Anwar Ibrahim Angkuh Bila Tolak Hukum ALLAH...


Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menegur sikap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) yang dilihatnya angkuh dan tidak sensitif dengan agama serta kepercayaan penganut bukan Islam sehingga mengganggu upacara mereka.

Sebaliknya Ustaz Abdullah menyifatkan perjuangan liberalisme dan pluralisme agama yang mengenepikan hakikat tauhid dan keluhuran syariat sebenarnya yang angkuh.

“Anwar kata pejabat agama bersikap angkuh kepada orang bukan Islam dengan kuasa yang ada. Tetapi bagi ISMA, menolak Islam, menolak hukum Tuhan dan mengagungkan liberalisme itu yang angkuh,” tegasnya kepada ISMAweb.

Kenyataan ini berikutan dua kejadian yang melibatkan pejabat agama apabila baru-baru ini JAIPP merampas mayat seorang wanita yang dikatakan sudah memeluk Islam daripada upacara pengkebumian Cina di Georgetown.

Begitu juga dengan tindakan JAIS menghalang upacara perkahwinan Zarina Abdullah Majid dan pasangan Hindunya di sebuah kuil di Petaling Jaya 1 Jun lalu. SUMBER

Comments

Anonymous said…
Sokong isma...
laknat anu berahim..
Unknown said…
Kalau Anuar sokong hudud dia sendiri kena hukum rejam nanti jika ia teruskan perangai lamanya. Dakwaan berasaskan kes mahkamah dan juga hansard Parlimen.

Jadi kita faham dia tidak sokong hudud.
Anonymous said…
Sakit bertambah tenat...
Anonymous said…
BIAR SI BENGAP NI ''PERLU'' PERBANYAKAN DOSA2 BESAR SEBELUM MATI
Anonymous said…
Bah. kedua:

Lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg. membuktikan kekuasaan MAIN di bawah kuasa EKSEKUTIF Kesultanan ISLAM/Melayu, di atas kuasa K’jaan negeri; di - https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ :

Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam

Haji Mahamad Naser bin Disa[1]

7 April, 2012

Islam Agama Negara: Undang-undang Tertinggi Negara

Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Negara ini memartabatkan Islam sebagai Agama Negara – Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan – “Islam adalah agama bagi Persekutuan;” atau dalam teks asalnya “Islam is the religion of the Federation;”[2] Jika diterjemahkan ke bahasa Arab ia bermaksud – “Al Islam deen alDawlah”. Bersandar kepada ketinggian kedudukan Islam sebagai Agama Negara ini, Fasal 1 Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mewajibkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk membuat satu komitmen atas nama suci Allah dengan melafazkan sumpah – wallahi; wabillahi; watallahi untuk memelihara agama Islam pada semua masa. Lafaz sumpah ini dilakarkan secara khusus di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.

Atas sifat dan kedudukan Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara (The Supreme Head of Federation), semua pihak yang ada hubung kait dengan pemerintahan Negara ini juga terikat untuk melaksanakan sumpah berkenaan kerana segala urusan pemerintahan dalam Negara ini bersumberkan kepada kuasa eksekutif Baginda sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, berpaksikan kepada kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan komitmen Ketua Utama Negara, segala agenda Negara sama ada dalam bentuk dasar mahupun perundangan semestinya berpaksikan kepada prinsip Islam dan tidak boleh sama sekali menyanggahi atau menjejaskan ketinggian dan kedaulatan Agama Negara…..

Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri-negeri memartabatkan Sultan atau YDPA sebagai Ketua Agama Islam Negeri. Dalam hal pentadbiran Agama Islam Baginda dibantu oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang merupakan pihak berkuasa agama Negeri yang utama selepas Sultan/YDPA. Walau bagaimanapun kedudukan ini sering disalah tanggap. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) atau Kerajaan Negeri sering dianggap sebagai pihak berkuasa termasuk dalam hal ehwal agama yang termaktub dalam butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Fahaman dan pendekatan sebegini adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Islam sebagai Agama Negeri dan Agama Negara tidak tertakluk di bawah kuasa politik. Sebaliknya Kerajaan Negeri yang tertakluk kepada prinsip Islam dalam menjalankan pemerintahan Negeri. Justeru, walau pun menjadi kewajipan kepada Kerajaan Negeri menyediakan kewangan, kemudahan dan pegawai-pegawai untuk berkhidmat kepada MAIN, namun MAIN TIDAK bertanggungjawab (accountable) kepada Kerajaan Negeri kerana MAIN bertanggungjawab terus kepada YDPA/Sultan. Begitu juga para pekhidmat awam Negeri yang ditugaskan dalam hal ehwal berkaitan agama seperti JAIN, Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah adalah bertanggungjawab kepada MAIN dan bukan kepada Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri masih bertanggungjawab untuk melakukan pembangunan dalam hal ehwal agama Islam tetapi tertakluk kepada kawalan dan kebenaran MAIN. Justeru adalah tidak wajar bagi mana-mana Kerajaan Negeri untuk mencampuri hal-hal berkaitan penentuan hukum Syarak walaupun ia berkewajipan untuk mematuhi dan menghormati hukum Syarak yang diperkenankan oleh Sultan sebagai Ketua Agama Negeri.....

(TERUSkan MEMBACA)

Makcik Sambal Belacan.
Surrhead said…
(TERUSkan MEMBACA)

Makcik Sambal Belacan.

kakakakakaka.........kalau ada sesiapa nak baca novel, sila baca komen MSB....kakaka....itu belum habis tu, tu yang dah siap dgn amaran "teruskan membaca"....kakakaka.....MSB, buka satu blog, tulisla sepanjang mana ko nak...
Anonymous said…
Lar.. Surrhead, hang tak mau komen ka pasai bapak agkat hang yang dok hina islam ni ek?? Yang hang dok komen pasai Mak Cik Sambal Blacan tu buat pa.. Awat, dah putus modal dah ka!!! Hahahahaha
Surrhead said…
1.40am.....bapak angkat bukan hina Islam, dia negur "sikap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) yang dilihatnya angkuh dan tidak sensitif dengan agama serta kepercayaan penganut bukan Islam sehingga mengganggu upacara mereka."

ko nak auta, cari org bodoh yg sewaktu dgn ko. dan aku sebagai seorg komentor, berhak menegur MSB pasai cara komen dia. buat sakit mata jer, bukan baca pun, imbas jer...

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID