurut pengirim email, malah ada di antara pegawai di PEMANDU juga adalah penyokong BERSIH.

Pengirim email turut memberikan senarai 17 kakitangan PEMANDU dengan sembilan dari mereka berbangsa cina, dua berbangsa India dan Melayu cuma enam orang.

Menurut tulisan entri Syed Akbar, takkan di sebuah jabatan yang sensitif di bawah seliaan Perdana Menteri yang bangsa Melayu menjadikan populasi hampir 60 peratus rakyat malaysia hanya boleh melantik enam orang Melayu di dalam PEMANDU.

Malah integriti dan moral salah seorang pegawai di dalam PEMANDU juga boleh di persoalkan

Manusia yang dimaksudkan ialah Farah Intan Burhanuddin dan jika di PEMANDU dia berjawatan Penganalisis Kanan Unit Pengurusan dan Penyampaian Jabatan Perdana Menteri dan sebelum ini Farah dikatakan pernah berkerja di Zaid Ibrahim & Co, firma guaman milik zahid ibrahim.

Farah merupakan lulusan UIA. tidak tahu dari mana dia tiba-tiba muncul dan menjawat jawatan penting dalam PEMANDU. dia menguruskan indeks prestasi utama (KPI) berkaitan PDRM serta memantau PDRM bagi pihak Perdana Menteri dan Menteri KDN.

Kuasa yang di miliki farah, dia boleh memanggil dan mengarahkan semua OCPD untuk berjumpa dengan dia.

Malah menurut blogger the benchmark, farah suka berparti dan juga memiliki tabiat meminum arak serta membuat beberapa perjalanan ke luar negara yang dilabel sebagai lawatan kerja cukup dikenali di pejabat dan digelar sebagai ‘party queen’ di PEMANDU.

Jadi wajarkah kerajaan dan pejabat perdana menteri menggunakan wang pembayar cukai untuk membela orang-orang sebergini...???

Comments

Anonymous said…
tutup saja pemandu tu, polisi mereka tak banyak memberi keuntungan kepada orang melayu.
Anonymous said…
DS Najib telah ditegur banyak kali oleh rakyaat tentang kesilapannya dalam banyak polisi2 kerajaan yang tidak sehaluan dengan cita rasa rakyat. Apa dia sudah terlalu angkuh dengan kemenangan yang dicapai dalam PR13 yang rata2 disokong oleh orang2 Melayu UMNO.Apa dia mahu jadi Pak Lah yang disuruh turun dari takhta PM. Apakah ini yang dia mahukan?
Anonymous said…
Sayabadalah Penyokong Tegar BN dan Ahli UMNO Dulu,kini dan Selamanya TETAPI dengan gaya DS Najib selaku PM saya sendiri sudah hilang keyakinan kepada Kerajaan BN pimpinan DS Najib, belum ape-ape rakyat sudah dikejutkan dengan kenaikan Minyak, Memang pada hakikatnya harga minyak masih Murah dan bersubsidi di Malaysia. Alasan adalah bajet Subsidi adalah untuk menambah bantuan BR1M. Persoalannya...adakah BR1M benar-benar menepatis asaran penerima...? Saya dapati ada juga rakyat yang pendapatan ribuan RM beratur terima BR1M dan datang dengan Kereta mewah BMW dsb..Saya sendiri pendapatan bawah RM3,000 pun tidak terima walhal dalam borang tersebut kita boleh letak ikut suka berapa pendapatan kita... Adakah BR1M sejajar dengan perbelanjaan belian Minyak walaupun cuma dengan Motosikal...? Cuba kita main kira-kira ini :- BR1M600/12bulan=RM50/30hari=RM1.66.Adakah wajar rakyat miskin yang menggunakan motosikal cuma isi minyak RM1.66 setiap hari...? Minyak petrol adalah kegunaan harian kepada rakyat miskin setiap hari.Usahawan industri Desa yang menggunakan disel juga terlibat sebab rata-rata menggunakan lori kecil dan van berkuasa disel.Road Tax pula termahal dalam dunia, PLUS kenakan TOL untuk baiki jalan secara swasta, kenderaan kena bayar road tax lagi.Saya cadangkan BR1M dihapuskan dan bajet tersebut masuk balik kepada SUBSIDI supaya rakyat jelata dapat faedahnya setiap hari. BR1M cuma setahun sekali bukan setiap bulan. Pada pendapat saya Penasihat Ekonomi JPM ada 2 ekor tersebut patut dipecat kalau tidak PM DS najib yang akan kena tempiasnya...amnya BN. Oleh Usahawan Industri Desa Malaysia.( 0169841493 )
Anonymous said…
Mansuhkan PEMANDU di JPM...macamlah EPU, Kementerian Kewangan dan lain-lain agensi tak boleh buat kerja.

Lepas ni makin banyak pendedahan berkaitan PEMANDU sehingga mereka tak cukup tanah dan resign serta merta.
Anonymous said…
Saya penyokona bawahan umno semakin bosan dgn polisi DSN. Ntah apa tranformasi yg hendak di bawa. Terlalu ikutkan kata2 penasihat sehingga tak boleh hendak buat keputusan sendiri. Tak nampak hala tuju negara utk 5 tahun akan datang. Adakah ini masa utk kroni2 mengumpulkan harta sebanyak mungkin sebelum apa2 berlaku pada Negara tercinta ini?
Anonymous said…
Ingat umno..ingat tolol sepanjang masa..dulu umno..kini dah sokong PR!!!!

Tak rugi apa pun tukar kerajaan yg lagho kpd yg lebih baik!!!
Unknown said…
Saya setuju benar kenyataan saudara. Banyak program2 dilancarkan oleh DSN sebelum PRU13 yg sepatutnye meraihkan sokongan rakyat kpd UMNO dan BN amnya lantaran tu memberi kemenangan besar kpd BN. Program2 termasuk BR1M, Kedai1M, IM4U, kad diskaun 1M. Semuanya ini cetusan drp idea2 penasihat2 DSN termasuk Pemandu.Apa jadi kpd PRU13? Keputusannye lebih teruk dr PRU12. Kaum Cina pun dh tunjuk tembelang. Terang2 tidak sokong MCA/BN, hina Melayu & Islam, mempersoalkan kedudukan org Melayu dsbnye. Adakah program2 tersebut berjaya? Gagal segagal gagalnya sbb majoriti rakyat (berdasar kpd popular vote) tidak menyokong BN dlm PRU13 & secara tidak langsung tidak menyokong program2 tersebut. Kenapa program sebegini diteruskan? Sebab janji kena ditepati? Mana janji DSN kpd rakyat bahawa harga minyak takkan naik tahun ini selepas PRU13? DSN perlu merombak balik jemaah penasihatnye termasuk Pemandu. ATAU DSN sendiri kena pecat...
Anonymous said…
Rakyat boleh jadi Hakim...mereka ni pemandu ke PENUMPANG...haha

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.