Cerr Baca, Tun Mahathir Perli Sapa Beb...


Cerr korang baca betul-betul Tun M perli sape dalam artikel terbaru dia...

MEREKA YANG BERKUASA

1. Di mana Negara pun akan ada orang yang berkuasa. Mereka berada di berbagai peringkat. Di Negara yang demokratik pun terdapat orang yang berkuasa. Budaya orang Malaysia pula demikian sehingga orang yang berkuasa lebih berkuasa kerana tidak akan ada sesiapa yang akan menegur. Orang yang berkuasa boleh buat apa sahaja termasuk yang tidak dibenar. Hanya jika diadakan pemilihan oleh rakyat atau pengikut barulah ketidakpuasan hati mereka dilahirkan. Walaupun demikian faktor lain sering menenggelamkan faktor salahguna kuasa.

2. Saya mengaku bahawa inilah pengalaman saya semasa menjadi pemimpin yang berkuasa. Jarang terdengar teguran melainkan oleh musuh terutama parti lawan. Dan teguran oleh musuh jarang dapat diterima kerana ini memang sifat mereka. Saya dapati teguran pihak ketiga, pihak yang tidak punyai kepentingan biasanya lebih ikhlas dan perlu ditimbang secara serius.

3. Kebiasaannya ramai yang bersedia untuk menyokong dan memuji apa sahaja yang dilakukan oleh orang yang berkuasa. Sokongan mereka mungkin kerana mereka betul-betul dan ikhlas berpendapat apa yang dilakukan memang baik atau buruk. Tetapi ada juga yang menyokong dan mengiakan apa sahaja kerana ini akan disukai oleh yang berkuasa. Dan ini juga akan meningkat pengaruh mereka dan banyaklah nikmat yang akan dikecapi oleh mereka.


4. Mereka yang dapat mempengaruhi orang yang berkuasa sebenarnya mendapat sedikit dari kuasa itu. Lebih kuat pengaruh lebih banyaklah kuasa yang didapati oleh mereka. Dan ramailah mereka yang cuba mendekati dan mengelilingi seseorang yang berkuasa. Mereka akan cuba pengaruhi pihak yang berkuasa sehingga pendapat mereka sahaja yang diterima. Apabila ini berlaku maka kuasa yang didapati oleh mereka amatlah besar, begitu besar sehingga tiada pendapat atau nasihat lain yang akan diterima.

5. Jika pendapat mereka ini baik dan hanya untuk menjayakan pihak berkuasa tidaklah sukar untuk diterima. Malangnya yang kerap berlaku apabila sahaja seseorang atau sekumpulan orang keliling sudah dapat menguasai fikiran dan tindakan orang yang berkuasa, maka bermulalah usaha untuk memperalatkan orang yang berkuasa untuk kepentingan diri.

6. Ramai akan sedar dan melihat kesan buruk dari orang sekeliling pihak berkuasa. Ramai yang akan bercakap berkenaan perkara ini, Ramai yang tidak senang tentang apa yang sedang berlaku.

7. Tetapi di Malaysia mereka tidak sanggup untuk menasihat pihak berkuasa, takut dimarahi atau dipandang serong.

8. Tanpa teguran yang berani oleh mereka, maka akan lebih buruklah prestasi pihak berkuasa. Kemarahan orang akan meningkat menjadi kebencian.

9. Kita lihat dalam sejarah raja dan orang kuat pun akhirnya dihadapkan dengan tindakan keras dan ganas oleh rakyat untuk menjatuhkan mereka. Inilah yang berlaku kepada beberapa raja dan diktator di Timur Tengah.

10. Rakyat Malaysia belum tahu cara yang ganas. Mereka mungkin mengguna pilihanraya untuk memperbetulkan keadaan.

11. Tetapi janganlah kita terlalu yakin yang mereka terus berlembut.

12. Dalam sejarah raja yang berkuasa mutlak pun tindakan ganas untuk menyatukannya pernah berlaku. Sultan Mahmud dibunuh walau pun tabiat orang Melayu tidak menderhaka kepada raja.

13. Jika hendak berkuasa lama jangan salahguna kuasa yang diberi walaupun ada yang menasihat kita kebal dan segala salahlaku kita tidak akan diketahui dan jika diketahui pun tidak ada yang berani membuat apa-apa.

14. Pembodek diantara penasihat dan orang keliling ialah sebabnya yang berkuasa menyalahguna kuasa sehingga tersingkir.

15. Kuasa membawa kepada korapsi dan kuasa mutlak akan menyebabkan korapsi yang tidak terhad.

16. Bahasa Mat Salleh berbunyi “Power corrupts and absolute power corrupts absolutely”.

17. Mereka yang pegang kepada perpatah ini akan bertegas elak atau gugurkan sahaja kuasa. Bangsa yang korap dan negara yang terkenal dengan bangsa yang korap tidak mungkin maju, bahkan akan runtuh.

Comments

Anonymous said…
Malangnya pengkhianatan berleluasa oleh puak LIBERAL/GAY-si-PENJILAT-KAPIR HARBI dlm. UMNO - yg. mungkin di masa hadapan, akan menguasai UMNO sbg. MAJORITI! Mereka tu kan tak biasa bercampur dgn. rakyat miskin, terutamanya yg. Islam/Melayu (melainkan utk. PENIPUAN publisiti murahan-'photo-op') mahupun mendengar keluhan HARIAN si miskin (bukan hanya waktu pilihanraya atau pemilihan UMNO)!

Lihat sajalah rakyat, terutamanya yg. miskin dari penunggang motosikal/basikal dan kereta kecil, serta MAJORITI mangsa adalah umat ISLAM/Melayu, yg. dibiarkan MATI KATAK/cedera kdg-kdg sampai CACAT akibat dilanggar LORI/KERETA/BAS BUAS (terutamanya tekan brek tiba-tiba, lalu kenderaan belakang terbabas ke lalauan bertentangan atau si pemandu BUAS ini tiba-tiba pandu laju bila kenderaan belakang nak potong – umat Islam yg. disasarkan si MUSUH Islam, senang dikenali dr. pakaian atau hiasan Islam pd. kenderaannnya) akibat ramai TUANPUNYA lori/bas/kereta ini sendiri puak KAPIRGANGSTER atau dibiarkan ambil ramai pemandu mcm. dr. GENG-KONGSI-GELAP! Sedangkan Menteri Pengangkutan tu buat apa - tak dengarkah keluhan rakyat; sedgkan budak omputih Peranchis yg. tulis surat puji dia, bukan main dilayan sampai nak jumpa?!

Mahupun si-PENJILAT-si-CINARASIS-wee-wee, yg. boleh biaqkan pesta-pesta liar-dadah berlansung demi pelancongan ala si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, dan Pulau Langkawi, yg. penuh tradisi PUSAKA Melayu-Islam mahu diKAPIRkan spt. negara KASINO Barat-ZIONIS, Monaco!

Lihat seorg. lagi si PEMBODEK-KAPIR-MUSUH-ISLAM-No-1, si LIBERALkairy-budak-mentah-berangan-nak-jadi-PM, yg. asyik dipuja EvangelisSStar, yg. asyik nak menghentam PERKASA atau mana-mana pihak yg. berani mengkritik si budak-mentah ni, sebagai 'extremis' atau 'berhaluan kanan’, serta cuba MANIPULASI dgn. liciknya, falsafah Islam ‘moderate’ (sederhana) YAB PM kita, seolah sama dgn. falsafah ‘liberal’ (yg. paling asas memperjuangkan budaya berdasarkan kebebasan mutlak si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS)!

Lihat di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/04/23/Khairy-extremists-exist-both-sides-political-divide/ :

Extremists exist on both sides of political divide, says Khairy

April 23, 2014

MELBOURNE: Religious and political extremists exist on both sides of the political divide, and do not belong in Malaysian society, said Khairy Jamaluddin.

"These extremists, whether they cause religious fanaticism or ethnic chauvinism, are the very forces that seek to divide us as a people.

…."Without the liberal approach spoken in the Rukun Negara, which in spirit reflects the progressive and moderate political philosophy of the Datuk Seri Najib Tun Razak administration, we risk being held hostage to forces of extremism in our own political system at home.

Dan lihat apa kata YAB PM kita tentang bahayanya liberalisme – di http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140425/dn_01/Martabatkan-institusi-pondok---Najib
Martabatkan institusi pondok - Najib
ALOR SETAR 24 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berharap institusi pondok tetap aktif dalam menyuarakan nasihat beraspirasikan ajaran agama yang murni tanpa terikat kepada sentimen politik kepartian.

.......Perdana Menteri turut melahirkan kebimbangan tentang berlakunya ajaran liberalisme, sekularisme, pluralisme dan fahaman songsang yang bertentangan dengan Islam sejak kebelakangan ini.
“Percayalah bahawa kerajaan menolak sebarang ancaman terhadap akidah umat Islam dan sebarang usaha memecahbelahkan perpaduan antara rakyat. Kita juga tegas menolak sebarang gerakan dan fahaman yang bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.....

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Kesultanan Melayu/PERKASA/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).
Anonymous said…
Ramai orang melayu kita tdak sedar diri lagi.......suatu masa nanti bangsa MELAYU akan hilang dari lipatan sejarah dunia

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.